salam.
berikut adalah panduan2 ketika hidup berjiran. jiran. orang yang sebelah rumah kita. atas rumah kita. bawah rumah kita. depan rumah kita. semuanya jiran. mana ada orang dok kat rumah takde jiran. dok asrama pun ada jiran. tu haa,, bilik sebelah. haha. orang yang takde jiran tu maybe rumah dia kat dalam hutan. tapi berjiran jugak dengan segala macam haiwan. haha!
1. please2. bagi yang hidup kat rumah flat, berek2, kuarters2. (berek dan kuarters sama ke?hehe), jangan sesekali buang makanan atau sampah sarap dari rumah anda ke bawah rumah. ini pernah berlaku dalam hidup aku. maklumlah, dok KL 7tahun. 7tahun hidup kat rumah kuarters dimana kami di rumah bawah, dan ada keluarga di rumah atas. kami tinggal di tengah2, tingkat dua. ada lagi keluarga di tingkat bawah. gunakanlah tong sampah. rumah masing2 ada tong sampah kan?
2. jangan buang puntung rokok atau sisa2nya ke bawah. ni yang mama aku selalu bebel, bangun pagi2, penuh puntung rokok, abu rokok kat beranda rumah. sapa yang tak bengang kan?
3. jangan simbah air dari atas ke bawah. rumah xde sinki ke? kenapa perlu dibuang ke bawah?
aku pernah kenaa! peh, berasap telinga. aku fikir dia tak de otak je.
4. kalau nak sidai baju tu (bagi orang di tingkat atas) tengok2 la jiran2 kat bawah ni. jangan kalau baju2 kat rumah jiran bawah dah kering, yang atas basuh selimut, kasut dll. dah la tak keringkan air, menitik2, adesss.. masalah2. bertolak ansur la sikit. kalau xde washing machine pun, agak2 la kan. dulu masa aku dok rumah teres, kitorang tak penah ada washing machine. sebab xkan pernah nak menitik kena baju org. dok je berek, abah beli satu. senang. untuk spin.
5. jangan basuh lantai kat beranda kalau rumah bawah banyak baju bersidai. haha rumah aku pernah kena. memang mak aku menjerit la kan~ tak kan la dia tak nampak baju bersidai kat bawah. ni buat muka tak bersalah, basuh simen. mama aku mengalah, kutip la baju2 kat luar.
6. jangan melompat2 macam anak ungka semasa berada di rumah, bukan apa, mengganggu orang bawah, abah aku pernah pesan kat aku masa mula2 pindah kuarters, (masa itu umo aku 14tahun), jangan melompat, menghentak2 kaki sampai mengganggu orang bawah. yela, kalau rumah tu ada bayi. cuba fikirkan.
7. jangan nak melalak2, berkaraoke pukul 2,3 pagi. kalau tutup pintu tak apa gak, ni bukak tingkap, pintu. semuanya bukak. nak orang dengar kot. adesss..org nak tido pun tak senang.
8. nak bela ayam tu boleh. ayam atau apa2 macam haiwan, tapi kawal la dia. jangan lepas2 macam tu je, ni tak, dah bela ayam, datang jenguk nak bagi makan je. pastu tak ambil peduli. ayam berak sana sini, cakar kereta.
9. jangan bergado dengan jiran hanya kerana anak. kalau anak tu tengah tendang2 pasu bunga kita, dok main baling batu, mesti la kita tegur. masalahnya kalau cermin pecah ke apa ke, bukan diorang nak ganti pun. ni tak, kalau anak mengadu sikit, bawak parang or nak bagi penampar kat orang yang tegur anak kita tu~ macam takde otak
10. jangan menjerit2 kat luar untuk menarik perhatian. sangatlah tidak sopan. nampak je jiran tgh cuci kereta, menjerit2 marah anak2 main kat luar. tak ke terkejut jiran kita tu. boleh bagi negative thinking woo..
11. jangan menjaja2 tentang kisah rumah tangga jiran. kononnya jiran ni beli tv baru, dah menjaja dah kat jiran lain, jiran tu beli tv baruuuuu~ termasuk jugak, keburukan jiran. contohnya dia tahu anak jiran tu mengandung anak luar nikah, jangan pulak menjaja2 cerita tu kat semua jiran tetangga, tak ke memalukan namanya tu. boleh jadi patah balik kat kita.
12. jangan masam muka kalau nampak jiran lalu. ni tak, kalau dah dengar cerita orang lain yang jiran tu naik pangkat, mulalah dah tak bertegur sapa. sebab kan jiran tu naik pangkat je pun. kononnya, tak sama taraf~~ adoii
13. jangan memerli2. sebelum tu ada bagi jiran tu masakan asam pedas kita, dalam dua tiga hari tu, dia tak pulangkan balik pinggan atau mangkuk, nampak je jiran tu, perli2, *aiii..pinggan nak buat pekasam ke??* sangatlah tidak sopan. jaga bahasa2 anda.
14. jangan menunjuk2 barang2 yang baru kita beli. ni tak, sanggup pergi ke rumah jiran, pakai banyak2 barang kemas, nak menunjukkan, ni suami kita belikan, harga rm8000 cik oii.. bertuah kan i~ eii..please la, macam la orang lain tak mampu beli, cuma xmenunjuk2 je..
15. kalau jual barang tu, jangan paksa2 suruh jiran beli. dah dia kata dia tak de duit, atau suami tak bagi, sudah la, jangan la pulak asyik ulang alik pergi ke rumah jiran, dok bertanyakan pasal produk tu la ini la, isk2~
16. jangan hempuk2 pintu kalau nampak jiran nak keluar! yess,, ni pernah terjadi. sungguh kurang ajar,. nak menunjuk kot pintu dia kukuh, tak roboh. haha kalau nak kata mak bapak tak ajar, ni mak cikgu. adoiii.. jangan menunjukkan seolah2 anda tidak ada pendidikan langsung. kalau tak suka pun, tak perlu nak hempuk2 pintu.
17. jangan terlalu membangga2kan anak sendiri dan memburuk-burukkan anak orang lain. kecik hati jiran. tau la anak dia pandai, pointer 3 je. buatnya anak kena tendang universiti atas sebab2 salah laku, sapa yang malu??
18. ni berlaku time raya. bila aku dok KL, aku terkejut dengan cara2 anak2 orang kat situ beraya. kalau kat Kulim, selalu orang beraya, dengan mak ayah, kalau kawan2 pun, mesti masuk makan dulu, ni tak, kami baru je sampai kat rumah, belum lagi bukak pintu, dah datang.. *makcik, nak raya.* adess.. pastu dah malam tu xdapat duit raya, sok datang lagi.. *makcik kami nak datang beraya*. bila mak aku kata masuk lah, makan dulu. diorang kata *tak ape la makcik, kami nak kenyang, nak duit raya je*.. hahahah aku terkejut...fuyooo!! seperti paksaan. bila tanya kat jiran2 kat situ, diorang kata *biasalah, selagi setiap orang tak bagi duit raya selagi sebulan tak abis raya, diorang akan datang ulang alik rumah tu*. sungguh tidak sopan. salah sapa?
setakat itu je la yang aku dapat fikir. 18 panduan supaya tak nak dibenci oleh jiran. ni semua hasil nukilan aku sendiri, berdasarkan pengalaman aku hidup berjiran. masa kat rumah kat kulim, jiran kat situ dulu2 ramai India dan Cina. Melayu tak ramai. aku lebih selesa berjiran dengan India dan Cina sebab diorang tak kacau orang, kalau kita sendiri baik dengan diorang, tak ganggu rumahtangga diorang, macam tu la diorang. sebab tu aku tak suka ejek2 budak2 India panggil Keling atau perkataan yang tak elok sebab dari dulu aku dah biasa kawan dengan india dan cina.
ingat lagi satu peristiwa, masa aku kat KL, ada jiran tu kata *kami tak lalu makan makanan Keling. eiii.. kotor.. tak jaga kebersihan*. mak aku fikir, tak kan diorang (India) nak bagi kita makan makanan kotor macam taik ke. kan3. tak kan diorang makan taik kot. cuba lah fikir~ tak semua india dan cina tu jahat. tak semuanya pengotor. kalau kita pun jahat, buat macam2 kat jiran kita, langsung tak senyum, pandang dengan muka menyampah, geli la apa la, macam tu la diorang akan buat.
dan paling best masa aku dok kulim, kalau time raya deepavali atau gong xi fa cai, mesti abah aku akan bawak aku jalan2 kat rumah kawan2 dia. mesti aku dapat banyak duit raya. haha mestii~ macam aku raya 3x setahun pulak. haha abah aku ramai kawan2 india dan cina, dulu masa open house kat rumah aku, ramai orang cina yang datang. siap bagi duit raya. hehe. kalau kita buat baik dengan orang, mesti balasan baik kita akan dapat kan???
ok. cukup la setakat ini saja. semoga panduan tu dapat membuat kita semua semakin matang dan berfikiran lebih baik. jangan berfikiran sempit. kalau ada salah dan silap, mohon dimaafkan. ni hasil aku sendiri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. sekian..
wasalam.
11 comments:
wahhh..byknya panduan...sgtlah berguna..walaupun tertumpu pada perumahan macam rumah flat je..tp sgt bguna..sbb sy tgl kat asrama bertingkat....:)..yg pnduan num 4 tu slalu terjadi..huhuhu
pergh...nice info n mantap!!1 eheheh....saye dok kat flat 17 tingkat...memang hangin ar kalo ader orang buang sampah kat tepi lif atau dekat tanggah...rumah aku pown berbilang kaum gak,35% jerk melayu...len2 cina n india yg same banyak..ehehehe...tp aku bru pindah 3 thn..xder member cina n india..
panduan ni sesuaiutk yg stay hostel lbh dr 1 tgkt ;)
Salam, fatin. Panduan no 6 tu memang wajib lebih2 lagi klu dah dah anak dan duduk first floor ke atas. Suami kak dpt quarters kat tempat kerja dia, pengalaman2 fatin memang real..
...hidup berpangsa. mcam tu la kn. bukan smua org nak pk hal org len.
yg num 11 tu x kire la duk mne skli pon, kalo dah kaki mengate org,kt mne2 pun prngai ttp same..
nice info.. :D hhheheheehe kekadang jiran ne mmg macam tak leh pikir.. saya pun ada alai masalah mcm puntung rokok n kertas n plastik gegula.. satu kerja plak kiter nak ngemas beranda sendrik... bukan kiter yg kotorkan plak tuh... hehehe
Bleh wat rujukan ni...nice post.
betul 3x :P
disebabkan jirang yg x bertimbang rasa jgk kami sanggup pindah rumah tahun ni :( parah punyer jiran!!!
tapi klu jiran tuh mmang da sombong tahap cipann . caner ? hee~ =D
thanx pada atif, nas,nana, kak imun, zhoprenla, fara, mimie, awe, pesona, dan qiella sebab komen post ni..manusia xterlepas dr melakukan kesilapan tapi tak salah kalau kita perbaiki diri kita utk kepentingan bersama. hormati jiran anda :)
Post a Comment