Sunday, February 20, 2011

ANCAMAN DARIPADA SEGENAP SUDUT

salam...

Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut??

Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat.

Jika tangan kita bebas daripada pencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat.

Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar
daripada dosa dan rangsangan.

Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu makin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita yang melemahkan dan menghancurkan kita.

Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.

Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud, Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaoarkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.

Ghazwul fikri ( serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.

'Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat'.

'Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli
keluarga kita daripada api neraka?'


Bangunlah!!

Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.

'Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok kita terkandas jua'

Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah!

Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan.

BERSEDIALAH.

Paling takot bila musuh itu ingin menghancurkan kebahagiaan yang kita sedang kecapi...Mampukah ku hadapi?

5 comments:

nelly said...

Jangan takut menghadapinya .
pasti ada hikmah ..
=)

bunga said...

pasti ada hikmah yang tersembunyi;;

kau kesah ke?? said...

emm kadang-kadang takut kan..
ya Rahman berikan aku kekuatan'

intan.maisarah said...

hati kene kuat.
iman kene kental
mulut perlu senyum

senydream said...

jgan takut hadapinyer ngan cekal..;)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER