Tuesday, February 1, 2011

KENALI KULIM KEDAH

salam

dah nak dekat 3bulan aku tak balik kulim. rindu sangat rasanya. entahlah. hoho aku memang asal dari kulim. kulim kedah ya. aku dilahirkan kat hospital kulim kedah. aku dibesarkan kat kulim selama 13 tahun. masa aku form 1, aku pindah ke sg petani. lepas ke kuala lumpur. sampai tahun 2009, kitorang pindah kat kuala terengganu beberapa bulan dan kemudian ke kemaman sehingga kini.

kulim tempat yang paling aku sayang. aku sambung belajar pun kat kulim. 3 tahun aku belajar kat kulim. bila aku dah habis belajar ni, aku terpaksa tinggal kat kemaman kerana family aku ada kat sini. takkan aku nak dok kat sana sorang2 pulak kan. wuu memang abah ada satu rumah di kulim. abah beli rumah tu dari aku kecik2 lagi. lagi beberapa tahun, abis la bayar duit rumah. rumah tu kitorang pernah sewakan kat satu family. sekali saja. tu pun tak bayar sewa dan rosakkan pulak tu. alahai. sabar je la. sejak tu sampai la sekarang, rumah tu kosong saja. tapi ada la macam2 barang dalam tu. barang2 aku kat asrama dulu, semua ada kat situ..

meh aku nak perkenalkan kulim kepada korang. pada yang tak pernah datang kulim dan tak pernah tau apa itu kulim, meh aku nak kenalkan kat korang.kot2 la lepas ni korang nak jalan2 kat kulim pulak kan. hakhak


asal usul nama kulim:

-kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu pattani. nama kulim diambil sempena pokok kulim yang tumbuh merata tempat. nama asal bandar kulim mendapat jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil 'kulim' (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

kat sini terdapat banyak kawasan perlancongan untuk pelancong dan warga negeri kedah. antaranya :

*taman kulim hi-tech
*rekreasi air terjun junjung
*rekreasi sungai sedim
*gunung bungsu
*pahau
*rekreasi ulu paip
*tree top walk
*puncak gunung bintang
*taman tasik kulim
*kulim golf and country resort
*chinese recreation club
*pekan ahad padang serai
*hotel seri malaysia

antara pasaraya di kulim

*kulim landmark central
*the store
*tesco* dalam pembinaan*
*big 10
*happy home. dulunya yawata
*minat taman selasih
*pasaraya long wan
*pasaraya zon ria

antara kawasan kejiranan di kulim

*taman selasih
*taman kenari
*taman tunku putra
*bukit keranji
*bukit kulim
*kampung air merah
*kampung darul aman
*kampung syed syeh
*keladi
*kelang lama
*taman bersatu
*taman dahlia
*taman kempas
*taman kemuning
*taman semarak
*taman seroja

jadual pasar malam pula:

ahad- kelang lama
isnin- taman lobak, lunas (desa makmur), taman kenari, taman labu besar
selasa-taman semarak
rabu-kulim (market kulim), pekan karangan, pekan sungai karangan, padang serai
khamis-kelang lama
jumaat-pekan junjung, taman jati, kampung nagalilit, sidam kanan, taman semarak
sabtu- kulim (market kulim), taman mutiara, merbau pulas, padang serai.

jadual pasar tani:

khamis- padang serai

jadual pasar harian:

ahad hingga sabtu- kulim (maket kulim), lunas (market lunas), padang serai, pasar lembah impiana, market padang serai, taman selasih (market)

pekan ahad:

ahad- padang serai dan taman lobak.

antaranya restoran makanan di kulim

-restoran pokok manggis
-restoran nasi ayam periuk besar
-restoran nasi kandar pelita
-restoran nasi kandar haja
-restoran nasi kandar nasmir
-restoran nasi kandar dinas
-restoran nasi kandar hussien
*banyak lagi dah tak ingat la. hik3

antara restoran makanan segera di kulim

*pizza hut ada dua, di pekan kulim dan kulim landmark central
*kfc ada tiga, di taman selasih,pekan kulim dan kulim landmark central
*mc donald
*sushi king
*ayamas
*kenny rogers *akan dibuka di kulim landmark central
*old town kopitiam
*secret recipe

tempat riadah di kulim

*kelab kulim
*kelab rekreasi cina
*pusat taekwondo kulim
*taman permainan bukit keranji
*taman permainan bukit kulim
*tasik kulim

bank yang terdapat di kulim

*bank islam
*bank mualamat
*hong leong bank
*maybank
*public bank
*rhb bank
*cimb
*bank rakyat
*bank simpanan nasional.

pusat kesihatan di kulim

*hospital kulim
*klinik pakar pergigian di hospital kulim

rumah ibadat bagi agama islam

*masjid al-huda, kelang lama
*masjid kampung air merah
*masjid kampung darul aman
*masjid keladi
*masjid kulim
*masjid jamiul makmur
*masjid taman selasih
*masjid al-ittihad, sg kob
*surau al-furqan


ni serba sedikit yang aku dapat ceritakan tentang kulim. jangan ingat kulim tak ada apa okay. dulu2 sapa2 yang datang dari kl, yang belajar kat unikl kulim, diorang mesti kata kulim ni tempat hulu, dalam hutan, tak da kemudahan apa pun, susah nak keluar. please laa! bas banyak, teksi banyak, prebet banyak! yang aku tak nampak beca ja. err..errr

kat kulim dah ada panggung wayang, pusat bowling, karaoke dan segala jenis hiburan. dulu2 memang la tak de. sejak tertubuhnya kulim landmark central, segalanya ada di situ. tak payah dah nak pergi penang kalau nak tengok wayang. dah tak hulu dah kan? semuanya ada. walaupun kulim dah jadi bandar, aku dah terbiasa panggil pekan kulim. hehe

aku harap sangat aku akan dapat kembali ke kulim. itu tempat aku. aku sangat2 la selesa apabila berada di tempat sendiri. sekarang masa untuk merantau, cari pengalaman di tempat orang. apa yang aku rasa di kulim tak sama dengan apa yang aku rasa di tempat orang. percayalah. kulim la semangat aku, hidup aku, semuanya kulim. hoho pasangan aku pun dari kulim. err..errr

sesiapa yang nak tanya apa2 sahaja, tanya aje kat ruangan komen k :)

peace kulim!!

sumber: majlis perbandaran kulim dan wikipedia

15 comments:

Faiq Roslan said...

KFC ada TIGA!
taman selasih,kulim,landmark

:: Mrs.SyahNia :: said...

rasa nk mlncong ke kulim lah dear :)

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ said...

Dik..Kulim ader Akak zaikulim..he..he..hee

HIDUP ORG KULIM...

AKAK PUN ANK JATI KULIM

SEKRG KEJE INTEL KULIM.

ada aku kesah said...

kulim ada Politeknik Tuanku Sultanah bahiyah yang terbaek skali
:D

pasar malam taman selasih isnin+jumaat..
huaaargghh dah lupa plak :(

burger sham kat taman selasih sedap kot :D

Sukahatiadam said...

sungai sedim kampungku permata kulim oooo

afzan said...

siap ada jadual pasar malam bagai. bagus-bagus :)
jom pergi air terjun bukit hijau :)

.:padie_eyla:. said...

sebanyak2 sedare kat sanaaaa, tak pernah jejak kulim lagiiiiiiiiiiiiii! huaaa.

Unknown said...

negeriku, tanah kelahiranku..

dah lama sgt tk pi sana..

sahromnasrudin said...

saya pernah smpai kulim sebab mentua saya ada kat kota kuala muda..dekat je kans....

Unknown said...

TAMAN KENARIIIIIIIIIIIIII!!

chiLleD...!! said...

kulim skg dh mju..he..dulu msa blajar kt kulim, student kbnykn kuar g bttrwrth, xpon BM..tringin nk g jln2 kt sna, tp xde teman..tringin nk tgok kulim lg..he

Juw-one said...

Haha.. nice entry! Sangat setuju dgn statement kulim terbaik.. in addition, kulim terletak di selatan kedah yang bersempadan dengan perak (kalau nak pi kolumpo, ikut jek exit bandar baharu) dan penang (tak sampai stengah jam dah boleh sampai feri). Indeed, kulim tempat terbaik untuk stay dan cari calon (errrrr)

Saharu'san said...

Kelang Lama da bestest :)

multus said...

area kolej mara kulim ada apa ye?,

Unknown said...

Yg penting kulim mmg mkn mahal. Peniaga cina plak pandai ketuk/cekik leher kaum melayu. India yg bawa motor tanpa helmet pun ramai n mereka selalu langgar lampu isyarat.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER