salam..
alhamdulillah, dah sehari kita berpuasa. hehe. hari pertama berpuasa telah berlalu. masuk hari kedua pulak. tak sampai sebulan lagi, kita akan meraikan hari raya puasa. insyallah :)
menu berbuka aku pada hari ni : laksa, cucur udang, pulut udang, air oren, cendol. nyum3.
beli kat bazar je. hari pertama kan, mama kata malas nak masak lagi =p punyalah ramai manusia kat bazar tadi. mak aii. berhimpit2, bertolak2, adess., dengan panasnya, wuwuwuw~ terlampau banyak makanan dan minuman dijual sampaikan aku tak tau nak beli apa. blur, konfius. haha. 3,4 round pusing bazar pun masih tak tau nak beli apa =p
oleh kerana harini tak bekerja, aku berbuka dengan mama aku la. punyala rasa dahaga masa nak berbuka tadi. seminit bagaikan sejam. haha.
lepas tu kan, kebetulan air oren dan cendol masih banyak ais, apa lagi, punyalah minum ais tu tanpa henti..uwaa~~ lepas tu kenyang minum air. haha..
sekarang ni badan rasa sakit2. haha., dari dulu abah pesan, kadang2 mama juga pesan, jangan minum minuman berais time berbuka, nanti malam atau esok akan rasa badan sakit dan akan rasa letih sangat. tambah2 dulu masa aku kat asrama, ari2 mama pesan. tu kadang2 je aku beli teh o ais limau ke, blackcurrant ke. hakhak..
lepas ni kena elakkan la minum minuman berais lagi. boleh minum tapi berpada la, ni sampai yang sebungkus rm2 tu habis diminum, mana tak sakit =p
aku cukup suka mengunyah ais sampai licin =,=
esok aku dah masuk kerja. hehe tak de lagi cuti rasanya sebab dah 2 hari amik cuti :P berbuka kat kedai la. kesian mama~ uwaaa. nasib baik sahur kat rumah..wuu~ terpaksa berkorban =,=
aktiviti blogwalking akan berjalan sejurus selepas aku balik dari kerja ye. hik hik.
kurangkan minum ais ketika berbuka ye kawan2 ;D
10 comments:
Salam, fatin.
Alhamdulillah, fatin dah dapat kerja. Selamat berpuasa, fatin....:)
lbh baik amalkn cara Rasulullah brbuka :) mkn kurma
special ATWR comic to saiazuanblog readers :)
http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html
uwaaaaaa kte pun suke minum ais wktu brbuke hehe haus sgt huhu .. tu la nak kene krgkan ni sbb ari ni je bdn da rasa lemah/lesu alahai
kunyah ais gigi rosak la yang...salam ramadhan..hari kedua pon masih x sihat ni..=/
bui paling suka air tebu sejuk..fuhhhh..nikmat...hehehe
Minum minuman yang berais memglahh sedap, tapi xbaik untuk kesihatan.
Bdan kita akan panas pada bulan puasa di sebbkan kekurangan air. So, utamakan air suam dahulu.. Kurangkan air sejuk :)
JOM terbang ke ENTRI TERBARU AdinLaLa !
1.Tebu Didahulukan, Durian Diketepikan
2.Fuuuuhhhh ! Sangat Hampir ! Nasib Baik Tak Batal !
hoooo dkt Msia memg kuat makan ais.panas kut.dkt sini skang winter.haruslah minum air sejuk bese jek.kalo summer, memang bantai ais jugaklah.mari sama beringat :D.thanks for sharing fatin.
owh ye ke cmtu ?? patot la dari dulu lg ayah suke berbuka dengan minuman panas/suam . jarang sekali nak kan yg ais . tp xtertanye plak kenape . hehehe ~
saya kalau buka lebih banyakkan minum air suam.. iya, puasa ni nak belajar utk tidak minum yang manis2. huhu
tp yang buat sakit tu yang sedapnye. Adoi~
XD
UPDATE: Wordless Wednesday#2 : Harry Potter
Post a Comment