Assalamualaikum ;)
walaupun aku pernah kerja kat kedai kasut, dulu, aku tak menafikan hati aku tetap memilih vern's sebagai tempat untuk membeli belah kasut dari dulu sampai sekarang. selain BATA. kadang-kadang ke BATA. selalu la ke Vern's.
kebanyakan kasut aku semua datangnya dari vern's. tak tau kenapa rasa selesa sangat dengan kasut-kasut kat situ. semuanya cantik-cantik dan selesa nak pakai. kehkeh.
mama pun sama. kasut dia semua dari vern's.
purata kasut kat vern's aku rasa rm15- rm50 kot. rasanya la.lebih dari tu pun aku rasa ada. hik hik kalau kasut rm49.90 pehh memang cukup cantik dah. memang paling lawa dah bagi aku.
hari tu pergi mesra mall. abah ada kerja kat sana. anak dan isteri ambil kesempatan untuk bershoppinggg!! :P :P
haruslahhh masuk ke kedai vern's dulu. kat kulim pun ada. weee
akhirnya dapat dua pasang kasut. sepasang untuk aku. sepasang untuk mama. orang memang ramai gila. agak sesak dalam kedai. mujurlah promoter cepat melayan kami, ramah dan baik pulak tu. kehkeh
aku dah lama mengidam kasut macam ni. ada tali kat belakang. saiz 35 ni. kecik. mama cakap macam kartun je kaki =,= kalau saiz 36 longgar!
mama punya kasut. kehkeh dia pakai saiz 6.
aku belanja. maklumlah baru dapat duit. alhamdulillah rezeki Allah bagi. kongsikan rezeki ini dengan mama. masa ni abah tak de, pergi settle kerja dia. kitorang berdua aje la. hik hik
sebab aku berbelanja atas rm50, aku layak dapat kad keahlian vern's. free je. so aku buat la. aku tanya dia dulu, boleh tak gunakan kat kedai vern's yang lain? sebab aku selalu beli kasut kat vern's kat kulim. dia cakap boleh. mana-mana kedai vern's pun boleh. lega. aku pun cepat2 la daftar. dapat satu kad. kumpul point lepas tu nanti boleh tukar dengan baucer ;)
lepas tu kitorang shopping.. errr sambungannya di entry selepas ini. ;D
15 comments:
kasut verns versi laki ada tak? :D
lawa kasot dia!
hehe
verns? tak pernah dengar..alamak..
saya kalau pakai kasut, asal cantik saya rembat je..heheheh
sama saiz dgn fae la..35! hehe..kecik je kan kaki kita..;p
ksut ak mcm2 jenama..tp pape pn akn try dlu..xberani beli kasut online..tkut x sedap pkai..huhu
verns?? macam tak pernah dengar je.. mesti kasut pompuan ni kan? rase betul r tu..
suka verns jugakkk~!best dan cantik.berpatutan juga hehe~
comel lah kasut fatin..hehe
mila pun suka kasut jenama VERN'S
kaki kecik mcm saya haha..comel ksut tu.
verns..jenama baru ke?? ke sya yang katak bawah tempurung huhuhuhh...
belanja akak satu..
hehehe
cantikk
ada ke kasut utk lelaki??
aku tak pernah dgr jenama kasut ni.. ke jenama kasut ni utk pompuan je?
Post a Comment