Tuesday, February 22, 2011

UBAT UMPAMA MIMPI NGERI..

salam

dua tiga hari ni aku tak sihat sangat2. seriuss. sakit kepala sangat2. aku tau sebab apa. haha tapi aku malu nak kongsi dengan korang. biar la mama danje tau. huahuahua tapi tu la, sebab aku degil, padan muka. kehkehkeh..

kalau korang nak tau, aku paling tak suka makan ubat, tambah2 ubat pil. ohh noo!! 10000 alasan aku kasi kalau kena suruh makan ubat. dari aku kecik-kecik sampai la aku besar, susah nak tengok aku makan ubat. haha.

ada peristiwa antara aku dan ubat. kenangan itu benar2 segar di mindaku.

>>> masa aku kecik2 aku kan tak nak makan ubat, tapi demam. demam tak baik2 selagi tak makan ubat, lepas tu satu hari tu abah dah marah sangat dah. aku terus masukkan ubat dalam mulut aku, lepas tu abah angkat rotan, dan tanya, nak makan ke tak, sebabkan takot sangat masa tuu, gluppp, terus tertelan ubat tu..kehkehkeh

>>> masa tu sekolah rendah, pergi klinik, amik ubat sebab demam., aku cakap kat doktor tu, 'saya nak ubat cair, xnak pil'. dia tersengih2 je dan berkata, 'awak dah besar, kena makan ubat pil dah'. monyok muka aku. hahaha

>>> port aku untuk sorokkan ubat2 yang tak nak dimakan adalah di belakang rumah. masa ni dok umah kat kulim lagi la.. belakang rumah ada pokok pandan. so aku mesti sorok2 celah pokok pandan. lepas tu masa nak pindah ke SP, mama bersihkan belakang rumah dan terjumpa banyak ubat kat tepi2 tu... hihihi aku tersipu2 malu bila mama tanya :P

>>> cara aku makan ubat, tambah2 pil la kan, aku potong2 guna pisau. kalau aku nak makan ubat pil walau pun panadol, aku pastikan ada pisau kat situ. sebab aku akan kerat2 ubat tu jadi 8 kerat ke, aku makan la 4 kerat, lagi 4 kerat,, peuwww.. *masuk dalam sinki, byebye* hik hik

dulu kecik2 aku set dalam kepala aku. kalau makan ubat pil tambah yang besar2, mesti tercekik. kerongkong aku kecik so ubat2 tu takkan boleh masuk. nanti tercekik lepas tu terus mati. haha. tu yang buat aku takot sangat2 nak makan.. hee

aku start makan ubat masa aku sem 1!! masa tu aku 18 tahun. aku kat asrama. aku demam teruk. teruk sangat2 sampai tak boleh bangun. so pergi klinik, amik ubat, aku kena makan 7 pil dan satu sudu ubat batuk untuk sekali makan. hambek ko. mimpi ngeri aku rasa. hahaha tapi aku makan jugak la. aku belajar makan ubat time tu la. makan satu-satu sampai la abis. yeay! aku tak rasa tercekik lagi. kehkeh maklumlah berjauhan dengan mama, nak tak nak aku kena makan. kalau tak makan kang, tak boleh pergi kelas..wuu

lepas tu masa sem3 aku kat KL, masa tu aku demam teruk. suspek denggi pulak tu. 3x pegi hospital sebab demam tak baik-baik walau dah makan ubat. siap amik darah tapi tak de lak kena denggi. masa tengah tunggu nak masuk jumpa doktor, nurse tu kasi 2 bijik ubat, suruh makan., dia kasi la segelas air, aku makan jugak la depan nurse tu. kehkeh abah aku tersengih2 je, pandai anak abah makan ubat secara spontan ye. kalau tak. 3 jam pun belum tentu aku nak makan. hik hik

aku mengada-ngada tak nak makan ubat masa dok dengan family je. kalau kat asrama aku makan jugak. haha jauh kan, mama tak de, nak tak nak kena makan. 

dan dua tiga hari ni aku sakit kepala sangat2. wuu aduhhh mama aku bebel-bebel dah suruh makan ubat. sebabkan rasa sakit sangat2, semalam aku makan jugak, 2 bijik panadol..wuu kalau umur 22 tahun, tak reti2 makan ubat lagi, memang kena luku la kan.. heee

alhamdulillah setakat ni aku tak pernah dimasukkan ke hospital lagi la atas sebab apa2 la. accident ke, sakit teruk ke, asma ke, tak de lagi. alhamdulillah, aku tak de asma atau lelah. tak de apa penyakit yang kronik. sekadar demam2 tu je la. tak la penah masuk hospital. hoho.. tak tau la apa rasa kalau masuk hospital lagi. tapi tak nak la, dah besar, mama tak boleh teman :P kui kui kui




kalau aku dapat ubat besar macam ni, aku mesti cakap kat abah aku:

ABAH, UBAT NI BESAQQ GEDABAKK!! JENUH NAK TELAN

abah akan jawab

ADA SEBESAR PETI AIS DAK??

grrr masam muka aku.. hik hik

apa2 pun langkah terakhir aku sebelum aku dimasukkan ke hospital adalah makan ubat. ohh aku rela makan ubat dari masuk hospital. kalau makan ubat, tak payah masuk hospital. kalau masuk hospital, tetap kena makan ubat. pilih mana nak? haahha! harap la sakit kepala ni hilang sepenuhnya.. aminn. ^__^

aku jarang sangat2 demam teruk, tapi kalau dah demam teruk, =,=

9 comments:

Cik Ila said...

cik ila suke mkn ubat..suka bau2 ubat/klinik/hospital..ngeri tak dengar?hahah

aNnE said...

rajin2 makan ubat kalo sakit sis..cepat baik..hehe

merahitujambu said...

moga cpt sembuh yaa....jgn tkt mkn ubat plak

P0polita said...

penah skali tu, popolita sakit perut, sebab masuk angin.. lagi2 plak time tu demam.. g klinik, doc bg 5 jenis ubat.. adoiyai.. pening lalat nak habiskan semua skali.. huhukk..tp alhamdulillah lega..=D

Lelaki kisah tak kalau isterinye seorang smoker?

Nur Farah Hani said...

harap cepat sembuh..

fara lak prefer makan ubat biji dari air..s ebab rasanya tak sedap.. kalo ubat biji leh telan terus.. heheheh..

nelly said...

Haha .
kelakar .Nelly tak suka makan ubat .

senydream said...

haha2!..same la cam sy dlu2 pon xsuke mkn ubat sampa nangis2 kne rotan segala pon still xmau mkn ubat.tpi skrg dh bsar ubat y lebey bsa dr sy pon sy telan,ahaaks!..

tomato said...

sukak pe makan ubat..leh tidoq sampai esok..kekkeke :P

h A n Y S said...

hahahahahaha~aduh..sampai mcm tu skali tak nak makan ubat pil..tp hanys better pil, sbb blh tros telan tanpa rasa apa2, kalau yg ubat cecair, ade rasa, yewwwww~hehehehe..
;p

ARTIKEL RAKAN BLOGGER