Saturday, November 26, 2011

SAPA PEREMPUAN MISTERI TU??

salam..

beberapa hari sebelum hari raya haji *cerita ni dah lama,*, masa tu stok kasut pun dah sampai. punyalah banyak sampai berhari-hari buat baru nak settle.

sambil tengah susun kasut, ada seorang pelanggan masuk kedai. masa tu tinggal aku dan Lee aje. rasanya dalam pukul 11 pagi kot. pelanggan wanita yang boleh dipanggil makcik, nampak tua lagi la dari mak aku, berbadan besar, rendah dan bertudung labuh.

dia mintak aku berikan dia kasut BATA. tapi malangnya kasut saiz 9 pun dia tak muat, katanya kakinya besar, tak apa la, dia tak boleh la ambil.

lepas tu dia mulakan perbualan. tanya nama aku, umur, tinggal mana, dan macam2 la. sebagai seorang gadis yang muda, dapat pulak pelanggan yang agak tua, tak jadi masalah la aku nak layan sebab anggap dia macam mak-mak kita je la kan.

sambil borak2, dia pegang tangan aku, dia cakap ' awak ni cantik lagi la, muda lagi'. aku tersengih2 je la. lepas tu dia kata dia nak offer aku buat kerja part time.

aku pun mesti la nak tau kerja apa, dia kata nanti dia bagitau, yang penting lumayan dan insyallah boleh menampung hidup, sampaikan ada doktor atau peguam pun buat kerja part time tu. ada yang sanggup berhenti kerja untuk buat kerja tu sebagai full time.

pehh aku ni punyalah dok fikir kerja apa la kan, berkali-kali aku tanya, dan jawapan dia ' nanti kita bincang lain'.

tapi aku mula rasa gelisah sebab dia dok tanya pulak, mak kerja apa, ayah kerja apa, kat mana, gaji berapa, agak2 cukup tak nak makan sebulan. pehhhhh berapi jugak la. aku jawab je, 'ntah, saya tak tau, abah tak pernah bagitau pun'. aku rasa tak perlu makcik tu ambil tau semua tu. dia tak bagitau pun dia umur berapa tapi dia kata dia tua lagi pada mama. mama umur 46.

dia kata kerja part time ni dia buat dah lama, untuk menampung hidup, alhamdulillah, dah stabil dah dari segi kewangan, dia kata juga dia kerja kat hospital, aku tanya ' sebagai nurse ke?' dia terus ubah topik lain. haaa~

aku ni kan lenguh mulut dah tanya kerja apa yang dia nak bagi tu, tetap dia tak nak bagitau, rahsia la apa la, nak ajak aku buat part time tapi berahsia. apa kes nya ni. aihh. tetiba ada customer datang, yang lee pun tak la tegur ke apa sebab dia ingatkan kawan aku sebab mak cik ramah terlebih.

dia mintak num fon aku, nanti dia akan contact balik untuk bincang pasal kerja part time, aku ni kan dalam kepala otak dok fikir patut ke aku kasi num aku kat dia, entah sapa2 la mak cik, last2 aku tulis num maxis aku, aku jarang sangat guna hp maxis. guna utk sms dengan jierah je. tu pun jarang sangat la, tak peduli sangat pun hp tu sebab aku lebih suka guna celcom.

lepas bagi num tu kat dia, dia kata dia nak balik dah, rumah dia kat lunas, dia datang pasar tadi, tu datang jumpa aku.

sebelum dia balik, dia hulurkan tangan dia kat aku. aku pun salam aje la, yela anggap orang tua kan, kena la hormat, dan secara tiba2, dia tarik badan aku, peluk aku, cium pipi aku kiri kanan kiri kanan, HEH??!

berkerut sudah muka aku ha. hahaha tak penah2 orang yang aku tak kenal tetiba cium aku. sebelum dia keluar dia kata, ' kerja part time tu, macam ni la, hubungan kita akan rapat macam ni selalu'. aku sengih2 je la~

aku terus kol mama aku, suruh dia tengok hp maxis, kot2 dia kol. aku tak bawak pun hp maxis pergi kerja.

seminggu lepas tu dia asyik kol aku, berpuluh2 miskol, sebelum tido, aku mesej dia, num tak kenal, heran jugak, kawan2 aku semua tau aku pakai celcom.

aku sms dia

aku : sapa ni?

dia : ni ibu la..


pehh sapa pulak dah ibu ni? hahaha pukul 12 lebih pulak tu.. mama aku terus tak bagi balas, sampai ke sudah aku tak balas la.. dua hari lepas tu dia kol lagi, sms lagi..

' awak kat mana ni, cepatlah, ibu tunggu kat pentas ni'

pentas mana pulak dah? hahaha gilak! dia kol, aku tak jawab.

lepas tu dah bermacam2 num aku terima yang kol. lain2 num.. pelik betol aku. seram dowh.

mak aku memang tak bagi layan dah. tak bagi jawab kol ke apa, risau jugak. dia tu sapa? tetiba lepas borak2 nak salam dan cium pipi bertubi2, gila ke apa? dah tu nak tawarkan kerja pulak, lepas tu nak berahsia pulak tak nak bagitau pasal kerja??! kalau kerja elok, gaji lumayan, apa salahnya bagitau kan..

hingga ke hari ni, num yang aku tak kenal tetap kacau aku macam biasa, dan macam biasa jugak la, aku buat derrkkk aje bila ada kol masuk~ lalala..

persoalannya, sapa perempuan misteri tu? eh makcik. kerja apa yang dia nak tawarkan tu? part time tapi gaji lumayan, puji aku cantik la, muda lagi la, tapi rahsia?? aih.

aku mudah sangat percaya kat orang, mudah gila bagi orang lain pegang dan peluk aku. gila! aku selalu berharap makcik tu tak datang kedai aku lagi~

9 comments:

susulemakmanis said...

grrrr..takut...huhu

alien said...

itu dia kau~
bahaya weh

zOeY zAu YaH said...

eh takutnya..hati2..kang dia pi cari lagi naya ja..

Balqis Riza said...

bahaya la fatin..ntah2 masa dia salam peluk ko tu ada pape dia lekat kat ko..jgn mudah sgt percaya kat org skg ni..bkn jahat, tp kita kena jg diri kita..

Ezy Chiaki said...

fuuhhh seram..
tkot jgk kalo saye plak terjumpe ngn macik ni..
tkot2

roziahojijie said...

lain kali hati2 kak . skg ni byk kes pukau je ..

farahadilah said...

adoi! cam pyco ja makcik tue atin! bahaya.... kerja yang dia cakap cm pelik ja... mana da kerja cepat jadik kaya... partime pulak tue!!! atin jaga diri... farah ase cam dia xbrapa betoi la....

Nelly The Strange said...

erk ? ngeri lak baca . hati2 ya !
:)

Gen2Merah said...

wahhh, hati2.. kang kena jual nanti nayaaaaa...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER