Sunday, May 27, 2012

REVIEW : SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Assalamualaikum ;)

okay. hari kedua untuk aku review novel. kehkeh semalam novel aku bukan mistress, kedua sebenarnya saya isteri dia, itu novel2 yang terbaru aku beli. lepas ni baru nak cari yang baru pulak. heehh

kan dah banyak kali aku cari sangat novel ni, pergi mesra mall habis stok. memang laku betol la. tebal ke mahal ke dah tak kisah, janji nak baca! hahaha..

balik kulim baru nak cari. tapi tak pergi kulim landmark central pun. aku beli novel ni kat jusco perda masa keluar dengan aya dulu. kat popular.

serbu terus popular sebab nak cari novel ni, cari punya cari, muka agak hampa sebab tak de pun :( last-last ternampak kat ruangan buku yang diorang promote tu. ada satu je. satu!! pandang kiri kanan dulu sebelum ambil. kahkah untunglah ada walaupun satuuuuuuuuu..

harga RM30. ok kan? masa nak bayar cashier tu cakap RM 22.50. aku terkejut. tapi aku bayar je. lepas tu terus pergi rumah kak ida. dah tak belek sangat buku tu, resit pun tak tengok. ingatkan tipu-tipu aje harga RM30 tu sebab aku dapat RM 22.50 je.

balik rumah, tengok resit, oo diskaun 7.50. sebab apa ek? ala lupa dah sebab apa yang dia bagi diskaun tu. tapi ada la sebabnya. haha!

ok jom kita review novel ni! ^__^


SINOPSIS

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
" Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun! " Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?- Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

tajuk : SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA.
harga : RM30 (SM), RM33 (SS)
penulis : zura asyfar
muka surat : 897

ok nak review sikit guna ayat sendiri.

dimulakan dengan babak acad dan kak qira. acad mintak kak qira ajar dia mengaji. dia manja betol dengan kak qira. siap buat pengakuan dia sayangkan kak qira tapi kak qira biasalah, acad tu budak-budak lagi kan. 
firash arshad dan farish adryan ni adik beradik. farish abang, firash adik. farish ni bercinta dengan syaf. syaf tu nama penuh dia syafa aqira. satu hari diorang semua pergi ke parti hari jadi kat rumah raimy. 
si raina (adik raimy) ni jahat! dia masukkan ubat dalam minuman firash sebab dia nak sangat tackle firash tu. lepas tu entah macam mana, terjadilah yang si firash ini rogol si syaf. dua2 tak sedar. syaf pun sama.  kantoi la dengan farish. apa lagi mengamuk habis la farish bila tengok firash dah tido dengan kekasih dia sendiri.
datin farizah (mama farish dan firash) terkejut sangat bila dapat hal tu. dia paksa firash kawin jugak dengan syaf. sebab takot syaf mengandung ke apa kan. farish kecewa sangat2, yela, kekasih dia kena kawin dengan adik dia sendiri. farish masih sayangkan syaf tapi tu la,syaf tetap nak kawin dengan firash.
lepas syaf dan firash kawin, farish pulak accident. dan mati.
lepas tu mama firash bawak balik syaf ke kampung. tapi dia rahsiakan la dari tok wan firash yang mereka dah kawin. tapi lama-lama dia bagitau jugak.
lepas tu............
korang kena baca k. hehehhe aduh tebal betol novel ni untuk aku buat review lebih-lebih!. 
mula-mula tu kan macam keliru sangat nama firash dengan farish. haha nasib baik la farish mati kan. so yang ada firash je, baru tak keliru ;p
macam-macam dugaan mereka hadapii okayy. dan akhir sekali korang akan tau ada kaitan dengan acad dan kak qira yang mula-mula aku cerita tadi. hik hik
ok apa tunggu lagi, jangan lupa dapatkan novel sebenarnya saya isteri dia di pasaran sekali. cari jangan tak cari! dengar kata novel ni laku sungguh. haha! dan aku rasa bertuah sebab dapat beli dengan harga yang sangat berbaloiii. RM22.50 je, rezeki aku ;)
novel ni aku kasi 4.5 bintang dari 5 bintang! ^__^ selamat membaca!


Terima kasih BALQIS!


7 comments:

insta: lea_na_nur_ said...

besh ker??wahh!!nak beli ahhhhh

Unknown said...

bila masa saya jadi suami dia?? hahahaha

HeNRieTTa JoSe said...

best juga cite nieh....masa rietta p jusco perda ritu, byk laginovel nie....xsangka plak cpat jew sold out...

eita said...

sekarang ni dah jarang sanagt baca buku...
tak dapat nak curi masa..

are_lin@yu said...

ayu suka jugak baca novel..dh 2 novel buat ayu nangis..hehe

kay_are said...

aku bace sinopsis style ko sendiri dan aku rase.. damn! sekarang baru aku tau tensen nye sinopsis yang suspen! jalan cite menarik.. kne bace nanti ni.. farish meninggal awal kalau tak mesti segi2 jadi cite ni..

Sarah Mnasir said...

kwn ara peminat novel , t leh suggest kt dia.. hehe

ARTIKEL RAKAN BLOGGER