Wednesday, February 9, 2011

SAYA BENCI OKU!!

Salam.

Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

'Tak mampu', kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, Kerjanya lambat.

Ya, saya tahu, OKU ini banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itu kan fitrah manusia, Bukan semua sempurna.

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tidak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya!
Apa? kalian kata saya kejam? kurang sensitif? kurang ajar? kurang asam? tak ada adab?

Sabar, sabar dan sabar dulu..

OKU itu hanyalah satu gelaran..tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki dan tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; peliharalah penulisan ini, serta penulisnya , juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu,dan tidak gentar dalam menegakkan agamu-Mu.


* OKU: Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


sumber: iluvislam. post yang sangat bererti bagi aku dan aku share dengan korang :)

17 comments:

nelly said...

yes ! setuju ..

merahitujambu said...

owh.....igt apa laa td..heee

oya said...

sabo je la..ngt OKU lain..

saperakue said...

jangan jadi OKU jadilah OTPU

kau kesah ke?? said...

oooo

alien said...

yeh~
tak suka OKU

Amni said...

ingat orang kurang upaya.. fatin ni pandai tau! hehe....

platipus said...

tkjut aku weh bc tajuk kau!

alyaanajwa said...

lagi hangen dekat orang yg ambil kesempatan kat OKU. Bawak si buta jalan2 jual tisu, yg si celik tu tak boleh keje ke? ish2 dunia

Mr.NS said...

tumbs up!

koepee said...

org kalo xder usaha baek pegi mati je.. idoop penyegan mati xmau.

.:padie_eyla:. said...

haha. bce awal2 theres sumthing fishy here. rupa nyaaaa. hak3!

sahromnasrudin said...

wah!!! terkejut saya tgk tajuk tadi..bile dah bace lega rasanya...hehehehhe

::nuRuLaDHar:: said...

gempak sia tajuk! HAHA :P

miss el said...

setuju! hehehe kreatif btol tuka mksud OKU :)

ツ I am ME ツ said...

baca tajuk memang aku rasa macam nak benci jeeee..
tapi bila baca isi..huhu kau paksa aku salah faham!!!! =P

mizzCloudy said...

eh.. korang ingt, owg OKU.. tu semua ke ar... eh x semua r... knpe dng korang ini r..

korng thu x koeang tgh ckp kt siapa ini.. kt aq thu x..

aq x ske owg mcm korang ini.. ske bodoh2 kan org OKU.. mcm aq..!!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER