Monday, May 28, 2012

DUA PUPU

assalamualaikum ;)

entry pasal balik kampung haritu nampaknya belum habis. maaf2, terlalu banyak story yang harus diceritakan. haha bajet sebelum bulan 6 habis la cerita semua, rupanya tak! kikikiki tak apa, aku try habiskan cerita sebelum aku pergi jauh dari rumah ye ;p

aku balik kampung abah, kampung setol permatang buloh. korang tau? belakang rumah tok wan aku ada sawah padi. ngeh3. dan wajib la setiap kali kami balik, nak lepak kat sawah padi tu, tengok itik, ronda2 satu kampung. haa cerita pasal ni aku cerita di entry seterusnya! 

ok jom layan gambar2 di kampung. setiap gambar ada ceritanya tersendiri.



masa ni abah dan mama tengah cari apa entah. haha depan rumah ni. nanti nak bina sebijik rumah kat sini boleh? :P teringin nak dok kampung. hehehe


hasil 11 kg hilang. *setakat ini*. amacam? ngeh3. seluar dan baju baru tuuuu. jangan main-main haa. saiz seluar dah turun 3 inci. harus la seronok. kehkeh.

sejak makan budu, aku tak rasa seluar baru aku tu boleh bertahan lama. hahaha aduhh penangan budu!


ni pokok asam kerenda. ehem. dari kecik2 lagi aku rasa pokok ni dah ada. dan setiap kali balik mesti nak petik buah ni dan makan macam tu je. haha rasa dia masam sangat. berdengung jugak la. tapi sekali sekala rasa kan. hik hik


pokok ni besar macam ni. setiap kali balik raya ke, tempat paling cantik nak ambil gambar mesti la kat pokok asam kerenda ni. hik hik



ni dua pupu aku. maksudnya anak2 sepupu aku. sorang 6 tahun, sorang 4 tahun. kalau tak silap la. hik hik. yang perempuan namanya aini, yang lelaki, azizul.

selalu balik diorang agak segan-segan dengan aku. malu-malu la nak sembang-sembang ke apa. tapi tidak kali ini! haha amboii kemain seronok kalau aku nak ambil gambar diorang. haha


meja nampak separuh. sadis betol =___________=


aku paling suka gambar ni! tak tau kenapa. haha aku edit sikit bagi nampak macam klasik sikit.

kat bawah tu paya okay. kalau gedebuk nanti berselut habis la kan. so masa nak naik benda tu bukan main hati-hati la. antara diorang, aku paling penakut sebab takot tak boleh imbang badan dan boleh jatuh kan. kalau jatuh, habis la kemachoan aku di hadapan budak- budak. isk isk

lepas tu masa dah naik okayy semua, azizul pergi lompat-lompat pulak =_______= aku asyik grr grrr je kat diorang ni. goyang2 tau benda tu. adoii. lepas tu masa nak keluar tu, aku cakap nak pegang tangan, nanti jatuh! dia kata tak nak, biar akak jatuh =______=

lepas tu baru dia pegang tangan aku. kahkah 

tapi nampak dalam gambar ni aku yang pimpin diorang kan? hik hik aku paling kecut perut sekali masa ni :P

suka sangat gambar ni. nampak kemesraan tu ;)


lepas tu harus la amik gambar itik yang tengah bersantai di waktu petang. amboiii. haha..


seronok tengok itik tergedek-gedek lari. kehkehkeh tapi aku kalau nampak itik, aku lari, itik pun lari. =________=


azizul masa ni, cakap, cepat kak, ambil gambar kat sini pulak! haha suka betol dia. bekas tu tak silap aku pak lang letak telur itik. punya banyak. ngeeee


aku penah naik benda ni dulu. tahun lepas kot. masa nak naik punya la susah. nak turun lagi la, abah yang dukung bawak aku turun. lepas tu aku memang tak nak naik dah. hahaha jenuh la abah aku nak dukung lagi. anak dia kecik xpe! hahaha!

diorang ni kan dua pupu aku. abah dan mama pun dua pupu. kalau aku kawin dengan azizul tu, sama macam abah dengan mama la. dua pupu. heee.

sampai sekarang aku akan cakap rumah tokwan, walaupun tok wan aku dah meninggal dunia lebih 9 tahun dan. rasanya tahun 2003. masa tu aku kat KL. malam tu jugak bila pak lang call cakap tokwan dah tenat, kami anak beranak balik ke kampung dengan bas. rasanya bulan 4. tak ingat tarikhnya.

tok masih ada. tokwan saja yang sudah tiada. rindunya kat arwah tok wan. aku antara cucu kesayangan beliau tau. huhu. :(

dan entry esok pasal aktiviti yang wajib aku buat setiap kali balik ke kampung abah ni. stay tune!

13 comments:

ezy.fia said...

tron 11kg?
erk.. cane diet? nk tiru gak la..
huhu

RIZZNA said...

Asam kerenda? Apakah??
CiM paling teror berlari d titi kayu. Brlari okeyyy....aritu g pndlamn sabah tunjuk skill kt org kg, nganga diorg.hehehe *riak sesaat

Unknown said...

As salam Fatin,

Bagusnye dah turun berat smp 10kg lg.... mesti berusaha keras kan... no pain no gain ye tak? :)))

Seronok akak baca cerita ttg kg ni... Akak ni tumpang kg org je... Kg sendri dah xde sapa... huhuuu...

Tentu arwah tokwan gembira tgk anak2 cucu kesayangan balik kan... Al-Fatihah...

Pssst besarnye bekas telur itik tu... Mesti byk hasilnya tu... Buat telur asin x? :)

NasQ said...

11 kg? wuaaaa! jeles ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sgt suka blik kg..ada bndang..besh3..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

11kg satu amaun yg byk tue huhuhhh

are_lin@yu said...

byK TU FATIN..HEHE..tahniah fatin ;-)

HeNRieTTa JoSe said...

asam kerenda....dah lamer xmam...pokok dah xdew....

kay_are said...

balik kg, time kecik2 dulu best r.. sekarang suma dah besar.. balik kg pun dah takde feel.. hmm

Sarah Mnasir said...

11kg ? hebat.. perghh budu mmg peberet ara jugak.. mau 3 pggn nasik :D

eita said...

asam keranda?
tak pernah dengar pun...
seronok dapat balik kampung kan...

Unknown said...

wah..bestnya..banyaknya turun..sampai 11kg

pet said...

fatin.. dh mcm bwak anak ja :P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER