Thursday, February 10, 2011

PENTINGKAN KUALITI DULU, BARU KUANTITI

salam

aku tengah main game baking life ni. kat facebook. best weh. sapa2 yang ada facebook, jangan lupa main game ni. bakar2 cupcake, design cupcake dan macam2 la. sedap gila aku tengok cupcake tu. hehe best!! kalau yang dah main tu, meh request jadi pekerja kat kedai aku. aku tengah cari pekerja ni. ahaks

dalam minggu ni aku kurangkan menulis blog. aku ada sebab2 kenapa aku tak update blog 4-5 kali sehari. antara sebabnya:

1) nuffnang aku hilang status gliterrati. aku jadi tak de mood nak tulis blog. lepas tu aku fikir, aku tulis blog sebab nak dapat duit banyak2 ke? hoho

2) aku tengok post2 yang lepas, satu hari 5 post. sapa yang nak baca setiap post aku tu? sedangkan aku set 3 post aje yang ada kat page depan. yang lain2 dah jadi older post.

3) aku bukan blogger terkenal. bukan. abang ben ashaari antara blogger terkenal. dia ramai pembaca setia yang selalu datang blog dia. dia update banyak2 pun orang akan selalu 'alert'. hehe

4) aku menulis bukan kerana duit, bukan kerana nama, bukan kerana mahu populariti. sebab tu aku tak penah nak buat tajuk kontroversi. biar orang lain buat, aku baca je. hehe

5) dan akhir sekali, aku nak pentingkan kualiti setiap post sekarang. yeah. aku nak pentingkan kualiti. ada 5 post dalam sehari, tapi langsung tak de kualiti buat apa kan? 1 post pasal tagged, 1 post pasal promote twitter, satu post pasal artikel dalam kosmo, satu post pasal artikel dalam beautiful nara dan satu post baru la pasal pandangan diri sendiri. hoho. 4 tak de kualiti langsung. hehe 1 post aje yang ada kualiti. wuu. aku tak nak macam tu lagi.


bila nuffnang aku dah dapat balik status glitterati, aku akan buat post yang berkualiti setiap hari. sebab tu aku hadkan satu hari satu post. hehe buat apa nak kejar populariti kalau sekadar copy paste dari blog orang lain. hoho. setiap hari akan ada topik yang berbeza. dan sebelum aku tulis pasal satu2 topik, aku akan buat research dulu kat google. bukan copy paste okay. nak jadikan amalan banyak membaca sebenarnya. bila selalu banyakkan membaca artikel2 atau apa saja, minda kita akan lebih terbuka. :) dan mungkin jugak aku akan cerita pasal makanan atau kehidupan aku, nama pun blog peribadi kan. tak salah nak share dengan korang kan. kalau ada apa2 artikel yang best, aku akan share dengan korang :)

aku rasa aku dalam proses untuk menjadi matang. err err.


akhir sekali, aku mintak jasa baik pembaca blog ni, untuk vote aku dalam contest merahnya mak ngah :) anjuran achik kuat bebel.


aku pertaruhkan gambar ni. satu2nya gambar aku yang ada warna merah. aku tak da sangat baju berwarna merah sebab kat kulim banyak anjing, aku takot nak pakai nanti. haha!


caranya:

like fanpage achik kuat bebel dulu


kemudian LIKE gambar ni, klik saja,


terima kasih kepada yang dah undi. kalau yang belum undi tu, jemputlah untuk undi ya. sharing is caring kan. hik hik aku takkan lokek untuk undi mana2 gambar yang perlukan LIKE kat facebook. bagitau aku dan aku akan LIKE.

terima kasih :)

16 comments:

lavender harum wangi said...

erk, cane boleh hilang status gliterrati? betul2, kualiti lebih penting dari kuantiti~ mcm anak jugak.. buat byk2 tapi msuk pusat serenti pun xguna~ =,=

Chuck said...

Sokong post nie. Haha. Kualiti lagi penting dari quantiti. :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

proses menjadi matang.. ;)

p/s:slah 1 sbb ak xwt nuffnang.tkut wt post pk psal duet je..

Wan Fakhrul Rin said...

Eheh. Kee menulis kerana keinginan hati.. Memang tu pun niat asal waktu tubuh blog ni, nak luahkan apa yang dirasa.. Bila dah lame baru ada timbul niat2 nak kaye ngan nuff la hape la.. Last2 tak jadi ape semua tu.. Niat asal jadi pegangan :)

webmp3malay said...

jom follow kiter..kta dah follow awk

merahitujambu said...

dh like..so apa lagi??bayar laa..weee~

dh like dh untuk awok cik fatin...=)

mizzCloudy said...

aka npe semua laki jahat

nelly said...

yup .nelly setuju entri ini ..
=)

Azmi said...

tu la...aku ikut mood je..tapi tak pernah la sehari smapai 5 post..tak sempat eden

platipus said...

done

CahayaCintaIlahi said...

fatin betul ke kalau kita post banyak2 sehari akan hilangkan status gliteri kte kat nuffnang? alamak cmne ni adehh

Nur Farah Hani said...

dia selalu jer hilang sekejap jer awak.. fara nyer hari tu ordinary pastu gliteraty.. pastu orafinary n now gliteratti balik.. suka main main kowt hencik nuffnang tuh.. hehehe... XD

so teruskan menulis...p

She's retarded said...

saya cuma post sekali seminggu.
kekeke

mie said...

wow!!
rajin update....
gue xmampu update banyak2..
ehehee

aNnE said...

fuiyoh sis cun!:D

chiLleD...!! said...

rjinnya smpai 4-5 kali shri..huhu

ARTIKEL RAKAN BLOGGER