Friday, February 4, 2011

TERLEBIH BAKING POWDER KE??

salam

selamat petang! sambil layan tv1, sambil update blog. japgi aku blogwalking. 2,3 hari lepas sejak2 hujan lebat, internet betol2 terganggu. sakit hati aku! aku upload gambar masa raya cina tu, sampai ke petang wooo. alahai. tapi hari ini laju pulak. grr! lagipun cuaca panas dan tak hujan. semalam tido pun rasa panas. dah 2bulan aku tido pakai stokin sebab sejuk sangat! hik hik. pagi2 dah bangun awal sebab abah ajak sarapan kat luar. makan nasi briyani!! nyum3. punyalah sedap sampai balik rumah je, mata kuyu sebab mengantukk! haha

semalam abah bawak aku lepak kat pantai teluk maknik lagi. hoho kali ni aku tak nak cerita pasal pantai. haha asyik2 pantai je kan. haha sebab pantai ni dekat je dengan rumah aku. so selalu la pegi. hihi.

gambar2 yang aku snap masa kat sana, aku edit2 sikit okay. ahaks




bila dah tengok gambar ni balik, aku tengok pipi aku lagi tembam dari mak aku. mak aku pipi kecik je! haha! aku pakai baju warna pink, mama warna purple. abah warna oren. caiss. xpenah sedondon! haha

aku dengan mama aku sama besar, sama tinggi. haha dah macam anak beranak dah. dah macam kakak dengan adik. bukan macam ibu dengan anak! haha nak buat macam mana, dah aku membesar bagai johan! hik3

mama kata aku ni terlebih baking powder. tepung penaik. tu pasal pipi tembam kalah orang lain! haha bukan, dok rumah hati senang. semua makanan tersedia. macam2 mama masak. semalam je makan nasi daging dengan roti jala. hari ni plan nak buat puding karamel. hik hik macam mana la aku tak cepat membesar? cuma aku tak cukup tinggi. aku rasa jierah dengan syaira dah amik ketinggian aku sebab tu aku rasa rendah lain macam je. keh3

sama tak aku dengan mama aku? mama adalah insan yang paling2 rapat dengan aku, selain abah,dan kawan2 yang lain. mama paling rapat. 100% aku akan cerita kat mama. kat orang lain mungkin aku ada tapis2 sikit, kat mama tak da, semuanya aku ceritaaaaaaaaaa! hehe mama je pendengar setia aku dari aku kecik2 sampai la besar.

aku sayang mama sampai bila2. mama la mama, kakak, kawan, kekasih dan segala2nya :)

10 comments:

DuniakuAbstrak said...

aku sayang mak aku jugak

sobss

.:padie_eyla:. said...

haha. baking powder.? ha3. comelll je.. =p

mr.syazwan said...

I
B
U

R
A
T
U

H
A
T
I

KU

=_=

senydream said...

xpe temban pon tpi still cantik..:)

*sayang mak jugak..*

chiLleD...!! said...

xpe trlebih baking powder pon..jnji hati mau baik putih bersih bak telur dikupas..hehe

sy pon syng mak sy..=)

kay_are said...

dah len dah blog ni ye.. bile tukar agaknye ni.. huu

Myfrin's story said...

Salam, fatin. Kalau fatin dah kerja nanti, tentu fatin sibuk. Masa ni lah nak luangkan masa bersama mak, hehe...:)

MataHati @ MH said...

comel per pipi tembam...suka suka suka

seiras betul dgn maknya

mie said...

uihh!!
nampak serasi la..
yang mana kakak yang mana adik..
eheheee

JIJI YU said...

muaha..aku nak wat gelaran baru tuk member aku pas ni..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER