Monday, February 28, 2011

JOM KENAL DENGAN KAWAN AKU!! ;D

salam

permulaan entry kali ni, aku nak mintak maaf sangat2 kepada semua kawan2 yang singgah blog ni. aku tak dapat nak blogwalking sekarang ni kerana masalah broadband. aku tak bayar lagi. so internet jadi slow sangat2. aihh. sabar je la. harini baru satu blog aku sempat komen. yang lain2 belum lagi..wuu. dan kepada follower2 baru, sori sangat k sebab tak dapat nak follow lagi. insyallah esok aku nak pegi bayar bil broadband, dan bila internet dah laju aku akan blogwalking balikkkkk. sori sangat2 k. yang boleh buat update blog, kalau singgah blog orang, internet terus mati. tension giler..waaaaa..

aku nak kenalkan korang dengan kawan aku yang sorang ni. kawan lama. hehe nama dia amirah jaafar. panggil mira je okay. aku kenal dia dah lama sangat2 sebab kitorang dulu satu sekolah. masa sekolah rendah la. so family aku dan family dia pun kenal, dia pun penah datang rumah aku dulu dan aku pun penah pergi rumah dia dulu. hehe

yang aku ingat sangat2 pasal dia, birthday dia sama dengan aku, dan masa darjah 6 rasanya, dia ada kasi hadiah untuk aku. sampai sekarang aku simpan lagi. ;D

muka dia sweet sangat. cantik. dari dulu sampai sekarang dia tetap comel! huhu. semua adik beradik dia cantik-cantik..



dia pun ada blog. macam2 informasi ada dalam blog dia. termasuk kisah kehidupan dia. dan yang paling latest, entry pasal penjagaan rambut. info yang bagus!! kaum wanita wajib baca k! hehe

jom ramai2 kenal dengan beliau. dia tak sombong okay. Insyallah, aku jamin la. ;D rajin2 la beramah mesra dengan blogger2 ni tak kira la yang lama atau yang baruuuuu..


jom singgah blog beliau!!! ;D

psst. aku akan blogwalking nanti. tunggu ya. hoho maaf atas segala kesulitan. aku rasa nak campak je broadband sekarang!! argh

HARI TERAKHIR DALAM BULAN FEBRUARI

salam

hari ni 28hb. tahun ni besday abah aku ditunda lagi. tahun depan pulak. kenapa? abah aku dilahirkan pada 29hb februari tahun 1960. hehe 4 tahun sekali baru la besday dia. dah 4 tahun tak de besday. tahun 2012 baru ada. hoho..

aku terkejut tengok kat facebook semalam. ingatkan tak de birthday reminder sebab 29hb kan tak de dalam kalendar. tapi semalam ada. tepat jam 12 tengah malam 28hb februari, keluar nama abah aku kat birthday reminder. ahaks.


usia je makin meningkat, jiwa tetap muda. kehkehkeh


mama dan abah. gambar ni kat bakau tinggi, kemaman..


kat pekan darat. abah dan aku. bila lagi nak manja-manja kan. hak2


aku dan abah. pantai kemasik


dah 51 tahun dah umur abah. lagi beberapa tahun dah nak pencen. hoho. tak sabar2 nak pindah balik kulim..weeee. tak best la dok sini. yang best cuma satay dan pantai. kat kulim banyak yang best. ada wayang, ada nasi kandar, ada pizza, ada tasik,  macam2 ada. hehe

selamat hari lahir yang ke 51~~~

hadiah ditunda tahun depan. keh3!


orang selalu kata muka aku ikut muka abah. dari kecik2 sampai besar. betol ke? hik hik

Sunday, February 27, 2011

SITI SARAH DAN SYUIB AKHIRNYA DIIJABKABUL..

salam









Semalam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin selamat diijabkabulkan dengan salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Syuib di Jeumpa D'Ramo, Bangsar.. Sebelum ini, Siti Sarah pernah putus tunang dengan mat saleh.. dan alhamdulillah, lelaki melayu jugak jodoh beliau :)

Wang hantaran mereka dirahsiakan dan mereka merancang berbulan madu di Ireland nanti..

Alhamdulillah, selamat pengantin baru dan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat.. ;D


aku bila lagi?err

Saturday, February 26, 2011

UNDILAH SAYA!

salam

sambil online sambil update blog. makin hari makin lambat pulak aku update blog. entah kenapa. merajukkah aku dengan dunia blog ni? mungkin ya. mungkin tidak. tak de sebab pun aku nak merajuk. haha jiwa tengah kacau, dah start cakap bukan-bukan. grr!!

tadi aku isi masa lapang aku dengan mengundi untuk anugerah bintang popular tahun ini. saja kan. dulu2 ada jugak hantar, beberapa tahun lepas la, tak de rezeki nak menang. lepas tu lama dah tak antar, tahun ni rajin pulak. kehkehkeh

ada la beberapa borang undian aku dah pangkah2 undinya, nak tahu sapa calon pilihan aku?


apahal shaheizy sam je ni? grr. aku terpaksa memilih aaron aziz atau shaheizy sam tapi tak apa la, kali ni aku memilih shaheizy sam untuk setiap percalonan yang ada nama beliau. aaron aziz, kau tetap dalam hati aku! yeah!

dan bintang paling popular pada tahun ni adalahhh.. jeng jeng jeng


ni pilihan aku. pilihan korang? kehkehkeh calon kedua pilihan aku adalah lisa surihani. hoyehh! tapi setakat ni semua borang undian aku letak nama shaheizy sam :P


kacak kan gua?



atau korang boleh undi jugak dia ni.. femes jugak sekarang ni. menjadi status dan timeline budak2 zaman sekarang. kehkeh

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


ada berani?


gambar tu aku amik kat facebook. keh3

Friday, February 25, 2011

MAKAN SAMPAI MUNTAH

salam

masih ingat entry ni??? 7 januari punya entry.. pasal satay 30 sen. hoho. dan semalam 24 februari baru berkesempatan makan satay itu lagi. grr punya la lama kempunan. asal pergi je tutup. asal tengah bulan je baru buka, asal dapat gaji je tutup.. grr. so semalam kebetulan masa pegi ada pulak satay tuu. hehe

kitorang order 30 cucuk. macam biasa, abang ensem yang amik order tu tersenyum2 kat aku.. waaa, aku main2 mata dengan mama aku pulak. kehkehkeh. aku cakap nak 30 cucuk yer. bukan rm30. hik hik takot jadi salah faham macam aritu lagi. aku kata nak 10 cucuk dia kasi rm10 punya..waaa

abah tak makan pun. aku dengan mama je bedal sampai abis. share. 15 cucuk sorang. kebetulan sebelum pergi makan, aku dah makan nasi kat umah. so perut pun kenyang lagi..waaaa. makan satay yang ke 15 buat aku betol2 rasa nak muntah. kehkehkeh kenyang sangat kott.. nak kunyah pun tak mampu dah. dengan teh o ais limau lagi.. grr. abah kata makan sampai muntah. hehe aku pandang satay yang lain sebelah mata aje sebab dah tak larat nak abiskan. nasib baik mama ada. keh3..

aku cakap la..

kalau kenyang macam ni la, 3 bulan tak makan satay pun tak apa dah.

abah kata

okay. 24 mei kita makan pulak..

tu diaa!!

dasyat2. hoho tapi serius punya la kenyang. haha. adoii. sendat perut ku ini. sebelum pergi makan satay, kitorang beli kek kat tunas manja, rasa boleh tahan la. sedap jugak..biasa-biasa je la.. 3 potong rm6. sepotong rm2.80. baik amik 3. ye dak?


aku tak makan lagi pun kek ni. sampai la ketika menulis blog ni. mama je yang makan. japgi la aku makan.


gambar satay tak dapat diamik sebab aku lupa bawak kamera. grr apa2 pun satay tu sangat montok :)

Thursday, February 24, 2011

SENI SANGAT KE?

salam

sori korangg... semalam aku betol-betol tak de mood nak blogwalking. badan tak sihat lagi. 2x makan ubat dah. ni rasa ok sikit la. huhu. so aku tak de idea lagi nak update blog tentang apa.. huhu..

aku nak share dengan korang. tangan aku ni tak seni sangat, tak kreatif, tambah2 lukis guna tangan. fail abis la kan. huahua. sekarang dah ada kemudahan guna komputer, macam2 software, alhamdulillah, ok sikit la berbanding guna tangan. hoho. aku respek gila dengan orang yang pandai melukis ni. terutama yang guna tangan. aku tak pandai. sob3

dulu kan masa aku sekolah kat smk st patrick, kan ada subjek pendidikan seni. lepas tu kena lukis gambar bunga. seingat aku la, aku lukis bunga besar gila. wahaha penuh lukis dengan sekuntum bunga. lepas tu yang heran aku dapat markah tinggi jugak la, tapi ada la cikgu apa ntah, bukan cikgu pendidikan seni la, dia cakap kat aku..

bunga besaq gedabak, tak seni langsung. burukk. tengok budak tu, bunga halus ja, ada seni. cantik ja. heran macam mana hang dapat markah tinggi.

erkk

aku tersedak. peh, ayat tu memang buat aku sedih. aku main lukis je. aku tak penah mintak pun markah tinggi. dan aku tak penah tiru pun lukisan orang..

lepas tu nak dijadikan cerita, masa anugerah kecemerlangan pelajar, aku dapat satu satu anugerah. nak tahu subjek apa? pendidikan seni!! whoaaa, terkejut. nasib baik tak pengsan. huahua. cikgu tu siap kata lagi, ingatkan budak tu yang dapat.. erm.. hahaha adui. aku pun excited la kan. bunga buruk pun, dapat jugak anugerah. mungkin ada seni yang cikgu tu dan aku tak tau. huahua.. segalanya berjalan lancar cuma sehari sebelum majlis tu aku tersadung kaki budak lelaki lepas tu jatuh tersembam, muka berada di atas lantai. kehkeh so jalan terhincut-hincut. lelaki tu pucat, bila aku sengaja buat tak gerak-gerak masa jatuh. dia ingat dah mati. hik hik.

apa2 pun aku minat lukis-lukis ni. cuma nak kreatif sangat tu tak la. mustahil la kan. aku lebih suka guna komputer. haha poyo minat design sampai sambung unikl pun abis design.kehkehkeh.

aku terjumpa gambar2 ni dalam laptop aku. gambar ni diambil masa aku sem4 awal tahun 2009. ada seorang junior ni, biar aku namakan dia sebagai mawi. memang nama dia mawi pun. hahaha asmawi kot. aku pun dah lupa. orang terengganu, dia memang sangat seni orangnya. fuh fuh. kagum gila aku tengok dia lukis. dan aku jeles! kenapa aku tak pandai melukis macam dia? waaaaa



ni dia lukis atas buku. aku tak ingat buku sapa, tapi dia snap guna hp aku. hehe


cantik kan? waaa. bukan senang nak buat macam ni. huuu. aku jeles sungguh


dan akhir sekali gambar aku. hik hik ni gambar aku dia lukis. lukisan ini berpandukan salah satu gambar dalam hp aku..

dia memang mahir dalam bab2 lukisan ni, potret ke apa ke, memang serah kat dia la. sangat jeles :P

dia pun dah abis belajar. lost contact dah pun.. hehe apa2 pun ni semua tinggal kenangan dan aku simpan elok-elok. blogger yang ada bakat melukis, yang selalu singgah blog aku. merahitujambu

apa2 pun aku still simpan sijil aku dapat masa form1 tu. subjek pendidikan seni. hekhek


sama2 kita hadiahkan surah al-fatihah kepada mereka. al-fatihah..

Tuesday, February 22, 2011

SEGMEN MATA KE MATA

salam

haiii. aku nak join segmen ni. walaupun agak terlambat aku join sebab tarikh tutup dia kejap je lagi, aku nak join jugak! haha thanx to fara hani sebab tag den! hehe


segmen ni boleh membuatkan korang kenal serba sedikit tentang aku la kan.. huu..

detail tentang diri kamu..

nama aku noor fatin bt othman. aku dilahirkan pada 14 julai 1989 di hospital kulim kedah. aku merupakan anak jati kedahh, tetapi sekarang merantau di kemaman terengganu. aku baru je abis belajar kat unikl msi kulim kedah. aku amik diploma mechanical design and development. aku dalam proses mencari kerja sekarang ni. insyallah kat kulim jugak. 

cerita secara ringkas pasal kesayangan kamu

1) family- keluarga yang sangat memahami dan alhamdulillah,. bertuah sangat mempunyai keluarga macam mama dan abah. walaupun keluarga kecik, tapi kami bahagia :P

3) BFF- abil, lynna, iceq. syg korang sangat2~~ muah3! hehe. thanx sebab selalu dengar masalah aku :)

4) kawan2- sayang semuanya. tak kira la sapa punn.

story about your blog

aku start menulis blog pada bulan 2 tahun 2009. masa tu kecewa pasal cinta. wahah. lepas tu aku start aktif masa bulan 5 tahun 2010. baru la nak start aktif beramah mesra dengan blogger2 yang lain, join contest dan macam2 la. hoho. kelebihan? tak tau apa kelebihan blog sendiri. biar orang lain tentukan. topik blog? lebih kepada diri sendiri. sekarang banyak post pasal motivasi, isu-isu semasa dan macam2 la. semua ada, artis pun ada. haha banyakkan lebih kepada kehidupan peribadi la :)

pandangan mengenai dunia belog sekarang

boleh tahan la. banyak asama garamnya. macam2 kerenah yang ada. ada sifat dengki, ada blogger bergado dan macam2 la. tapi ramai jugak dapat kawan dari blogger2 ni. dan boleh jadi rapat!! best~~ insyallah teringin sangat nak jumpa blogger2 yang rajin singgah ke blog ni.

message for new blogger?

jangan terlalu mengharapkan populariti. ingat, utamakan kualiti baru kuantiti. jangan baru hari ni buat blog, harap esok dah ada 100 followers. susah la kan? hehe pelan-pelan kayuh okay! semua blogger bermula dari bawah..

cara untuk menjadi famos amos blogger mengikut pandangan kamu?

buat entry yang kelakar dan boleh tarik perhatian pengunjung. jangan tarik pengunjung dengan buat entry kotor, seperti menjatuhkan maruah orang~ itu femes sebab benda yang tak elok. tak elok la kan. buat entry yang meletopp. rajin2 la beramah mesra dengan blogger2 yang lain. jangan sombong2!

nak tag rasa macam dah tak sempat dah. satgi kul 12 tengahmalam dah tarikh tutup. sapa2 yang singgah blog ni, dipersilakan buat entry ni. hehe boleh la kita beramah mesra kan :)

jom singgah ke blog tuan punya segmen. klik SINI

apa yang korang nak tau pasal aku yang korang tak penah tau? tanya la. aku akan jawab ;D

UBAT UMPAMA MIMPI NGERI..

salam

dua tiga hari ni aku tak sihat sangat2. seriuss. sakit kepala sangat2. aku tau sebab apa. haha tapi aku malu nak kongsi dengan korang. biar la mama danje tau. huahuahua tapi tu la, sebab aku degil, padan muka. kehkehkeh..

kalau korang nak tau, aku paling tak suka makan ubat, tambah2 ubat pil. ohh noo!! 10000 alasan aku kasi kalau kena suruh makan ubat. dari aku kecik-kecik sampai la aku besar, susah nak tengok aku makan ubat. haha.

ada peristiwa antara aku dan ubat. kenangan itu benar2 segar di mindaku.

>>> masa aku kecik2 aku kan tak nak makan ubat, tapi demam. demam tak baik2 selagi tak makan ubat, lepas tu satu hari tu abah dah marah sangat dah. aku terus masukkan ubat dalam mulut aku, lepas tu abah angkat rotan, dan tanya, nak makan ke tak, sebabkan takot sangat masa tuu, gluppp, terus tertelan ubat tu..kehkehkeh

>>> masa tu sekolah rendah, pergi klinik, amik ubat sebab demam., aku cakap kat doktor tu, 'saya nak ubat cair, xnak pil'. dia tersengih2 je dan berkata, 'awak dah besar, kena makan ubat pil dah'. monyok muka aku. hahaha

>>> port aku untuk sorokkan ubat2 yang tak nak dimakan adalah di belakang rumah. masa ni dok umah kat kulim lagi la.. belakang rumah ada pokok pandan. so aku mesti sorok2 celah pokok pandan. lepas tu masa nak pindah ke SP, mama bersihkan belakang rumah dan terjumpa banyak ubat kat tepi2 tu... hihihi aku tersipu2 malu bila mama tanya :P

>>> cara aku makan ubat, tambah2 pil la kan, aku potong2 guna pisau. kalau aku nak makan ubat pil walau pun panadol, aku pastikan ada pisau kat situ. sebab aku akan kerat2 ubat tu jadi 8 kerat ke, aku makan la 4 kerat, lagi 4 kerat,, peuwww.. *masuk dalam sinki, byebye* hik hik

dulu kecik2 aku set dalam kepala aku. kalau makan ubat pil tambah yang besar2, mesti tercekik. kerongkong aku kecik so ubat2 tu takkan boleh masuk. nanti tercekik lepas tu terus mati. haha. tu yang buat aku takot sangat2 nak makan.. hee

aku start makan ubat masa aku sem 1!! masa tu aku 18 tahun. aku kat asrama. aku demam teruk. teruk sangat2 sampai tak boleh bangun. so pergi klinik, amik ubat, aku kena makan 7 pil dan satu sudu ubat batuk untuk sekali makan. hambek ko. mimpi ngeri aku rasa. hahaha tapi aku makan jugak la. aku belajar makan ubat time tu la. makan satu-satu sampai la abis. yeay! aku tak rasa tercekik lagi. kehkeh maklumlah berjauhan dengan mama, nak tak nak aku kena makan. kalau tak makan kang, tak boleh pergi kelas..wuu

lepas tu masa sem3 aku kat KL, masa tu aku demam teruk. suspek denggi pulak tu. 3x pegi hospital sebab demam tak baik-baik walau dah makan ubat. siap amik darah tapi tak de lak kena denggi. masa tengah tunggu nak masuk jumpa doktor, nurse tu kasi 2 bijik ubat, suruh makan., dia kasi la segelas air, aku makan jugak la depan nurse tu. kehkeh abah aku tersengih2 je, pandai anak abah makan ubat secara spontan ye. kalau tak. 3 jam pun belum tentu aku nak makan. hik hik

aku mengada-ngada tak nak makan ubat masa dok dengan family je. kalau kat asrama aku makan jugak. haha jauh kan, mama tak de, nak tak nak kena makan. 

dan dua tiga hari ni aku sakit kepala sangat2. wuu aduhhh mama aku bebel-bebel dah suruh makan ubat. sebabkan rasa sakit sangat2, semalam aku makan jugak, 2 bijik panadol..wuu kalau umur 22 tahun, tak reti2 makan ubat lagi, memang kena luku la kan.. heee

alhamdulillah setakat ni aku tak pernah dimasukkan ke hospital lagi la atas sebab apa2 la. accident ke, sakit teruk ke, asma ke, tak de lagi. alhamdulillah, aku tak de asma atau lelah. tak de apa penyakit yang kronik. sekadar demam2 tu je la. tak la penah masuk hospital. hoho.. tak tau la apa rasa kalau masuk hospital lagi. tapi tak nak la, dah besar, mama tak boleh teman :P kui kui kui




kalau aku dapat ubat besar macam ni, aku mesti cakap kat abah aku:

ABAH, UBAT NI BESAQQ GEDABAKK!! JENUH NAK TELAN

abah akan jawab

ADA SEBESAR PETI AIS DAK??

grrr masam muka aku.. hik hik

apa2 pun langkah terakhir aku sebelum aku dimasukkan ke hospital adalah makan ubat. ohh aku rela makan ubat dari masuk hospital. kalau makan ubat, tak payah masuk hospital. kalau masuk hospital, tetap kena makan ubat. pilih mana nak? haahha! harap la sakit kepala ni hilang sepenuhnya.. aminn. ^__^

aku jarang sangat2 demam teruk, tapi kalau dah demam teruk, =,=

Sunday, February 20, 2011

LIVONIA JUARA PILIH KASIH 2!

salam!

aku tengah menonton PILIH KASIH ni. aku tau, korang mesti tak pernah tengok kan. hakhak aku layan pilih kasih dah lama dah. musim ni la. musim lepas tak tengok pun. sejak2 t
engok. peh, asyik nak tengok tiap2 minggu. haha sampai mentor hari ini pun aku tak tengok. tak apa la kan? tiap2 minggu tengok, ni dah final, takkan tak tengok pulak.. keh3!


7 artis pilih kasih yang berjaya ke final :)

jay iswazir, nor jannah, lia natalia, mira amnas, ku hariz, livonia, yuszwan yunus.




sebelum tu, aku nak bagitau sapa pilihan aku untuk musim ni:


ni jay iswazir. dalam gambar ni, korang tak perasan sangat muka dia macam blogger hamzah ian. sapa tak kenal hamzah ian? haha tak percaya tanya nazirulhazwan, dia pun ada tanya, jay iswazir yang muka macam hamzah ian tu kan? yeah! aku ingat aku sorang je perasan. haha! rupanya ada org lain... so yang ni aku memang suka sangat2 lakonan dia. suka dia sekali. haha!






lagi satu, nor jannah. best sangat2. 6x kot dia antara 3 peserta yang berada dalam kedudukan yang kebawah tapi rosyam nor tak pernah singkirkan dia. sebab dia sangat2 berbakat. kalau tengok dia berlakon ke, monolog ke, peh, feeling terasa beb, menusuk ke jiwa. haha


serius aku cakap, lakonan diorang memang hebat berbanding dengan lakonan artis2 baru yang lain. nampak ketara sangat. hoho. sapa yang selalu tengok, tau la ;D

dari mula aku tengok, orang dah menjerit2 dah nama jay. kalau aku ada kat sana, aku naik pentas bawak bunga kat jay. wahahaha!!

pemenang2 pilih kasih akan membawa hadiah berupa;

tempat pertama:

-sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga rm55,000.
-wang tunai rm10,000.
-pakej penjagaan kereta shine shine bernilai rm2399.
-barangan kosmetik dan spa mustika ratu berjumlah rm7000.
-baucer penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang di holiday villa hotel & residence doha, qatar.
-gelang tangan magnetik.
-beg bagasi kulit edymium.
-trofi.

tempat kedua:

-set barang kemas u-diamond berharga rm15,000.
-sebuah motorsikal Demark Evo Z.
-wang tunai rm7000.
-pakej penjagaan kereta shine shine bernilai rm1399.
-keahlian 3 tahun dan barang kosmetik serta spa bernilai rm5000.
-baucer penginapan di holiday villa tuan chau island, halong bay, vietnam.
-gelang tangan magnetik.
-trofi.

tempat ketiga:

- sebuah motorsikal demark EX90.
-wang tunai rm3000.
-pakej penjagaan kereta shine shine rm899.
-keahlian 2 tahun.
-sebuah televisyen plasma 42 inci.
-barang kosmetik dan spa rm3000.
-baucer penginapan di holiday villa sanur, Bali.
-gelang tangan magnetik.
-trofi.

peh. lumayan gila kan hadiah2 yang bakal dimenangi. wow! teruja kot. haha. :)

pemenang dinilai dengan cara undian sms 50% dan rosyam nor 50%. pengkritik malam ni macam biasa la, profesor madya dr abu hassan dan fauziah nawi. tadi masa ada drama TULUS, best woo. terkejut aku tengok scene kena langgar tu, sama2 menjerit dengan mama. kahkahkah.
kusyuk sangat la kan :P

DRAMA DRAMA DRAMA!!


dan keputusannyaa. jeng jeng jeng!!


Anugerah Khas TM.

- Pelakon Terbaik- Jay Iswazir. *aku menjerit YEAYY!! tadi, nasib baik abah xde. kehkeh*

Pemenang Tempat Ketiga

- Ku Hariz

Pemenang Tempat Kedua

- Yuzwan Yunus

Juara Pilih Kasih
- Livonia


agak kecewa la kan sebab bukan Jay yang jadi juara. waaa. mama kata kan dia dah menang pelakon terbaik, okay la tu. mana aci!! hahaha. apa2 pun tahniah kepada livonia. mama tepuk tangan ohh. grr

kalau macam ni la hebatnya artis pilih kasih, lama2 aku pasti lupa nak tonton drama dari seberang., hik hik

apa2 pun jay iswazir, lu tetap di hati gua! bye

ANCAMAN DARIPADA SEGENAP SUDUT

salam...

Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut??

Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat.

Jika tangan kita bebas daripada pencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat.

Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar
daripada dosa dan rangsangan.

Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu makin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita yang melemahkan dan menghancurkan kita.

Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.

Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud, Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaoarkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.

Ghazwul fikri ( serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.

'Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat'.

'Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli
keluarga kita daripada api neraka?'


Bangunlah!!

Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.

'Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok kita terkandas jua'

Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah!

Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan.

BERSEDIALAH.

Paling takot bila musuh itu ingin menghancurkan kebahagiaan yang kita sedang kecapi...Mampukah ku hadapi?

Saturday, February 19, 2011

COCOA COLAGEN DAN BEG UNTUK SAYA ;D

salam

semalam kan, ada benda yang menyentap jiwa aku walau tak lama. 10 minit je weyh. tapi serius, aku gelabah, panik, sedih, semua ada. nasib baik aku tak menjerit kuat2 memandangkan semalam dah lewat malam. haha aku syok2 main facebook dan tiba masa untuk masuk blog. tetiba keluar ayat ni..

Sorry, the blog at fatinloveblogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.


kalau orang tak sayang blog, memang dia cool aje. semalam aku memang dah tak cool dah. haha
tetiba tak boleh bukak. adoiiii. aku terus bukak akaun google lepas tu ada arahan suruh verify code. code tu dihantar ke handphone. aku macam ragu2 je pada mulanya. tapi nak buat macam mana, mungkin tu jalan penyelesaiannya. lepas tu bila dah buat, terus blog aku boleh bukak..waaaa. 10 minit gak ar jiwa aku kacau. wuwuwuwuwuw! aku sayang gila kat blog aku ni. mana boleh delete. adoiiii. ni post yang ke 591 okay!! mustahil aku nak buang blog aku ni sesuka hati je kan?? grrr

okay. pagi2 tadi, ada abang pos laju datang rumah aku. aku tengah sarapan masa tu. dalam pukul 11.45 la kan. sarapan apanya =p

beberapa hari lepas aku menang hadiah giveaway dari yat's stories. nak tengok keputusan selanjutnya klik SINI.


haa. ni la banner contest tu.. hehe ada dua kategori hadiah. ikut kita la nak pilih hadiah kategori A atau B. so aku pilih la A. kalau B, aku tak de budak2 nak kasi diorang baju. maklumlah aku anak tunggal =p


dan ni hadiah yang aku dapat!!


kotak pos laju ;D


dapat cocoa colagen. mengembalikan keremajaan wanita. wow~~ i likee..


coin purse.


crochet small tote bag.


dan flower brooch. nampak x bunga yang dia pin kan tu? itu la. hehe pinkkkk.. i likee...


tak sangka hadiah2 ni bertuah untuk aku. lega. hehe suka2, cantik sangat. bukan senang nak dapat kan? ye dak? :P

apa2 pun thanx kat kak yat sebab kasi hadiah ini. saya menghargainya ^__^

nak kenal dengan kak yat?? jom!



suka join contest dan giveaway??

jom ke blog contest/giveaway aku.

klik SINI.

Friday, February 18, 2011

UNTUK GADIS YANG BERNAMA SADELINE VATERIA~

salam

ini entry pasal salah sorang kawan aku. aku baru perasan, ni tahun ketiga aku menulis tentang beliau pada 18 februari. kali ketiga. kiranya juga, ini tahun ketiga aku menulis blog. aku mula menulis blog bulan februari tahun 2009.

sebelum tu, jom tengok post pasal beliau sebelum2 ni:



mari singkap kisah perkenalan kami dahulu.

lupa nak bagitau, aku namakan sadeline vateria sebagai iceq. haha dah memang itu nama panggilan beliau. ringkas dan senang nak taip. hik hik

kitorang kenal kat dunia alam maya. kat laman sosial friendster. aku rasa tahun 2008. sebab masa tu aku baru pakai broadband dan baru menjebakkan diri dengan grup 1989 kat friendster. masa tu facebook tak de lagi. so yang ada hanyalah myspace dan friendster. masa tu memang rapat sangat2, so setelah lama kitorang dalam grup tu, ada la dalam beberapa bulan, diorang plan nak buat gathering untuk grup 1989. iceq dan amad yang handle. aku ikut aje. lagipun masa tu aku dok kat KL lagi.

dan inilah pertemuan pertama kami:


kat KL SENTRAL. on the way nak pergi Mid Valley.

9 orang masa tu yang datang. sikit tapi serius meriah. bayangkan antara 9 orang tu, kitorang tak pernah berjumpa langsung. so itu pertemuan kali pertama untuk kami 9 orang. masing2 tak penah jumpa dengan diri masing2.

lepak, makan, borak2, berkongsi cerita dan macam2.


ini gambar sebelum balik. masa ni singgah makan. 2x kitorang makan masa jumpa tu. heee~

opss lupa. kitorang buat 1st gathering pada 28/11/2008.


lepas tu grup 1989 sepi. sejak adanya facebook. ramai yang berhijrah ke facebook. termasuk aku. dah lama aku tak jenguk grup tu. lama sangat. terlalu banyak suka dan duka dalam grup tu untuk dikenang. terlalu banyak. kerana grup tu la, kitorang boleh jadi kawan rapat. tak kira laki atau perempuan. semuanya sama saja ;D

masuk tahun 2010, pertama kali hubungan aku dan iceq dilanda goyah. atas satu peristiwa yang aku takkan pernah lupa, aku menarik diri dari grup 1989 tanpa desakan sapa2. sebenarnya diorang ada tubuhkan grup 1989 kat facebook. tapi entahlah. mungkin kerana seseorang yang aku tak penah kenal langsung dari grup 1989 friendster, tetiba datang tanpa diundang. aku mengundurkan diri dari grup 1989 facebook. aku remove private grup 'family 89' dan grup 1989 for malaysian.

dan hubungan aku dengan iceq, goyang sangat2, atas satu peristiwa jugak, aku dengan dia langsung tak bertegur sapa. hati aku sungguh tak tenang. dia jugak,. aku tahu bila dia luahkan segalanya dalam blog. masa tu aku rasa sedih sangat tapi entahlah, ego tinggi dan aku tak mahu mengalah. dan aku rasa salah aku juga kerana meninggalkan dia tanpa sebarang kata. aku cuma tidak mahu mengeruhkan keadaan sebenarnya.

dalam seminggu kot kitorang tak bertegur sapa, walau iceq ada tegur tapi serius, aku macam dah tawar hati, dingin, sepi. dalam seminggu dan satu malam, kitorang bertemu dalam ym. aku tegur dia dulu. dan masa tu ada la beberapa jam kitorang ym, luah segala perasaan, hentam sesama sendiri, semua yang ada dalam hati, semua aku luahkan malam tu. segalanya2, aku menangis2 masa tu. serius, aku sayang kat dia., tapi entahlah. malam tu jiwa kacau sangat2. setelah kitorang melepaskan segalanya2 dan malam tu kitorang kawan balik. dan jiwa aku dan dia tenang.

kitorang amik masa yang lama jugak untuk kembali rapat macam dulu. bukan automatik kitorang terus jadi rapat. dan alhamdulillah, kitorang dah jadi macam dulu. bergunanya saat kitorang lepaskan segala perasaan masa tu. sungguh.

dan hari raya puasa yang keempat tahun 2010, kitorang jumpa lagi. kali ni dia datang beraya kat sg petani kedah, dan kitorang plan nak jumpa kat penang. tapi sampai kat pasific aje sebab sesat. hakhak. iceq datang sambil ditemani, kawan baik beliau, iaitu famy, famy pun kitorang kenal dari grup 1989 friendster. cuma ni 1st time jumpa dia.


ni gambar2 pertemuan kedua kami di mc donalds, pasific.


sedap kot tengok dia makan. aku yang terliur. wuwuwu

budak kecik makan triple cheese burger, pergh..


siapakah jejaka di sebelahnya?


iceq dan famy.


aku dan dia. tak banyak bergambar masa ni sebab malu-malu kucing lagi. meowwww~ kahkah aku pegi jumpa iceq dengan  okay. haha jadi photographer jer.


dan sekarang, aku baru faham. kerana pertelingkahan itu, sebenarnya yang mengeratkan lagi hubungan. kenapa aku cakap macam tu?


>> aku dan iceq kawan rapat dan gado gado gado dan bila ada sesi meluahkan perasaan, akhirnya hubungan itu kembali pulih.

>> aku dan abil. antara BFF aku. sama macam iceq. aku kenal kat grup 1989. yang bezanya kitorang tak penah jumpa. kitorang penah jadi rapat sangat2, lepas tu bergado dan berbulan2 lamanya, tu gado sebab ada orang tolong lagakan, dan bila sama2 sedar salah siapa, hubungan tu kembali pulih.

>> aku dan lynna, BFF aku jugak. sama macam iceq dan abil. kenal kat grup 1989 gak. aku penah jmpa lynna sekali. kat queensbay. dulu pun kitorang rapat dan atas sebabnya yang sama macam aku dan abil, kitorang bergado. dan setelah sekian lama, kitorang rapat balikk. tu yang boleh berjumpa dan sampai sekarang kitorang tetap rapat.

satu ja sebab yang aku tak pernah benci diorang, diorang tak penah hasut aku supaya jangan kawan dengan orang lain. tak pernah. :)

12/2/2011, mesej dari iceq:

IF I HAD A FIGHT WITH U, I'LL FORGIVE BUT I WONT FORGET. AND I HOPE U'LL BE THE SAME. DONT FORGET THE AWFUL FIGHT SO WE WONT FORGET THE SAME MISTAKE IN THIS PRECIOUS FRIENDSHIP.

dan hari ini, hari kelahiran beliau. yang ke 22 tahun. usia makin meningkat.

selamat hari lahir yang ke 22 tahun wahai sadeline vateria. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, semoga persahabatan ini kekal selamanya. apa yang terjadi pada hubungan kita dulu, kita jadikan pengajaran dan jadikan panduan untuk kukuhkan lagi persahabatan. semoga berjaya dalam hidup, semoga menjadi pakar forensik yang berjaya, semoga kita dapat merasa kebahagiaan dan takkan pernah ada orang pun yang akan cuba putuskan kita. semoga err err. jangan lupakan aku XD



masa ni beliau dating dengan nabila kat melaka. jeles! haha


sadeline vateria.


panjang pulak entry ini. hehe terima kasih kepada korang sebab sudi baca sampai habis. nak kenal2 dengan iceq? oh no. aku tak kasi. huahuahua. :P

entry pasal BFF yang lain, akan menyusul. lynna bulan april nanti dan abil bulan ogos nanti. hoyehh!

bacalah dengan hati bukan hanya dengan mata. err err. ayat baru. kehkehkeh

Thursday, February 17, 2011

SEGMEN : SAYA PUNYAI 500-1000 FOLLOWER

salam

hari ni xde idea nak update apa2 pun. esok aku update entry baru pasal dot dot dot. seseorang yang menjadi kesayangan aku dan semestinya bukanlah pasal kisah buah hati. tapi pasal lain la. haha tunggu esok la ye :P


jom join segmen ben ashaari: saya punyai 500-1000 follower



follower blog ini setakat ni 846 orang.

terima kasih kepada semua yang dah follow aku. kepada yang nak follow, follow aje okay. tinggalkan jejak kat chatbox dan insyallah aku akan follow balik.. ;D

salam perkenalan kepada semua pembaca yang baru singgah kat sini..

hehe

jom join segmen ben ashaari ini., jom jom!

klik SINI

nantikan entry yang menarik esok ;P

Wednesday, February 16, 2011

SATU KEMESTIAN MEMAKAI STOKIN KETIKA TIDUR

salam

sejak2 penghujung bulan 12 hari tu, aku tido malam-malam mesti pakai stokin. yela, hari tu kan musim hujan. sejukkkkkkkkkkkkkk. adoiii. dulu-dulu dalam bilik confirm kena pasang kipas angin, bukak 1 pun dah cukup. asalkan ada. kalau tak panas, langsung tak boleh tido. sejak2 hujan lebat dan banjir aritu, mama sarankan aku pakai stokin!

sejak dari hari tu sampai la sekarang dah pertengahan bulan 2, setiap malam aku tido pakai stokin. setiap malam!! mama mesti akan ingatkan aku. hehe lepas tu mesti ada selipar kat luar bilik mandi. senang. kalau terjaga tengah malam, nak pergi toilet, pakai aje selipar tu. tak payah la bukak stokin. hehe

dan semalam, aku betol2 terlupa pakai stokin. selalunya mama ingatkan, malam tu, mama pun terlupa daa.. adess. abah pulak tak balik lagi. keje malam. lepas tu aku tak tido lagi, baring2 aje, lepas tu tetiba rasa kaki sejuk sangat, aku sorok kaki aku bawah bantal. haha rupanya baru tersedar aku tak pakai stokin rupanya malam tuu. waaaa. punyalah sejuk. aku dah la penakut nak bangun malam2. ahaks. aku tunggu abah, tak balik lagi. aduh. aku sorok kaki bawah bantal dan tertido.

tapi asyik2 terjaga je, sebab selimut terselak. kat kaki mesti tak de selimut. huhu entah la, bila aku pakai stokin, aku tak rasa sejuk sangat walau selimut hilang dari badan. bila tak pakai stokin, wawawawawawa sejukk. mula la kaki aku 'tarik mengkarung'. jadi kejang. orang kedah kata 'tarik mengkarung'. masa kat KL dulu diorang panggil ' simpul biawak'. tak tau la korang panggil apa. harap paham la no. kehkehkeh


aku nak cari stokin macam ni la. warna dia mengancam. haha




aku pakai stokin macam ni. haha gambar dari google ni. tapi macam ni la stokin aku. ada macam2 kaler. pink paling banyak.. auww~~


aku beli stokin macam tu kat giant setiawangsa dulu 99sen aje. hik hik ada kaler pink, oren, biru, hijau, putih dan macam-macam.


korang pakai la stokin time tido. confirm tido nyenyak tanpa gangguan ;D

Tuesday, February 15, 2011

USAHLAH TERASA HATI DAN BERKECIL HATI..

Salam

'Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati'.

I'm so confused.

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah..

sumber: klik sini



Sama2 kita ambil pengajaran :)

Monday, February 14, 2011

KENAPA KEKASIH LAMA KEMBALI??

salam

haiiiiiiiiiiiiiii. aku agak busy dua tiga hari ini. ada hal yang aku sedang lakukan yang membuatkan aku tak boleh nak leka dengan benda lain. keh3

ada dua tiga orang kawan bagitau aku, kekasih lama diorang ingin kembali. wow!! serius terkejut. sedangkan masing2 sudah bahagia dengan kekasih masing2. tetapi si kekasih lama tetiba ingin kembali.kenapakah??

beberapa sebab yang aku dapat simpulkan berdasarkan pengalaman:

1) si dia tidak selesa dengan kekasih baru.

2) si dia merasakan kekasih lama beliau jauh lebih baik dari kekasih baru.

3) si dia tidak bahagia kerana tidak mendapat kasih sayang dari kekasih baru.

4) saja nak uji kekasih lama, samaada dia masih ingat kenangan lama atau tak.

5) si dia sunyi! nak mengubati sunyi, dia cari la kekasih lama balik!

6) si dia jeles dengan kebahagiaan kekasih lamanya dengan kekasih baru! kenapa dia boleh bahagia sedangkan si dia masih merana?

7) si dia terkenang segala pengorbanan yang kekasih lama telah lakukan dan dia tetiba menyesal.

8) si dia beranggapan kalau dia tidak dapat memiliki gadis/lelaki itu, orang lain pun tak boleh!

9) si dia malu apabila keluarga asyik bertanya tentang gadis/lelaki yang pernah dibawa berjumpa.

10) si dia merasakan dirinya tercipta hanya untuk gadis/lelaki itu.

TETAPI!!!

jangan terima kekasih lama anda kembali jika:

1) si dia pernah curang. bukan sekali tetapi berkali-kali. dah curang, mintak maaf.curang lagi. mintak maaf,. lagi-lagi curang. mintak maaf. grr!

2) anda kesunyian. kemungkinan anda tidak mempunyai kekasih baru,. tetapi jika kekasih lama ingin kembali, fikir betol2, adakah anda terima dia semata-mata untuk mengisi kesunyian?? kalau itu sebabnya, tak perlu anda terima kekasih lama kembali. sebabnya, ia akan merosakkan hati anda setelah sekian lama tak rosak.

3) tiada lagi rasa cinta pada si dia. tak perlu nak paksa2 diri kalau betol2 dah tak cinta. samada telah tawar hati dengan sikapnya yang semakin membosankan atau anda telah menyayangi diri orang lain.

4) tiada keserasian dan persefahaman. kalau dah memang tak boleh nak menyelamatkan hubungan lagi, tak perlu terima kembali kekasih lama. menyemak aja!

5) si dia telah berpunya. maksudnya kekasih lama yang ingin kembali tu sebenarnya telah berkahwin ataupun mempunyai kekasih baru. anda tahu tetapi kerana kasihankan kekasih lama tu, anda ingin terima dia. jangan cari pasal la. silap2 hari bulan, anda akan dituduh perampas kekasih orang sedangkan kekasih lama yang terhegeh2 mahukan anda. jangan amik risiko.

banyak lagi benda lain anda pernah buat selain kembali kepada kekasih lama. aku pernah beberapa kali memberi peluang kepada kekasih lama. banyak kaliiiiiiiiiiii. tapi benda yang sama berlaku. berulang-ulang. dan aku rasa buang masa aja terima kerana kasihan.

dan kepada kawan2 aku tadi, tak payah la kembali kepada kekasih lama korang. kekasih lama korang tu semuanya langsung tak boleh pakai. panas baran, berpura-pura, penipu sedangkan ada kekasih yang menyanjungnya setinggi langit, tetapi gatal nak cari penyakit. tak pasal2 korang yang kena maki nanti.



kekasih lama boleh jadi kawan baik ke? erk?

Sunday, February 13, 2011

APABILA DENGKI MENYELUBUNGI DIRI KETIKA HIDUP BERJIRAN~

salam..

dah lama aku nak tulis pasal ini. tapi entahlah. aku heran, bila hidup berjiran ni mesti ada yang dengki. mesti ada yang jadi batu api. mesti ada yang jadi tukang hasut.

banyak situasi yang berlaku antaranya :

1) apabila si bedah membeli perabot baru, si timah mulalah sakit hati. abis dicanangnya si bedah beli perabot sebab nak menunjuk-nunjuk sedangkan si bedah beli sebab perabot dia dah reput sebab lama sangat tk tukar...

2) apabila si bedah selalu dok rumah. sebab si suami tidak menggalakkan si bedah melepak kat rumah orang tanpa sebab dan faedah. mulalah si timah cakap 'dia tu tak da keja lain, tido la tuuuu kat rumah,'

3) apabila si bedah baru lepas pantang anak yang ketiga, dan baru pulang dari kampung, si timah nak sangat datang ziarah kat rumah si bedah. si bedah cakap, 'nanti la, kami baru balik, rumah berselerak'. si timah mencanang-canang kat semua orang, katanya si bedah kurang ajar, kedekut tak bagi masuk rumah.

4) si timah asyik2 menjaja dirinya sambil mengatakan dia tak pernah nak sibuk pasal hal orang lain sedangkan 2 minit selepas tu, terkeluar la cerita ' orang depan rumah aku tuu, lelaki dia penagih dadah woo'.. err

5) pantang tengok orang baru pindah, terus berbaik. sambil menceritakan, keburukan orang kat depan rumah, tepi rumah, belakang rumah, macam2 alahaiii.. last2 orang yang baru pindah tu tak berani kawan dengan orang lain.

6) si timah jual barang. contohnya kasut. guna katalog. si maimun order la. sampai je kasut tu yang memang ada dalam kotak, si timah cepat2 terus keluarkan dari kotak dan try2 dulu kat kaki sebelum bagi kat si maimun. pelik2. apa hak dia nak bukak barang orang lain?

7) si timah setiap petang ketuk pintu rumah si bedah macam nak pecah, bila bukak pintu cuma tanya ' buat apa tu? saja mai nak ajak sembang..'

8) suatu hari rumah si bedah dimasuki pencuri. esoknya si bedah buat laporan polis. secara tetiba, si timah bercerita yang si bedah telah menuduh anaknya yang mencuri..

9) si timah selalu berkata tentang kebaikan dirinya, contohnya selalu bangun solat tahajjud pukul 3 pagi. hari-hari. tapi bila tanya pasal salah satu doa, dia terkebil-kebil.

10) apa yang si timah dengki dengan si bedah pun tak tau, sebab hari-hari dia akan menceritakan keburukan si bedah. kalau si maimun kawan jugak dengan si bedah, serta merta dipulaukan!!


situasi ini ada di mana-mana. tak kira dimana anda tinggal. dimana saja pasti akan ada orang yang berperangai seperti si timah. kenapa ya? kenapa sampai begitu sekali busuk hatinya?

kan bagus kalau macam ni


korang pernah alami situasi ini? adakah dengan cara mendiamkan diri adalah lebih baik dari mencampuri urusan orang lain? salahkah kalau kita menjauhkan diri dengan orang macam ni? aku perlukan pendapat dari korang. kesian kawan aku tu.. wuu.

Saturday, February 12, 2011

ANDA RASA ANDA KETAGIHAN FACEBOOK TAK??

salam

facebook aku dah okay. sebenarnya bila aku dapat balik bukak facebook, aku tengok status orang lain. ramai yang kata diorang tak boleh bukak facebook jugak. jadinya bukan internet aku la masalah tapi faceb0ok! grr. pukul 6.15 petang, akhirnya facebook aku dapat dibuka.

aku rasa sindrom ketagihan facebook dah datang balik. dulu2 aku ketagih twitter tapi sejak2 aku asyik dok main baking life ni, aku selalu ada kat facebook. dulu rasa malas sangat nak bukak facebook. punyala malas. bayangkan tadi tak boleh bukak facebook, aku gelisah!! bebel tak payah nak cakap la kan. pot pet pot pet. hahhaa!

antara ciri-ciri orang yang ketagihan facebook

1) bukak laptop je, connect internet je, terus bukak facebook.com. aku pun macam tu. walaupun aku ada blog, tagged, twitter dan lain-lain, aku tetap buka facebook dulu.

2) sentiasa terbayang apa ada dalam facebook ketika offline.

3) rasa gelisah dan tak tenang bila dok satu tempat yang tak de internet! tambah2 dalam waktu yang lama.

4) aktifkan status facebook di handphone. aku pun dulu. wahaha guna fb2mobile. maxis. walaupun mahal,sebab kan laptop aku rosak, aku sanggup aktifkan. tak dapat tengok facebook orang lain, asalkan dapat update status pun dah cukup baik. haha

5) facebook menjadikan tempat luahan perasaan. aku banyak luahkan perasaan kat facebook. serius. aku tengah happy ke tengah sedih ke, aku mesti akan tulis status. status aku bergantung pada mood aku. kalau aku benar2 marah, aku akan tulis status untuk lepaskan geram. kalau aku sedih, aku mesti akan tulis status sedih dan profile picture mesti jadi gambar sedih. kalau happy, mesti aku akan tulis status gak. haha.

6) masa dihabiskan hanya dengan bermain facebook. rela tak makan atau tak tido, asalkan dapat menatap facebook depan mata.

7) cuba beramah mesra dengan game-game yang disediakan oleh facebook. lepas tu set time pukul berapa nak kutip tanaman atau serve makanan. hahaha samaada farmville atau baking life. dua2 aku gila! haha

8) sentiasa mengharapkan orang ramai memberi komen. ada kawan sampai 4000, tapi kalau setiap status tak de komen tak guna jugak kan. best sebenarnya ada facebook kalau ada kawan2 yang best2 dan ramah2! apa kita update je, mesti ada kawan yang LIKE atau komen. so terjadilah satu medan 'ramah mesra' di situ.

9) suka sangat mencuba aplikasi dalam facebook. pelbagai! lepas tu publish kat blog. huahua padahal guna facebook aje pun! haha contohnya gambar ini


aku guna aplikasi kat facebook. itu gambar muka aku aje la. rambut tu diorang sediakan. aku just masukkan gambar muka aku aje, muahahaha nampak real kan?

10) selalu promote facebook kat kawan-kawan. kalau jumpa kawan lama je, mesti tanya, ' eh ada faceboo tak? add la aku. blablabla'. kenapa tak tanya, 'eh ko ada blog tak, ni URL blog aku. siapataksayangsayasayataknakkawandengandia.blogspot.com.'

11) kalau orang sembang dengan aku masa aku bukak facebook. konfirm aku dengar sebelah telinga je sebab kusyuk tatap gambar orang, tak pun kusyuk komen dengan orang. hehe leka weh. serius. haha

12)LIKE semua status yang baru diupdate. tak kira la status sendiri atau status orang lain. huahua asal tulis status nampak dia aje yang LIKE. haha aku tak penah LIKE status sendiri okay ;P

cukuplah 12 yang aku rasa ada pada aku. hehe masa laptop rosak dulu, adoi., aku selalu ajakpegi cc semata-mata nak online facebook. alahai..

apa2 pun, facebook facebook jugak. kewajipan dan tanggungjawab jangan diabaikan. berpada-padalah online facebook. aku tak apa la, tak keje lagi. esok2 dah keje, lupa la facebook ni. hehe

tengah fikir, lepas kawin aku nak main facebook lagi tak?

ARTIKEL RAKAN BLOGGER