Thursday, August 25, 2011

PERSIAPAN RAYA SAYA

salam..

peh gila skema tajuk. kahkah sebenarnya aku mengalami masalah taktaunaktulistajukapa. kesian kan? arghh. janji korang paham!

lama gila aku tak upload gambar yang disnap sendiri. selalu amik kat google je kan. haha tak de masa, wuu busy..waa. dan macam2 la. dan kebetulan abah dah pos kabel usb kamera aku. haha dulu kan aku lupa bawak. nasib baik dia pos.

pagi semalam bangun awal, semata2 nak amik gambar. awal 15 minit dari hari2 sebelumnya. kehkeh

meh nak bagitau apa persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tak lama lagi~



1) KUIH RAYA

tiap2 tahun mama selalu buat kuih raya. dan boleh kata setiap tahun mama akan buat kuih yang sama. kuih yang paling best dimakan di pagi raya sambil tengok tv. kehkeh. insyallah dalam perancangan nak buat bisnes. ;D


kuih popia


kebetulan masa snap mama memang tengah buat!


tu inti popia. serunding ikan bilis. abah poss banyak ikan bilis dari kemaman woo. fresh2 lagi XD

sebelum digoreng la. heeee


selepas digoreng. sekarang ni dah siap berbalang2, termasuk ada yang orang dah tempah. heeee. nak makan, mai raya kat rumah! ;D


ini kuih siput, ada berbalang2 gak. hehe suka2. sedappp. nak buat merumitkan tapi kalau nak makan, segenggam aku masuk dalam mulut. huahua


ada lagi beberapa jenis kuih yang orang bagi ;D


2) BAJU RAYA

untuk pengetahuan semua, mak aku adalah tukang jahit. selama 22 tahun ni, belum penah orang lain jahitkan baju kitorang. hahaha semuanya mama aku jahit. dari duluuuuuuu sampai la sekarang. tiap2 tahun mesti ada sekurang2nya sepasang. heeee..

tahun ni shopping kat harrison. mama dua pasang, aku dua pasang. adil kan? kalau tak, salah sorang mesti muncung. grrrrrrrrrrrrr


biru+purple

mama jahitkan manikkkkkkkkkkkk! yeay! suka2. hehe.. baru jahit sikit tu ha. keh3


warna coklat. ada manik jugakkkkkkkk! ;D


3) BEG TANGAN RAYA

oleh kerana aku dah kerja dan dah dapat gaji separuh, aku pun apalagi, SHOPPINGGGGGGG!!! HAHAHAHA., *padahal time nak bayar ni, mama bayarkan dulu sebab gaji dapat pada keesokannya harinya. tengok, rakus tak? HAHA

serius, lama sangat aku tak de handbag., aku pakai yang lama2 punya. wuu. dan mama cadangkan aku beli handbag baru. usha punya usha kat facebook, tertarik dengan satu handbag ni..

1st time aku beli barangan online dari orang tak kenal. dlu2 aku beli shawl dari ain, tu pun kawan aku sendiri. haha.

ni gambar dalam facebook dia. ada 4 handbag yang aku berkenan. warna putih, hitam, hitam, hitam. mama kata beli je la hitam. :))

senang sangat bekerjasama dengan farisafaizal ni. ni yang best ni. ;D dua hari je barang dah sampai..


aku suka sangat dengan handbag ni sebab real nampak lagi cantikkk. serius. haha.


nak order, macam2 barang dia ada jual, handbag, purse, watch. hanya perlu klik


insyallah, aku tengok semua pelanggan berpuas hati dengan layanan yang dia berikan, produk dia, termasuk la aku ;D barang2 dia semua cantikkkkkkkk tau. rambang mata aku. rasa nak cop sepuluh handbag je. hahaha..


4) KAD RAYA

kad raya pertama untuk tahun 2011 selamat sampai di rumah! ahaks. tahun lepas aku tak ingat la aku dapat kad raya ke tak sebab aku kan dok asrama. hehe tak de kot. tahun ni aku dapat dari seorang blogger. sapakah?hehe

besar kad raya dia ^_^

wahh sapa la kan? hehe

yui ni selalu datang blog aku. hehe terima kasih atas kiriman kad raya! maaf tak dapat balas sebab kerja sampai hari ahad la :( tak pa, nanti saya hadiahkan apa2 okay! ;D

terima kasih banyak2!


5 ) KASUT RAYA
6) RUMAH RAYA
7) KERJA RAYA
8) HANDPHONE RAYA

semuanya tak dak! paham? hahah..

begitulah serba sedikit cerita pasal aku nak raya ni. haha. last aku kerja hari ahad ni. abah balik kulim hari jumaat. yeay! lepas kerja, balik kampung. raya kat kampung laaaaaaaaaa. hehhee..

;D

15 comments:

SuzaDin said...

wow ! hari raya yang perfect sekali hehee ...

emmalin the french said...

samapai hp raya pun nak??? wuwuwuwu...

#ciksuzlin said...

waaa~~bestnya. nak handbag jugak (T___T)

bunbun said...

ehehh dia pon dapat kad raya dari yui. kohkoh.


kuih popia satu balang! hehe

bunga said...

amboi sampai telefon raya..hahaa..

memang raya sakan ni..hihihi.

Bui Junaidi said...

wah..dh boleh beraya dh ni..semua dh ada..kuih siput tu bui dh jarang jumpa kat sini..dulu ms bui kecik2 byk..kalau yg pedas lagi sedap kan..

chiLleD...!! said...

raya sakan noo..hehe

merahitujambu said...

cantiknyaa baju jahit manik gitu..akak pon dpt kad raya dari nuyui gak..hehehe

alif haris said...

hehe dah get ready betul nk raya ni :D

Cik Iqaa said...

alamak sedapnya popi tuuu :)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

wah..tahun ni baru yui merasa pakai bju manik2..tu pon beli siap..ngeh2..

p/s: alhmdulillah dh smpai kad tu..

soei,simple aje..nk cpt =)

sizuka[Izzati] said...

wahhh perfect raya fatin kali ni.hehe~

asfira aminuddin said...

babe semua pun perfect match ni! best gila la raya u nanti :)

RepublicAku said...

raya ke atau tidak tak penting tetapi juadah raya mesti ada...macam sedap sangat surinding ikan bilis tu...keh3

kay_are said...

memang kire raye sakan r tahun ni.. kuih, baju normal.. handbag raye?? 1st time dengar.. ape pun selamat ari raye!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER