Assalamualaikum ;)
harini dan esok aku buat entry pasal review. dah lama gila kan tak buat review. wayang lagi la. memang kelaut la sebab sejak aku dok terengganu aku tak pernah tengok wayang. dan mesramall sangat jauh bagi orang yang tak de transport nak pergi ni kan? kan? kenapa tak de pawagam kat chukai ni? kenapa? keh3
dulu kan aku kecewa. pergi mesra mall nak cari novel sebenarnya saya isteri dia tapi dah habis dijual. masa tu pulak baru dapat durian runtuh. hehe alhamdulillah. makanya aku ubati hati sendiri beli novel aku bukan mistress.
meh aku review meh. versi ayat sendiri. hehehe
TAJUK NOVEL : AKU BUKAN MISTRESS
PENULIS : ACIK LANA.
MUKA SURAT : 671
HARGA : RM22
sinopsis
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
kisah mia pada permulaannya agak mengejut. sebab dia digambarkan sebagai seorang wanita yang bersedudukan bersama mikail. dan mikail jugak digambarkan sebagai seorang yang sangat garang! haha aku dapat rasa kegarangan mikail dalam novel ni.
dan mak mikail, datin adiba memang tak tau langsung la pasal mya yang tinggal serumah dengan mikail. bila datin adiba nak datang, apa lagi kelam kabut la si mikail ni, kemas rumah, sorokkan bukti2, dari rumah. tapi malangnya, datin adiba ni sampai awal dari yang dijangka dan menyebabkan mikail terpaksa bohong ibunya mengatakan mya ni pembantu rumahnya.
tap ingat mak dia nak percaya? pembantu rumah cun melecun macam ni. haha nak digantikan dengan mak jah, dia tak nak pulak. adoi adoi. lepas tu keesokan harinya, mya tetiba hilang. rupanya datin adiba bagi cuti. haha mikail menggaru kepala la pulakk. tapi mya tak cakap pun nak pergi mana.
mikail dan kawannya adam, pergi cari mya kat rumah kawan dia, nadia, nadia ni digambarkan sebagai seorang gadis yang sangat suka bersosial, ramai jantan tido kat rumah, mikail memang tak bagi la si mya ni tido rumah nadia ni, sebab takot kan jadi apa-apa. tapi tu la, dia pergi cari mya kat situ jugak sebab dia tau mya memang kawan baik nadia.
dan memang mya ada kat rumah nadia pun. haha. lepas tu jadi la pergaduhan sebab mya tak nak ikut mikail balik. sampai mikail maki-maki dia jangan suruh dia balik lagi padahal hati dok ingat mya je. kahkah tapi akhirnya mya balik. dengan ketar-ketar la kan. tau la mikail garang macam mana.
masa ni jugak la datin adiba perkenalkan suzanne, sepupu mikail kepada mikail. dengan hasrat agar mikail tackle si suzanne ni. tapi mikail memang tak mau sebab dia tau perangai suzanne tu macam mana. gedikk! malam tu datin adiba nak pergi tido rumah orang lain dan dia tak bagi mikail dan mya tido dalam satu rumah. menyebabkan mya tido seorang diri di rumah dan mikail pulak pergi tido rumah adam.
esoknya suzanne pulak datang rumah mikail. kebetulan pulak yang ada hanya mya sebab mikail pergi kerja. apa lagi, gelak sinis la suzanne tu kat mya. sakit hati mya! siap cakap dia tau segala2nya pasal mya dan dia dan mikail pernah..........err.
suzanne pergi pulak kat mikail. goda mikail. tapi mikail tak nak. dan dia mintak mikail jadi salah satu model untuk fashion design dia yang terbaru. mikail pun macam nak tak nak la.
ok tu kesimpulan setakat muka surat 136 ye. kehkeh
nak tau selebihnya korang kena beli novel ni! korang kena baca macam mana si mikail ni boleh jatuh cinta kat mya, dan diorang kahwin. lepas tu konflik antara datin adiba sebab si suzanne ni cerita buruk macam2 pasal mya yang buat datin adiba lagi benci kat mya. lepas tu pasal datuk luthfi. bapak mikail. lepas tu pasal adam yang jahat sebab rogol mya. pasal ex mya,shamil. pasal kampung mya. pasal lisa, isteri muda datuk luthfi, mak tiri mikail dan sebagainya la! keh3
isi dia semuanya mudah difahami. dan macam mana seorang lelaki pertahankan orang yang dia sayang.. part sebak masa datin adiba dan suzanne serang si mya ni. keh3
nak tau endingnya, kena baca la k. mana boleh cerita endingnya macam mana. heeheh
semoga anda terhibur membaca novel ini! okk aku bagi 3.8 bintang dari 5 bintang untuk novel ni! ^___^
terima kasih AYU!!
4 comments:
fatin..
saye duk kuala ganu.. skrg ni tgh tgu tmpt posting..
kalo dpt kemaman kite leh jmpe..
hikhik..
ok nk try bace gak novel 2!
seb baik laa saya bukan kaki novel, kalau tak, saya da serbu da kedai untuk cari novel ni
Assalamualaikum , hehe .mcm bestt ! sy mmg suke bace novel org dewasa ginii, although bru form 1 :p heee .
slalu tgk org bace novel.. tapi ara xsuka baca novel..
Post a Comment