assalamualaikum ;)
awal bulan ni, aku dah pernah cerita pasal sawah padi kat kg abah aku tu, buat entry untuk wordless wednesday. adakah anda masih ingat? kalau tak ingat, boleh baca balik entry tu KAT SINI
gambar2 tu diambil pada tahun lepas, julai 2011.
entry ni pulak gambar2 yang baru diambil pada bulan mei ni jugak masa aku balik kampung haritu. ini la aktiviti wajib kami setiap kali balik ke kampung! heheh abah akan pinjam moto pakcik dan bawak aku ronda-ronda keliling sawah padi. sambil tu aku akan pegang kamera dan snap gambar sepanjang perjalanan.
macam tahun lepas, kejap je kitorang pergi. tak lama. tapi kali ni lama gila, berjam-jam atas sawah sampai sakit perut aku sebab lapaq! hahaa. lepas tu abah singgah rumah mak ngah pulak kat kampung sebelah, siap makan lagi. kehkehkeh.
mama macam biasa. kena tinggal sebab moto tak boleh naik 3 orang. sekian ;p
jom layan gambar. kali ni lagi banyak. tapi hanya ini dapat dikongsikan kepada pembaca! ^__^
lokasi : kampung setol permatang buloh ;)
indah dan permai kampungku.
jumpa kambing! kikikiki
pondok sapa ni. hee
pakcik ni tengah menyulam padi. aku ambik gambar dia senyap2 :P
ada rumah besarrr kat sini ;)
balik sudah ke rumah tok wan. kamera gegar dah sebab habis bateri. hahaha..
pak lang lepaskan itik! wehuuuu. diorang setiap petang akan bersantai dengan senang lenang. kehkeh aku hanya mampu tengok dari jauh. takot kena kejar ;p
yeay. dah masuk rumah sendiri. kekekeke
itik ada. ayam pun ada.
mama kata dari dia kahwin dengan abah, memang arwah tok wan bela itik. lepas tu pak lang pulak. sampai la sekarang ni ;)
tahun ni tak tau la boleh balik ke penang atau tak. ikut pada cuti abah. kalau tak, tahun depan la jawabnya. heheheeh ;)
12 comments:
masih tercengaang dengan naama kampung ni
hijaunya pemandangan... i like!
i love nature....rindu nak blk kampung....
kampung aku leh kate dalam belukar so memang takde r pemandangan sawah padi macam kampung ko.. memang cantik!
rindu kampung!!
subhanallah..cantiknye gambar sawah2 tu..penuh kehijauan..:)
kt penang ka fatin?rasa prnh prgi tp xtau nama..hehe..kpg ayu kt BM..hehe
itikkkkkk banyakknya.........
waaaa lawaanyaaa! ada sawah padi. kg kte xde pun. isk isk
kemain setol.. pet mcm pernah dgr
best nyer cuci mata tengok sawah padi kan...
wah bestnya..:D
kita tak ada kampung :(
Post a Comment