Thursday, May 3, 2012

PENGALAMAN PEMERIKSAAN JANTUNG

Assalamualaikum ;)

berbalik kepada entry pada hari selasa yang lalu, aku akan sambung cerita di entry ni. kalau semua letak satu entry, memang panjang sampai ke lantai la kan. hakhak kesian korang nak baca :P

awal bulan april, aku pergi hospital kemaman. rasanya lebih 10x kot kami pergi hospital ni. tapi semuanya pergi sebab nak melawat orang saja la, kawan-kawan abah atau isteri diorang masuk hospital. hospital kemaman ni tak jauh dari rumah aku. dekat je ;)

sebab 4 hari tu aku sakit dada sangat-sangat, paling ketara time nak sujud, pehh sampai nak menangis pun ada, punya sakit, sebab kan dah 4 hari sakit tanpa henti, abah bawak aku pergi check kat hospital. risau kan T_T

ok aku mengaku minggu tu memang aku makan tak teratur. makan ikut mood. kadang2 tak makan tengahari, kadang2 tak sarapan, ikut suka bila rasa nak makan, makan la. kalau tak, tak la. hehehe

dan aku pulak ada gastrik. aku start kena gastrik tahun 2009. lama dah tak kena. hehe



ni la hospital kemaman ;)

sampai sana, orang memang ramai la kan. setengah jam tunggu nak amik nombor, 2 jam tunggu nak masuk ke bilik. pehh mama teman. sampai tak larat nak tunggu dah. hakhak.

masuk je bilik tu, doktor tu punya hensemm!! hahahahha tu je aku nak cerita. hahahahah

ok serius balik. aku cakap aku sakit dada dah 4 hari, dia kata ada asma, aku cakap tak de, dia kata ada penyakit lain, tak de pun. gastrik je la ada. tapi selalu gastrik sakit kat perut kan. 

dia kata tak apa, kita buat pemeriksaan jantung. aku cakap okayy. pertama kali ni check ni. tak pernah selama ni. heheh

kenapa macam ngeri semacam je bilik nak check jantung tu ye? :P

pegawai kesihatan tu, perempuan. memang baik. dia cakap lembut je. dia kata adik, baring ek. buka baju. aku pun okayy.

baringg la.. 

jantung punya la berdetak kencang weh. hahaha!

sebenarnya aku tak tau macam mana dan apa prosedur untuk check jantung, memang tak tau, dan mula la aku bayangkan macam-macam.

dia kata kita guna cara manual. kot. sebab mesin yang sedia ada rosak, kena guna yang lama.  err entah. haha.

mula2 dia kepit kedua2 belah tangan. dan kedua2 belah kaki.

masa tu badan aku serta merta kejangg. hahhahahh sebab aku bayangkan macam ni, dia kepit tangan dan kaki sebab tak nak kita meronta-ronta, sebab nanti dia nak kepit dada kita, lepas tu tekan suis, akan keluar karenn..zzzzzzzzzzzz! lepas tu kita akan menggigil. 

ok ni aku bayangkan. sampai berpeluh2. hhahaha

kakak tu cakap. adikk, tenangkan fikiran ek, jangan stress2, jangan fikir bukan-bukan. hahahahah. dia tengok kaki dan tangan aku dah jadi keras kot, muka aku dah pucat kot. muahahaha


rupanya dia kepit kat dada, macam dalam gambar di atas ni, lepas tu ada kertas yang diprint keluar. tu je. sakit tak pun. tak rasa apa-apa T__T

kejap je pun benda tuuu. aku je yang fikir bukan-bukan. haha aku rasa kalau dapat pegawai kesihatan yang garang, marah-marah tengok aku takot, konfirm aku terkencing terusss. hahhahhaha..

doktor tu cakap, alhamdulillah jantung adik sihat, tak de apa-apa, ni sebab asid dah banyak dalam perut, gastrik dah naik ke dada, jaga kesihatan, jangan lupa makan k.

adik, mintak num fon boleh? <<< ni tipuu. hahahaha!

lepas tu dapat ubat. ubat air sebotol, dan pil. pehh ubat pil tu kan punya la kuat, makan je, ting tong 24jam. hahaha.. 5,6 hari makan ubat, semua dah okay, dah tak sakit dada. alhamdulillah ;)

syukur sangat jantung masih sihat ;D

dan sekarang aku tak boleh lewat makan, kalau lewat, perut aku akan bunyi bruuuuuuuuuu. hahahhaa sampai macam tu.. iskkkkk!

lepas kejadian tu, aku makan ikut waktu balik. dah tak berani dah nak makan ikut mood. kui3

jaga kesihatan, jaga makan!


11 comments:

Musafir Melayu said...

Assalamualaikum,

Hahahaha, itu namanya ECG machine la, hahaha!!

Try having oats in your diet. Orang muda zaman sekarang pun boleh kena sakit jantung kalau tak dijaga :)

are_lin@yu said...

adk mntk no fon blh..hehe..adk ayu kna sama ngn fatin..mmg sbb gastrik mla2 ingt sbb appendiks sbb sllu sngt skit prut..so kna jga mknn tau ikt time..hehe

teha said...

teringin jugak nk cek jntung.. hehehe :)

sissyira said...

salam

zirah rakan y sy follow ;)


x pernah ada lagi pengalaman macam ni.

kay_are said...

nasib r takde pape.. camtu pasni kne jage makan tu betul.. aku pun baru tau cane pemeriksaan jantung tu pas bace entri ni.. huu

Nur Farah Hani said...

haha... fara dulu kalo tak makan badan akan rase semacam n mengigil.. da macam parkinson tapi dulu la.. skang ni makan still bantai jugak.. hehehe.. btw so pasni awak sile jage makan ok.. :))

Tukang Karut said...

kalau aku la, aku rasa aku pengsan kot...

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

ak penah check cmtu gk dlu sbb suspect tiroid..lepas dr tu terus kurang kn mkan kubis(akceli dlu ak cume mkn sayur kubis waktu dekat matrix)

eita said...

tak pernah plok buat pemeriksaan ni..
takut jugak tu..

Atiqa_Wahid said...

Yup, Eelctrocardiogram ( ECG ) machine. Procedure ni x sakit pon. Hehehehe. Paling xdpt lupa bila cek gadis. Dorg malu ja nk buka baju. =)

Lesung Batu said...

fatin..bila akak tgk entri ni rasa jantung akak yg nak luruh..haha..alhamdulilah..semua ok ye..hehe..itulaa kesihatan kena jaga..buat cam akak pagi2 b'fast mesti ada secawan oat..menu blh dipelbagaikan..nanti akak try create menu berasaskan oat & post to blog akak ye..khas tuk fatin..weee..take cara cayang..muaahhh

ARTIKEL RAKAN BLOGGER