Saturday, February 5, 2011

JOM SELIDIK APA YANG ADA KAT TWITTER~

salam

aku rasa zaman kegilaan aku kat facebook akan berakhir tak lama lagi. sama macam zaman kegemilangan masa kat myspace dan friendster dulu. nak buat macam mana, hati dah berubah. haha abis madu sepah dibuang. keh3.

aku rasa twitter lagi best la weyh. haha ala dulu masa gilakan facebo0ok, aku cakap macam tu gak. facebook lagi best dari friendster. agaga. last2 friendster terus menyepi. ada la sorang dua yang jenguk2 friendster. ada yang delete terus! aku tak delete pun, sayang. banyak sangat kenangan kat situ. biarlah abadi di situ sahaja.

ramai lagi yang tak paham pasal twitter ni. ramai lagi yang tak sedar kewujudan twitter ni. ahaks. ramai lagi yang tak buat twitter, yang tak aktif langsung. ramai dan ramai. aku pun dah lama sangat buat twitter. orang lain dah tweet 11k, aku baru 3k. haha! peh, tertinggal banyak. sebab dulu aku malas sangat2 nak bukak twitter. ada la 3bulan sekali baru bukak. hehe sejak2 aktif balik, aku selalu sangat online twitter, sampaikan aku rasa dunia facebook dah suram!

jom2 selami apa yang ada kat twitter. yang aku tahu saja. yang aku tak tau macam mana nak share kan? grrrr!

ni HOME.


keterangan:

A: adalah tempat untuk kita taip apa yang kita suka. apa2 saja. macam status la. tapi ni tweet!! haha. kalau kat facebook orang panggil wall, kat sini panggil timeline.

B: tweet yang ada mention nama kita. maksudnya ada orang antar tweet kat kita la. contoh @fatinothman89. hyeeee!! bila aku klik kat @fatinothman89 tu, tweet yang orang lain hantar tu kita akan tengok. ni mudah sebab kalau follow 1000 twitter orang, timeline bergerak sangat pantas, dan kadang2 kita terlepas apa yang orang antar tweet kat kita. klik je situ, tweet lepas2 pun akan ada kat situ kalau kita tak sempat tengok...


contoh twitter aku.

C: direct messages. sama macam laman sosial yang lain, mesti ada tempat untuk private kan. hehe kat twitter pun ada,. orang panggil DM. aku dulu2 tak tau gak. jierah yang bagitau apa itu DM. sebab aku tau PM je, private message. hehe. kalau nak rahsia2, tak nak oranglain tau, DM aje k!


contoh DM aku.


mesej dari jierah terpaksa dihitamkan atas sebab2 tertentu. hik hik



D: Favourites. aku tak tau apa fungsinya yang sebenar. setahu aku kalau tekan favourite kat tweet sapa2, tweet tu akan tersimpan kat ruangan favourites. aku tak penah favourite sapa2. so kosong la favourites aku!

contoh
E: Retweets, yang ni yang membezakan dari yang lain. aku rasa tumblr pun ada fungsi macam mana. keh2. kalau kita suka status sapa2, klik retweets kat tweet dia tu! nanti tweet dia tu automatik akan ada kat timeline kita. hehe tak payah susah2 nak copy and paste. retweets saja!
macam2 anda akan dapat lihat, retweets by others, retweets by you dan your tweets, retweeted.
kat facebook tak de pun button retweets!

contoh

F: list yang kita follow, macam aku, ada orang listkan aku, ada 5 orang. 4 dari kawan grup 1989, sorang dari blogger. aku follow dua je list tu. hehe kalau artis, banyak la list diorang. aku tak penah buat list pun. aku ikut je kalau orang buat list pasal aku. hee

G: list yang disenaraikan untuk aku. mazfahmi, usagikiut, cambesje, dan kertasgraf adalah kawan grup 1989. sizukaizzati adalah bloggers.

contoh:


H: followers! ni orang yang follow tweet kita. ahaks. setakat ni aku baru ada 132 followers. cuba tengok artis, berpuluh ribu. aku tak femes, tak ramai nak follow pun :P jadinya apa yang kita tulis kat tweet, followers kita semua tu akan dapat tengokk. akan ada kat timeline diorangg..

contoh:



I: ni kita yang follow orangggg. jeng jeng. setakat ni aku dah follow 222 orangg! ada ramaiii yang tak follow aku balik. tak kisah sangat la kan. hakhak. followlah kalau anda nak baca tweet dari diorang.. dan janganlah mengharapkan balasan ye :P


contoh:


ok. kita pi kat setting pulak. kat atas sekali tu ada HOME, PROFILE, FIND PEOPLE, SETTINGS, HELP, SIGNOUT.

ni aku nak ajar settings. nak cari orang klik saja FIND PEOPLE, nak mintak tolong klik HELP, nak keluar dari twitter anda, tekan SIGNOUT!

korang klik SETTINGS.. korang akan nampak, ACCOUNT, PASSWORD, MOBILE, NOTICES, PROFILE, DESIGN, CONNECTIONS.

yang contoh kat bawah ni bahagian ACCOUNT. sebenarnya korang boleh je buat twitter korang private. klik tanda right kat kotak kat protect my tweets. jadinya selain dari follower korang, takkan ada sapa boleh tengok apa yang korang tulis. aku tak buat private. jadinya semua boleh baca apa yang aku tulis. dulu2 aku buat kejap je. bila ada request, tak larat nak approve. haha sekarang aku tak private kan. sapa2 nak follow, follow la, sapa2 yang nak baca, baca la. keh3 orang yang nak baca tweet korang, kena request la. hik hik lepas tu nak approve ke reject ke terpulang :)

contoh


nak update profile,klik kat PROFILE. tukar gambar ke, nama ke, location ke, website ke atau bio, korang boleh edit kat sini~

contoh

design, ni untuk background korang. nak macam2 warna ada, nak upload gambar sendiri pun boleh. tekan je CHANGE BACKGROUND IMAGE.. hehe aku upload gambar sendiri je. lawa sikit. ahaks

contoh:

ada satu lagi application untuk buat kita tahu sapa yang unfollow kita. hehe senang kan? kalau kat facebook,mungkin kita takkan dapat tahu sapa yang unfriend kita, tapi kat twitter, boleh tahu! check saja! automatik keluar gambar orang yang unfollow kita tu. hakhak kantoii


http://who.unfollowed.me/ klik sign in with twitter.


lepas dah sign in id korang, keluarlah benda ni. macam home la.

A: check unfollowers. klik saja kat situ. kalau anda merasakan followers anda berkurang sorang. hehe aku selalu check gak sebab hari tu ada 2org unfollow aku, tapi tak de pun yang dinyatakan sapa yang unfollow. tu tandanya orang tu dah deactive twitter dia. kalau dia unfollow kita, kita akan dapat tahu. tadi aku check, tak da yang unfollow aku sekarang nih.

contoh:


B: who;s not following back. hehe check sapa yang kita dah follow, tapi tak follow kita balik. 94 orang tak follow aku balik. kebanyakannya artis la. hik hik tak apa, kita ikhlas follow orang. dah orang tak follow balik, takkan nak paksa ye dak? hehe

contoh

C: unfollowers history. sejarah orang yang unfollow kita. minggu ni je ada 3 orang unfollow aku. 2 daripada tu adalah orang yang bukan dari malaysia. diorang follow aku, tapi aku tak follow diorang balik, macam takot je. haha! ada la dalam 3 hari diorang follow tapi dah aku tak follow diorang balik, diorang unfollow. haha! tak kisah. yang lagi sorang aku tak kenal pun. dia unfollow aku tanpa sebab, aku unfollow dia balikk. hehe sama2 unfollow :) sejarah ni dalam masa seminggu aje. kah3! lepas tu hilang ler.

contoh:



dan akhir sekali, aku nak tunjuk background twitter aku. tadi aku crop2 aje kan. tak nampak background. hehe aku letak header blog yang lama tu. warna meriah. hoho aku suka tengok. bertambah lapar pulak!


macam2 software ada untuk kita. tak payah bukan twitter.com. antaranya ubertwitter, twitterdeck,twitrbird, dan macam2 la. aku tak tau sangat pasal benda2 ni. sebab aku tak guna pun. aku terus bukak twitter.com je. hehe nak guna hp pun boleh tapi aku tak penah guna lagi. selagi aku boleh on9 kat laptop, aku guna laptop aje. hehe

sebenarnya best sangat main twitter kalau kita selalu tegur orang, ramah2 dengan orang. peh, memang rasa meriah sangat. hehe kalau nak tulis lirik lagu ke apa ke, tulis la, penuh la timeline korang dengan follower korang. jangan sampai kena marah sudah! haha!

sapa2 yang tak buat twitter lagi, jom la ke dunia twitter. best. serius. bagi aku la. bagi oranglain jugak yang hari2 dok tweet. seminit satu tweet. gahaha. ketagih okay! facebook aku bukak sekali sekala ja. aku tak private tweet aku sebab aku rasa tak da benda pun yang aku nak sorokkan. hehe tu saja. cukupla facebook hanya untuk kawan2 rapat je. keh3

kalau nak unfollow sapa2, klik nama orang tu, cari bentuk gear kat sebelah kanan, klik, ada mention la, unfollow la, block la, tekan je unfollow k!

artis yang dah balas tweet aku : faizal ismail, zahiril adzim, iqram dinzly, shaheizy sam, tomok dan misha omar.motif bagitau? saja je!! muahaha abis la kena bahan dengan so malaysian nanti XD

sapa2 yang tak paham,boleh bertanya. nanti aku kasi keterangan kat kotak komen post baru korang. salam!

16 comments:

Scha Aryana said...

dulu tak tau pakai twitter ni..

now keje mengadap ni je lahh..

bestt ! :D

lavender harum wangi said...

hahaha, artis rajin bertweet, sebab ringkas~ :D

Unknown said...

aku masih x pndai gune twitter.. T_T

Faten Rosli said...

ada twitter tapi xreti guna..
still rasa fb paling mudah..hehe..

Jom baca dan komen post terbaru MISZ FATIN Boleh CAYE ke?

merahitujambu said...

sy xde tweeter pon.tapi lau ada leh jadikan info

Aida Azryn said...

aida jarang layan twitter.. huhu.. lau buka pun,post link blog je.. hehe ;p

Anonymous said...

sy ada twitter tpi xreti nk gune..ngan info ni sy rse nk cube2 la dlu mcmner,huhu2..thanks erk untuk info ni..:)

NuSaNa NoSa 91 said...

walaweyhhh~ nmpk cam lg best dr fb.. tp, tamau la keen wat.. kang terleka.. huk3~ T__T

zazaw said...

HAHA
masih belum tebukak hati utk bertwitter
HAHAHA

muhammadsiddiq said...

tweet2..hehhe..
nice artikel..

chiLleD...!! said...

sy msih xde twitter..ase cm xperlu..bile dh borink tggal cmtu jer..tgoklah stu hari nnti, kot2 trbuka pntu htu nk wat jgak twitter..hehe

Unknown said...

haha bgus la fatin! ana bru igt nak wat entry camni, sbb xramai yg reti guna twitter..tp yg fatin tnjuk ni twitter lama..fatin wat la untuk twitter baru.layout dia lain skit je la..hehe nak share kat fb!

Zeanne said...

nnt anne buat twitter nk tgk entri ni balik lah..haha :)

Nur Farah said...

dulu ada twitter..
tapi tak sampai seminggu da delete..
sebab tak paham cara nak guna dia.. hehehe..

platipus said...

bagus..kini boleh lah aku bertwitter dgn ilmu di dada

hai ex!

kindergartenlibrary said...

twitter ?
tak pandai guna .
hahaha

ARTIKEL RAKAN BLOGGER