Wednesday, February 2, 2011

ORANG GEMUK KENA ADA KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI~

salam

selamat tengahari kepada semua! semalam tak boleh tido sangat. rindu sangat kat kulim kot. sampai termimpi-mimpi. ahaks dah tu, siap mimpi balik kulim, siap update status *ada kat kulim, sampai pagi tadi, sapa2 nak jumpa aku, roger k*. hahaha peh. rasa jari aku menaip atas laptop. bangun je pagi-pagi, aku ada kat kemaman lagi! huwaaa~

hari ini aku rasa nak cerita pasal orang gemuk. kenapa aku pilih topik tu? sebab aku pun gemuk. hahaha! kalau aku kurus, takkan la aku nak cerita pasal orang gemuk pula kan. so dah aku gemuk, aku boleh je nak share kehidupan aku sebagai orang gemuk ni. boleh je. sharing is caring okay. hik3~

1st time aku PMS, umor aku 10 tahun. masa tu ada beberapa orang je yang sama macam aku. tapi masa tu selera aku tak la bertambah mana pun. lebih sikit la dari dulu2, dulu2 aku tak gemuk okay. masa sekolah rendah. tapi tak la kurus sangat2. tipu la kan. berisi jugak. masa aku form1, kawan2 aku semua kurusss. dalam gemuk aku la paling gemuk, padahal tak la besar mana pun. ahaks

masa aku pindah kat sg petani, berat aku dalam 53kg. tu kalau kat smk st patrick dulu, aku la paling gemuk. hakhak lepas tu pindah je kat sg petani, 53kg tu kira kurus!! sebab ramai lagi perempuan yang lagi besar dari aku. ada yang 100kg++, yang 80kg, yang 90kg, memang aku terkejut sangat la. aku tanya kawan aku masa tu, aku gemuk ke, dia kata tak la, orang lain lagi gemuk. hoho

segala-galanya berubah masa cuti raya, aku form3. masa raya tahun tu, 2 minggu aku balik kulim. masa tu dah cuti sekolah kan. lepas tu aku berjalan-jalan merata-rata tempat kat kampung. ye la, rumah sedara ramai. pergi je mesti makan. makan. makan. aumm. makan je. haha! masa tu aku dah rasa berat aku semacam je naik. sebelum tu aku timbang berat aku 56kg. sebelum raya. dan selepas 2 minggu aku pergi the store. tergerak hati nak timbang, haha. tengok2 naik 10 kg!! berat aku naik mendadak jadi 66kg!! aku rasa nak pengsan. peh, patut rasa lain macam je. haha!

masa tu baru la rasa, baju kesayangan dah tak boleh pakai, seluar jeans kesayangan tak boleh pakai, ada dua tiga helai baju t-shirt yang nampak pusat pun dah tak boleh pakai., ahaks. dan sejak2 tu sampai la sekarang, aku susah dah nak dapatkan berat yang macam dulu2. kan orang kata, nak naik senang, nak turun susah. keh3. tambah2 nak spm, selera makin la bertambah. hoho..

sekarang ok la berat. gemuk jugak la. tapi alhamdulillah setakat ni, tak da apa2 penyakit lagi. lega. mama aku cukup jaga pemakanan kami sekeluarga. sangat2 jaga. sebab tak mau sakit. masa aku buat check up sebelum masuk msi dulu, aku ada darah tinggi sikit. doktor kata, awak ni ada darah tinggi sikit je la, tapi bukan sebab pemakanan. sebab tension kan. aku senyum-senyum je la. hoho memang aku alami tekanan yang banyak dengan ex dulu. huhu. dan sekarang alhamdulillah dah tak de :) sebab dah lama tak tertekan macam dulu.

aku akui, keyakinan dalam diri memang kurang. bukan tak de langsung. kurang sangat2. yela aku gemuk, sapa nak kat aku? aku jadi rendah diri sangat2, kalau suka kat seseorang tu, aku banyak pendam sebab aku takot ditolak. sebab dah pernah rasa bagaimana cinta ditolak hanya kerana aku gemuk! aku akui, ramai lelaki yang nak kan wanita yang kurus, langsing. tak la malu nanti bila bawak jumpa kawan2 dan family.

aku teringin jugak nak pakai baju cantik-cantik. walau aku banyak baju cantik-cantik, tapi aku tengok baju orang lain lagiii cantikkk. haha! alahai. tapi nak buat macam mana. semuanya aku pendam dan pendam. hoho. satu perkara terjadi dan membuat aku sedar. satu hari kitorang pergi rumah sedara, sebenarnya baru rapat la kami sedara2.sebab dulu2 tak kenal sangat. family diorang semua gemuk2. isteri gemuk, suami gemuk. bukan sikit2. besar sangat. tapi diorang berjaya. ada keje elok. ada anak ramai. ramah dengan orang, hormat orang tua. pergi rumah diorang, layan bukan main elok. ada maid. punyalah sayang dengan anak-anak. aku terpegun. wah. orang gemuk pun boleh berjaya. tak penah pun diorang rasa malu dengan kehidupan diorang...

aku dah bukak mata sikit masa tu. aku yakin orang gemuk takkan selalu dipandang hina. tunjukkan pada orang, kita boleh berjaya, kita akan kerjaya, kita ada budi bahasa, insyallah, kita akan dipandang selesa oleh semua masyarakat.percayalah. ramai orang sekarang dah pandai menilai dan ramai yang selalu berkata, kalau rupa elok, tapi budi bahasa tak da, buruk jugak la jawabnya.

aku susah sangat nak kecik hati bila orang kata aku gemuk la, suruh diet la apa la, macam2. haha selalu kalau balik kampung diorang mesti akan kata. tapi aku selalu senyum2 je la. haha buat tak tau aje. aku tau diorang bergurau. yeah. bergurau. buat apa nak tacing sangat kan. relax sudah. aku dah biasa. so aku tak la sedih mana pun. agaga!

dua situasi telah berlaku dalam hidup aku. dan membuatkan aku rasa benci sangat dengan beliau! satu, situasi di sebuah kampung. di mana kami satu family. pergi rumah tu. salah sorang ahli rumah tu, ada la cakap aku gemuk la apa la, aku tak amik port sangat sebab dari dulu dia memang macam tu, suka hina orang, so aku malas nak layan. lepas tu dia hidang laksa, aku baru je suap dalam mulut, dia tepis tangan aku, dia kata 'hai,, orang gemuk mana boleh makan, satgi lagi gemuk'. peh masa tu mata aku berair giler. yela, datang rumah dia, dia jamu kita makan, masa nak makan, dia cakap macam tu. aku tak makan terus. pergi kat ruang tamu. sejak tu 4 tahun kot aku tak jejakkan kaki langsung kat rumah dia. sampai mak dia pun dok tanya2 dah. sebabkan family tu sedara terdekat aku, aku pergi jugak la. tapi kalau jumpa dia, aku akan elak. malas nak layan. jumpa kat mana pun, kalau ada dia, aku cepat2 pergi tempat lain.

situasi kedua di rumah jiran. jiran rapat la. aku pergi masa tu dengan mak aku, nak tengok seseorang. tapi tak sangka pulak ada family lain dalam rumah tu. family tu tak de apa2 kaitan pertalian darah dengan jiran aku tu. dia pulak bawakkan kek coklat yang dia buat sendiri untuk jiran aku tu..tetiba jiran aku pelawa aku makan, aku senyum2 je la, nanti aku amik. tetiba
makcik tu kata, 'tak payah bagi kat dia, coklat tu. dia tak boleh makan, nanti gemok lagi'. tersentap aku. bila jiran tu pelawa lagi, aku terus kata tak nak. dan terus ajak mama balik. sampai hati dia. sejak tu aku harap sangat aku tak jumpa dengan makcik tu lagi..

bagi aku, orang gemuk pun ada perasaan. janganlah dihina sebegitu rupa. aku boleh terima kalau sedara2 cakap, aku gemuk, kawan2 cakap, budak2 lelaki cakap, tapi biarlah berpada-pada. kalau sekali sekala cakap tak apa, kalau berkali-kali? siap menghina lagi. sapa boleh tahan kan? ada perasaan jugak kan. bukan boleh dicampak, ditendang sesuka hati. kan?

sekarang keyakinan aku terhadap diri sendiri semakin bertambah, semakin kuat bila family, buah hati, dan kawan2 yang bagi semangat. yang selalu ada dengan aku. budak gemuk bukan tak boleh kawan dengan orang. boleh, cuma kita kena ada keyakinan diri lebih dari yang lain. kita kena jaga penampilan diri kita. jangan bagi badan bau busuk, jangan pakai seksi2 sangat terjojol biji mata orang lain bila tengok. jaga penampilan diri kita. aurat kita. budi bahasa kita. semua2 la.

orang gemuk tak semestinya kena cantik di depan orang ramai, tapi cukuplah penampilan yang sedap mata memandang dan kebersihan perlu dijaga. itu saja. selama ni aku tak penah la makan apa2 ubat untuk kurus, tak penah lagi. aku tak nak nanti efek dalam jangka masa yang panjang. kita nak hidup lama lagi. aku tak nak kurus dengan cara macam tu. tak nak. cukuplah dengan senaman dan jaga pemakanan kita, kawal makanan berlemak, bergoreng, gula, garam dan sebagainya.

percayalah, kalau kita ada keyakinan diri yang tinggi, insyallah, orang takkan pandang hina terhadap kita, orang akan hormat kita. tapi kita kena hormat orang dulu la. hehe orang gemuk jugak ada perasaan untuk disayangi dan menyayangi dan aku bahagia jika diri disayangi sepenuhnya oleh family, buah hati da kawan-kawan :)

orang gemuk pun boleh bergaya okay! haha! ha, ni ada satu laman web shopping online untuk orang2 gemuk, dimana kat situ, ada dijual baju bermacam saiz. sebesar2 mana pun ada! dan cantik2 pulak tuuuuuuuu. peh, bergaya! try la. aku dah tengok dah. duit je tak de lagi. kalau ada, dah lama shopping. hoho! yang baju seksi2 tu, kita orang islam kan, cari alternatif lain untuk tak nampak body kita tu. hoho. klik je kat bawah tu, blog dia.

http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com



setakat ini saja la. hik3~ panjang pulak aku bebel. nak buat macam mana, idea mencurah2. itu pengalaman hidup aku. insyallah, aku dalam proses menurunkan berat badan supaya nampak lebih sihat, dan tak lupa jugak untuk jaga pemakanan diri. kurus-kurus jugak, badan mesti sihat. gemuk-gemuk jugak, biar gemuk asalkan sihat!

aku dan rozhanis.

aku susah nak tangkap gambar full. haha! ni la salah satu gambar full aku. hik3~ masa reunion sekolah dulu. hihi..

14 comments:

nabilah_2908 said...

gemuk atau kurus....keyakinan diri tu penting kan.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI

tomatokering said...

org gemuk pon leh jadik style jgk . ceq pon agak chubby la . but , bila ceq pkai style2 , ceq rase dri ceq ni tak lah gemok mana & rasa cantik . tu yg penting kn ? tayah hirau sgt pe org ckp asalkan kita tahu jaga diri kita . hehe :)

kindergartenlibrary said...

hehe ..
biar gemuk tapi sihat ..
i likeee ,..
=)

aBIL said...

aku pon gemok jugak.. hahahaha..

aku pernah ade ex yang nak komen aku ni gemok la, ape la.. padahal. mcm la dia tu hensem sgt!! gemok lgi dari aku..

start dari tu, aku belajar.. org yg xdpt nak terima kita seadanya, eloklah kita buang org tu jauh2 dari hidup aku...


ni pepatah aku sendiri..

"LEMAK AKU..BADAN AKU YANG GEMOK..BUKAN BADAN KAU!! AKU LANTAK MAKANAN GUNA DUIT MAK BAPAK AKU..BUKAN MAK BAPAK KAU..SIKIT PON AKU XMIN DUIT KAU UNTUK GEMOKKAN AKU.KESAH APE KAU AKU GEMOK KE X"

chillex sudah..hihiihihi

al_hakim said...

semua org perlukan keyakinan diri..cantik mane pun kalau tak de keyakinan tak ade gunenye..=)

lavender harum wangi said...

aku nak chubby sikit~ kurus jek, xbest jugak.. :)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sy teringin nak jadik gemuk supaya boleh derma darah..berat badan saya tak capai tahap minimum untuk derma darah huhuhuhh

CahayaCintaIlahi said...

kte pun gemok gak
kadang2 kte tensen nak carik seluar pnye la susah
kadang2 nak kai bj cntek2 macam org kurus2 tapi tak muat jeles tul kte pun berat kte nek mendadak skang da 57 taw faten uwaaaaaa

Kak Amy said...

betul2 orang gemuk mahupun kurus tahap keyakinan tue harus ada...

Hanisah Safian said...

comel apeeeeee. :)

noa said...

bukan org gemuk je..org kurus pun kena ada keyakinan diri gak

Tapi...susah betul ar nak ada keyakinan diri tu....slalu rasa ada kekurangan pada diri.....pastu x de confidence...pastu malu....pastu nak stop dulu sbb rasa dh panjang la pulak =p


ENTRY HOT : Pakej Lengkap

Unknown said...

dulu aku lagi gemok..120 kot berat aku..saez sluar 42..mmg aku tak yakin le ngn diri aku..awek mane la nak dekat ngn aku dah macam dinosor dah aku ni..ehehe..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

semangat mcm nie la yg kte nk..
yeah!!~~~
hehehehe
ade org gemuk kurg keyakinan diri..
tp ade plak org gemuk yg terlalu bahagia bile org sekeliling xksah lnsg yg die gemuk..n hasil nye, die semakin gemuk n xchat..
tp mcm ko nie yg bagus..
yakin ngn dri sendiri @ d same time berusaha jdik lebih sihat..=)

p/s:agk2 nk buang lemak, sedekah la kt ak yg teramat kurang lemak nie..T.T

yanamib said...

org kurus pn kena ada keyakinan diri jugak =)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER