Monday, February 14, 2011

KENAPA KEKASIH LAMA KEMBALI??

salam

haiiiiiiiiiiiiiii. aku agak busy dua tiga hari ini. ada hal yang aku sedang lakukan yang membuatkan aku tak boleh nak leka dengan benda lain. keh3

ada dua tiga orang kawan bagitau aku, kekasih lama diorang ingin kembali. wow!! serius terkejut. sedangkan masing2 sudah bahagia dengan kekasih masing2. tetapi si kekasih lama tetiba ingin kembali.kenapakah??

beberapa sebab yang aku dapat simpulkan berdasarkan pengalaman:

1) si dia tidak selesa dengan kekasih baru.

2) si dia merasakan kekasih lama beliau jauh lebih baik dari kekasih baru.

3) si dia tidak bahagia kerana tidak mendapat kasih sayang dari kekasih baru.

4) saja nak uji kekasih lama, samaada dia masih ingat kenangan lama atau tak.

5) si dia sunyi! nak mengubati sunyi, dia cari la kekasih lama balik!

6) si dia jeles dengan kebahagiaan kekasih lamanya dengan kekasih baru! kenapa dia boleh bahagia sedangkan si dia masih merana?

7) si dia terkenang segala pengorbanan yang kekasih lama telah lakukan dan dia tetiba menyesal.

8) si dia beranggapan kalau dia tidak dapat memiliki gadis/lelaki itu, orang lain pun tak boleh!

9) si dia malu apabila keluarga asyik bertanya tentang gadis/lelaki yang pernah dibawa berjumpa.

10) si dia merasakan dirinya tercipta hanya untuk gadis/lelaki itu.

TETAPI!!!

jangan terima kekasih lama anda kembali jika:

1) si dia pernah curang. bukan sekali tetapi berkali-kali. dah curang, mintak maaf.curang lagi. mintak maaf,. lagi-lagi curang. mintak maaf. grr!

2) anda kesunyian. kemungkinan anda tidak mempunyai kekasih baru,. tetapi jika kekasih lama ingin kembali, fikir betol2, adakah anda terima dia semata-mata untuk mengisi kesunyian?? kalau itu sebabnya, tak perlu anda terima kekasih lama kembali. sebabnya, ia akan merosakkan hati anda setelah sekian lama tak rosak.

3) tiada lagi rasa cinta pada si dia. tak perlu nak paksa2 diri kalau betol2 dah tak cinta. samada telah tawar hati dengan sikapnya yang semakin membosankan atau anda telah menyayangi diri orang lain.

4) tiada keserasian dan persefahaman. kalau dah memang tak boleh nak menyelamatkan hubungan lagi, tak perlu terima kembali kekasih lama. menyemak aja!

5) si dia telah berpunya. maksudnya kekasih lama yang ingin kembali tu sebenarnya telah berkahwin ataupun mempunyai kekasih baru. anda tahu tetapi kerana kasihankan kekasih lama tu, anda ingin terima dia. jangan cari pasal la. silap2 hari bulan, anda akan dituduh perampas kekasih orang sedangkan kekasih lama yang terhegeh2 mahukan anda. jangan amik risiko.

banyak lagi benda lain anda pernah buat selain kembali kepada kekasih lama. aku pernah beberapa kali memberi peluang kepada kekasih lama. banyak kaliiiiiiiiiiii. tapi benda yang sama berlaku. berulang-ulang. dan aku rasa buang masa aja terima kerana kasihan.

dan kepada kawan2 aku tadi, tak payah la kembali kepada kekasih lama korang. kekasih lama korang tu semuanya langsung tak boleh pakai. panas baran, berpura-pura, penipu sedangkan ada kekasih yang menyanjungnya setinggi langit, tetapi gatal nak cari penyakit. tak pasal2 korang yang kena maki nanti.



kekasih lama boleh jadi kawan baik ke? erk?

10 comments:

lavender harum wangi said...

alahai~ fatin bole jadi doktor cinta ni~ so true la dear~ semua pun betul~!! sokong2!! haha :D

.:padie_eyla:. said...

kalau tgh bahagia dengan kekasih sekarang, kenapa nak bahagikan rasa untuk kekasih lama. nnt dikatakan habis madu sepah dibuang. dah tinggal tu sudah lah. huk. -.-

nelly said...

sekarang ex2 Nelly semua datang kat Nelly balik . tak tulah kenapa .
tapi , untuk terima ?
oh tidak !!

muhdzahari said...

kekasih lama aku dah jadi tunang orang. even dia rasa 10 benda di atas pun, tak ada apa-apa yang buleh berubah.

ch!natsu said...

yup tol tuh..
smtimes bg pluang pun buat jgk bnda sama..
so better xyah..

ex bf aka best fren.. xmustahil.. huhu~

merahitujambu said...

kekasih lama penah kee kembali dlm hidup sy..angap mcm keasih tak tahu mlm betul..tpai lama2 sy rasa cm di permainkan..sy kena sedar smua tu..n baru sedar..tapi lau nk jadi best friends??no way man..heee

MataHati @ MH said...

kan best kalau kekasih lama sya pun kembali jugak. dgn 2 belah tgn terbuka sya sambut kepulangannya.. tapi dah mcm mustahil..
uwaaaa!!! ;p

Azmi said...

haha...macam2 kesimpulan...erm agaknya dia sunyi la tuh baik ada makwe dri tak de langsung tu yg dia nak kembali tuh

lavender harum wangi said...

fatin~ hehe, nah tag untuk kau~ :D


http://lavenderharumwangi.blogspot.com/2011/02/blog-aku-dah-cukup-cantik-ke.html

Myfrin's story said...

Salam, fatin. Selamat menyambut Maulidur Rasul.....:)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER