Tuesday, June 15, 2010

RAHSIA AYAT TERSIRAT WANITA


salam.

berikut adalah beberapa ayat tersirat yang selalu digunakan oleh wanita. tapi tak semuanya begini. tapi majoriti..:P

Kalau wanita bertanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? Aku ke, budak perempuan tu?

Kalau wanita bertanya: Awak dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

Kalau wanita berkata: Lawa-lawa la baju kat sini...
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk aku.

Kalau wanita berkata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolongla picit kepala.

Kalau wanita berkata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali.

Kalau wanita berkata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke?!

Kalau wanita berkata: Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami …bla bla bla...
Makna tersembunyi: Minat sesangat kat awak la... Rasa macam nak jadi awek awak je.

Kalau wanita bertanya: Awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau wanita berkata: Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, korang dua ekor yang seronok.

Kalau wanita berkata: Saya tak kisah kalau memang betul awak nak kahwin lagi satu. Asalkan awak berterus-terang dengansaya, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


aku sebagai wanita sgt setuju ayat yang terakhir tu pasal kawin lagi satu..hehehe

4 comments:

Dr.noProblem said...

entri yg bagus cuma awk setuju ayat terakhir tu jer yg tibe2 jd x bagus lak :)

F~CiCAk said...

hahaha

NOOR FATIN said...

dr no problem; thanx. oo..hehhe ok2, akan diperbaiki :) thanx k

faiq: errr

Atif Hafiz said...

fuhhh..mcm tu rupanye....stiap kata2 perempuan ada maksud tersirat..bahaya tu...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER