Friday, June 4, 2010

PERBETULKAN BEBERAPA SPEKULASI..

salam..

post ini ditulis bertujuan utk memperbetulkan beberapa spekulasi yg melanda kehidupan aku. mungkin aku tak pernah cakap kot pasal ni. haha tapi xpela, tetiba rasa nak cakap pulak..

apa itu spekulasi? err.. aku rasa buat andaian yg tak betol kot. haha aku malas pulak nak google makna spekulasii.. hehe

ok, 1st, ayat : fatin dah sombong bila ada boifren~

adeh.. sgt2 menusuk kalbu aku dgn ayat tu.. haha serius, aku sombong ke? ok, aku mengaku aku dah jarang2 msj dgn kwn2 baik, jarang calling2, tapi tak bermaksud aku sombong. dah lupa kawan2 sendiri. aku selalu ja aktif kat facebook, kat formspring. lagipun aku kat umah, income xde langsung, harapkan mama atau  yang topupkan..wuuu~  selalu pesan, jangan tinggalkan kawan2 demi dia. maksudnya, walau aku ada dia, aku tak perlu nak tinggalkan kawan2 aku sebab nak tumpukan pada dia ja. aku jugak ada kawan2, dia pun ada jugak. kawan2 memang penting. sapa cakap tak penting. bila gado dgn i, kwn2 aku jugak aku msj, haha tak kan la nak msj dgn buah hati yg lain kott.. haha.. dan pahamlah,  tak pernah halang aku dari kawan dgn sapa2. cuma kena ingat batas la kan. jangan menggedik2 sudahh.. jangan panggil2 syg kat kekasih org..kan3? dan aku tetap ingat semua kawan2 aku...


2nd ayat,, ala fatin..semua lelaki sama je.. tak setia, penipu, kaki pmpuan..blablabla..

kenapa tak macam tu? kenapa dia lain dari yg lain? kenapa dia tak sama seperti apa yang org lain katakan? serius, bila aku kenal dia, aku berjaya buktikan semua lelaki tak sama. tak semua lelaki dalam dunia ni perangai macam tu, kaki pmpuan, penipu, tak setia, gila sex, apa lagi.macam2 kan. yang ada cuma segelintir, yang xde didikan agama, yang tak cukup kasih sayang atau mungkin yang berubah jadi mcm tu kerana perempuan. sapa tahu kan? cuma kita la, jangan tersalah pilih,. kalau tahu dia penipu, tinggalkan. ramai lelaki lagi dalam dunia ini. kenapa mesti terkejar2 lelaki yang tak berguna tu? pengajaran buat aku juga sebenarnya, dulu aku terkejar2 lelaki yang sememangnya tak layak pun ada dalam hidup aku... dan sekarang aku dah jumpa lelaki yang perfect! yang boleh jaga aku,. dan aku sgt2 bersyukur.. insyallah, masa masih muda. kita akan jumpa jugak lelaki yang sempurna. cuma tak tau bila.. :)


3rd.. baguih la hang fatin.. jadi anak tunggal, apa hang nak mesti dapat..

dulu aku selalu dapat ayat ni. aku penah kata kat mama aku, *mama, kalau orang kata macam ni, cheq nak penampar dia sekali boleh tak?* sebab mama dan abah aku tak pernah turut pun apa permintaan aku. dulu masa kecik2, memberontak juga la, tambah2 masa nak meningkat remaja, nak hp tak bagi, nak pakai seksi2 tak boleh, nak keluar dgn kawan2 round2 KL tak boleh, nak balik malam xboleh, nak keluar senyap2 tak boleh, nak kerja part time tak boleh, apa saja tak boleh.. tapi sekarang, bila aku fikir2 balik, bagus juga apa mama abah aku buat. sebab, kalau dari dulu, mama abah aku tak halang aku nak keluar, tak halang aku nak lepak, tak halang aku nak keluar dgn jantan2 yang baru aku kenal, mesti sekarang aku dah jadi bohsia, bohjan,.,err, mesti skrg dah jadi kaki clubbing, merempat dan merempit bersama2 mat rempit,. mungkin dah kena jual kat siam. mungkin dah hidup sorang2, mungkin dah ada anak pinak yang hasil luar nikah. mungkin dah tak sambung belajar. auwww.. ngeri bila fikir balik..huhu..

No comments:

ARTIKEL RAKAN BLOGGER