Tuesday, February 1, 2011

LUNA MAYA PENGSAN DI MAHKAMAH SELEPAS ARIEL PETERPAN DIDAPATI BERSALAH

salam

morning!! krisis di mesir makin teruk, mintak2 pelajar2 malaysia di sana selamat. sama2 kita doakan keselamatan mereka. moga allah lindungi mereka semua.. amin..

bukak paper kosmo, ada kisah pasal ariel peterpan..

luna maya kelihatan sebak di mahkamah..



ariel memeluk kekasihnya, luna maya sebelum keputusan ke atasnya diumumkan..

beberapa anggota sebuah kumpulan penentang ariel bergaduh dengan peminat penyanyi itu di luar mahkamah daerah bandung semalam.

BANDUNG - Aktres Luna Maya pengsan selepas hakim sebuah mahkamah memutuskan kekasihnya, Ariel Peterpan didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Bandung di sini kerana membuat dan mengedar dua video pornografi, lapor laman berita Liputan6.com semalam.

Dua klip video itu melibatkan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dengan Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari.

Hakim Singgih Budi Prakoso di Mahkamah Daerah Bandung menjatuhkan hukuman hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) ekoran kesalahannya itu.

Klip video itu tersebar pada Jun lalu.

Luna Maya yang memakai baju yang mempunyai tulisan Freedom Ariel itu pada mulanya menangis semasa mendengar hukuman dijatuhkan hakim ke atas Ariel.

Luna Maya kemudian pengsan selepas hukuman ke atas Ariel dijatuhkan dan dia terpaksa dipimpin turun dari tingkat dua Mahkamah Daerah Bandung.

Ariel yang ditemui selepas hukuman itu dijatuhkan tidak banyak mengulas mengenai hukuman yang diterimanya selain menegaskan dia tidak bersalah dan sedang berfikir untuk membuat rayuan.

"Ya nggak (tidak bersalah) lah, dituduh mengedarkan...ya nggaklah (tuduhan itu tidak benar)," kata Ariel. - Agensi


sumber: kosmo online

bagi aku, ini baru hukuman di dunia. belum lagi di akhirat. masyallah. semoga kita dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini macam ni. diharapkan tak berlaku kat malaysia ni. doa banyak2. semoga ariel peterpan bertaubat nasuha dan menginsafi perbuatannya tersebut..

cantik jugak luna maya tu.. hoho

hari ni fatin dan faiq= 15bulan :)

11 comments:

aurora mokhtar said...

hohoho, padan mukeeeee! hehehe

Izwanie Eynia said...

cian tgk muka luna maya tu... psst2... happy m0nthsarry ya.. ^__^

nabilah_2908 said...

mudah2 mudahan areil insaf..

tp pelik la..bukan ke ramai pelakon2 perno yg lain...tidak pula di tangkapnya...kenapa Ariel je....

jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK - PART 2

Ce'gu JAERA said...

semoga ianya menjadi titik pengajaran buat kita semua..

kindergartenlibrary said...

adoi .
macam2 artis ni .

Syarmira Sakawi said...

huhu..tp nape luna tak kene skali ek...

platipus said...

alolololo sweet nye diorg.

grrr...haktuih!

chiLl Out...!! said...

kalo berslh.... patutlah dikenakan hukuman.. hurrmmm..
tp pesal luna xkena ea?

.:padie_eyla:. said...

ni rupe nye kisah diaa. emm. tapi btol ke ariel salah.?

yanamib said...

patutnya luna maya pn kena sumbat dlm penjara gak..hehh~ =_=

Unknown said...

kenapa dia nak pengsan..bukan hukum gantung pon..apa la luna maya ni..drama ja lebih..hahaha

ARTIKEL RAKAN BLOGGER