Friday, May 4, 2012

AKU CEMBURU YA ALLAH!


Assalamualaikum ;)



di hening pagi,
ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
ketika dedaunan masih basah disirami embun,
ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
diriku hanya bertemankan sepi.

aku melihat alam ciptaan Allah,
langit yang membiru dan terbentang luas,
pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
aku tertunduk,
tubir mata mula digenangi air jernih,
aku hanyut dibawa bayangan minda.

peristiwa-peristiwa semalam,
seringkali menerjah minda,
biarpun cuba dipadam dan dilupa,
namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
membuatkanku benar-benar derita,
tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.

Ya Allah, aku cemburu!
aku cemburu pada mereka,
mereka yang dipenuhi hati yang penuh dengan cinta,
cinta kepada siapa?
cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
iman memenuhi kamar sanubari,
jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
walaupun mempunyai ranjau yang melukai.

segala dugaan yang mendatang,
dengan tabah mereka lalui,
setiap tohmahan dan cacian,
tidak pula mereka peduli,
kerana hati mereka begitu asyik,
terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

sedang aku disini,
dalam kesamaran masih tercari-cari,
ke manakah hala tuju diri,
setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
iman yang baru mula untuk berbuah,
aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

betapa hebatnya peperangan,
yang terjadi antara iman dan nafsu,
terkadang aku berasa ingin berhenti,
berhenti daripada meneruskan langkah ini,
tetapi aku tahu,
bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
perngorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
iaitu di sebuah tempat di syurga yang ku damba.

hembusan bayu menyedarkan aku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
cintaMu menjadi dambaanku,
dalam keheningan pagi ini,
aku menadahkan tangan,
bermohon dan merayu kepada-Mu,
ampunkan segala dosa-dosaku,
walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
demi setitis cinta aku relakan,

Ya Allah, berikan aku kekuatan..
Amin ya Rabbal 'Alamin..


kredit




11 comments:

adan said...

aku juga cemburu pada mereka yang 5waktunya di masjid dan surau.. sungguh aku cemburu.

Anonymous said...

cemburu positip tak pe =D

Unknown said...

kalau cemburu macam ni, saya sokong.. :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kata2 penuh maknanya fatin..

are_lin@yu said...

nice fatin..cinta pada Pencipta cinta yang paling agung...

Unknown said...

As salam Fatin,

Cemburu juga! Alangkah tenangnya mereka kan... Hati mereka hanya padaNYA, betapa kuatnya jiwa mereka, padahal tiada bezanya pun mereka dgn kita... Ya ALLAH, jgnlah engkau palingkan hati kami setelah diberi hidayah~

NasQ said...

aku cemburu dengan kamu yang pandai berkata kata...

eita said...

cemburu yang positif tu bagus...

Classified ! said...

anda ditag . jempot singgah

http://paitkedin.blogspot.com/2012/05/999-1001-numbot-mintak-hajat.html

Classified ! said...

anda ditag . jempot singgah

http://paitkedin.blogspot.com/2012/05/999-1001-numbot-mintak-hajat.html

Unknown said...

membaca en3 ni sy pun terasa cemburu..:)

cemburu dgn mereka yang hatinya dipenuhi cinta kepada ALLAH...=D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER