assalamualaikum ;)
5 mei 2012!! hari yang ku tunggu-tunggu, dengan debarnya. dengan rasa terujanya. mahu bertemu aya. malam tu rasa berdebar macam nak pi dating XD lama dah kenal aya, cuma baru pertama kali nak jumpa, setiap hari contact, boleh kata dia bestfriend aku sampai sekarang. selalu berkongsi hal peribadi, setiap hari, ada saja benda yang nak diborakkan. aku seronok kawan dengan dia ;)
dia ambil aku kat rumah, dalam pukul 10.45 pagi.. kitorang terus ke jusco perda. memang plan nak tengok the avengers kat sana. beli tiket, RM11 seorang, tayangan pukul 3.30 petang.
lepas tu kitorang terus ke rumah kak ida, kakak kepada aya. yang jugak seorang blogger. hehe ingat tak dulu aku pernah buat entry pasal kak ida ni kat blog aku? KLIK SINI untuk baca kembali entry tersebut. hehehe bestnya sebab dapat makan tengahari kat rumah dia sekaligus merasa masakan dari air tangan dia sendiri! ;D
aku dan aya. apsal entah aku buat muka macam tu.. ekekeke masa ni dah habis wayang kot. lemau dah :P
kak ida masak tomyam tulang, udang garing daun kesum, sayur brokoli + cendawan, budu, sambal belacan! memang sedapppppp!! ^__^
tomyam tulang.nyum2~
udang garing daun kesum
brokoli cendawan.
lepas makan tengahari, makan pulak puding koktail!! lagi sedappppp. hakhak kak ida siap kirimkan bekal lagi untuk aku, untuk diberikan kepada mama, mama pun puji sedapp tauu. ;)
puding koktail ;)
lepas makan pakat semua kuyu dah mata.. kekekek alhamdulillah kenyang sangat ;)
kitorang pergi tengok wayang. dengan sejuknya, lagi la mata berat. tapi sebabkan cerita ni best, menghiburkan, terus segar mata kitorang. cuba bayangkan kalau kitorang tengok filem yang boring, mendatar, konfirm tidor terus. seriusss. hak3
the avengers sangat best! aku jarang sangat2 tengok filem english kat pawagam. selalu tengok filem melayu je. ha3 tapi selama yang aku pernah tengok filem english, ni la filem yang paling best. memang gamat pawagam okayyy. tapi ada orang bawak bayi. terkejut jugak aku. tak terkejut ke bayi dia tu dengan sound yang agak kuat. hakhak. aduhai..
aku bagi 10 bintang untuk the avengers. nasib baik tak da 3D. kalau tak, memang nak tengok 3D dah. mesti lagi best ye dak? tengok biasa-biasa pun dah rasa best sangat. weeee sesiapa yang belum tengok, cepat2 pergi tengokk k!! ;D
lepas tu kitorang cuci mata kat jusco kan. beli set rantai dan anting-anting, sama macam aya. lepas tu beli hadiah untuk hari ibu. dan beli novel sebenarnya saya isteri dia. hehehehe seronok kan sebab tinggal satu je lagi dan akhirnya aku dapat memiliki novel tu.. hoyehhh!! XD itu nanti aku cerita di lain entry ye., sekali dengan review..
balik tu, kitorang pergi rumah kak ida lagi sekali. kali ni kak ida buat cheezy wedges. nyum3!! aku tengok gambar pun dah cukup terliur dah. dan nak rasa sendiri. heheh tepung cheezy dan tepung magik tu anda boleh order kat EMANZ HOMESHOPPE ONLINE. aku dah order dahh. hehe sebab puas hati rasa dia masa makan kat rumah kak ida ;)
sedap kan? kan? tak perlu susah2 pergi kfc lagi. selalu diorang letak cheezy sikit sangat. ni boleh makan banyak2 :P :P
lepas tu balik ke rumah. dah malam dah time tu.. hik hik. lepas tu aku pegi makan charkoeytiew pulak dengan mama dan abah XD
sepatutnya hari ahad tu kitorang (aku dan aya) nak pergi ipoh. ada kenduri. tapi aya tak sihat. huhu kesian kat dia. panas sangat hari tu.. dengan terlampau sejuk dalam pawagam, minum ais lagi. hoho.. demam teruss.
apa2 pun happy dapat jumpa aya. aku hadiahkan dia teddy bear yang dah beberapa bulan aku dapat ^__^ kak ida pulak bagi macam2 barang kat aku. serius terharu sangat kak ida. terima kasih sangat2 ;')
** aku cuma update blog pada hari ahad hingga jumaat saja. sabtu cuti. kekeke rabu untuk wordless wednesday, jumaat untuk renungan hari jumaat. kalau anda perasan la~ hik hik
15 comments:
wah!! bestnya dapat jumpa blogger lain, pastu tgk wayang lagi tu..saya tak tgk lagi the avengers tu.. huwargh!!!
adoiiii!trliur la.mcm best sgt jer mkanan ni.
triffle..
wah,beshnyaa..
wahh beznya fatin tgk wayang..ayu xbrpeluang lg..hehe
kim salam sama aya ya.. ehehe...
Saya belum lagi tgok2 filem Avengers ni..
aku tak tengok lagi cite ni.. tapi ramai cakap best.. so memang best r kan.. ape pun mesti lagi best dapat kuar ngan member camtu kan? aku pun jarang2 dah lepak jenjalan kat mall ngan member..
sedapnye makanan...terliur sudah..
sehatnya korang..hehe
lama dah tak tengok wayang...
pet try guna wedged brand ape ntah.. xsedap.. :(
Thank you fatin sbb kuar ngan aya.. Hikhikhik.. Seronok kan makan kat umah kak da.. Aya dah lama xminum ais..Macam tu la jadinya kalau minum ais.. neway aya hutang 1 bear kat fatin.. Kena pos..Tgu aya settle function yg super duper busy ni dulu..pasni aya akan pos..tguuuuu
aduyai,sedapnya menu2 tu atin:)
tak tengok yang lain..
mata tertancap kat udang goreng tu...
sedap..
BW & follow u. come to my site
Post a Comment