Tuesday, November 15, 2011

'AKU TUMBUK MUKA HANG SATGI, HANCUR TERUS!!'

salam..

ini adalah kisah sebenar-benarnya yang terjadi di depan mata aku..

semalam kan ada satu customer ni masuk kedai. belek-belek kasut. sepasang suara isteri, mungkin umur dia 29 tahun kot, lebih kurang la. dia bawak seorang anak perempuan. kecik lagi. aku rasa mungkin umur dia dalam lingkungan 3,4 tahun..

si ibu pun jalan la masuk ke kedai, nak ke rak kasut wanita, tetiba si anak merengek..

' makk, nak kasuttttt, nak kasuttttttt...' *sambil kejar2 mak dia*

si ibu toleh dan berkata

' ish budak ni, aku terajang baru tau!'

si anak tadi berkata lagi..

'makkk, nak kasutt, nak kasutttttttt..'

si ibu berkata

' hang pi dok ayah hang tuuu! piiiiiii!' *ayah dia ada kat belakang si anak tu*

si anak berkata lagi..

'nak kasutttttttt nak kasuttttttt..'

lalu si ibu berkata..


*sambil pandang dan buat muka macam ni*

' aku tumbuk muka hang satgi kot, hancur terus!!' *sambil terjerit-jerit*


astaghfirullalazim. berderau darah aku. tersentap gila. si anak tu kecik lagi. baru 3,4 tahun. kenapa la perlu cakap macam tu.. aih.. dia tak beli kasut pun. bengang kot.

haiwan pun sayangkan anak.. *kesimpulan

15 comments:

Kumbang Jingga said...

eeee ape lah mak dia ckp mcm tu..mak dia dtg bulan kot..tu yg mooody tu hehehe

roziahojijie said...

ishhh . teruknya . sampai la hati ibu dye ckp mcm tu kt anak dye ..

sUe UnniE;) said...

rock nyer mak dia..hahah

Gen2Merah said...

iya lah.... kalau tak nak beli pun pujuklah dengan kata2 yang sedap didengar oleh si anak... takda duit ke, lain kali ke...

ini tak terus nak mengancam anak2 kecil itu.. kanak2 boleh terkesan dengan kata2 herdik macam tu

SAYA BUKAN SAMDOL said...

ok ganas gila parents budak tu. jgn salahkan anak kalau anak dia buat the same thing

Tukang Karut said...

mak aih! garang gila...

aman_arab said...

MashaAllah...sangat tak senonoh betoi mak budak tu...dengan anak sendiri pun nak berkira...siap sanggup cakap kata kesat kat nak sendiri...kalau di kawasan awam pun dia boleh cakap lagu tu..agak-agak kalau kat rumah macam mana la nasib budak tu..ishk..nauzubillah!

Tauke Budu said...

ish3..mak jenis ape tu?
kot ye un nak marah tak payah nak guna bahasa kasar macam tu..husband dia tak kata ape ke?
dayus betul

Nyamuk Terbang said...

tudia garang nya

#ciksuzlin said...

cengei nak mampuih!

budak penjara said...

cam bawang putih bawang merah la plak marah2 ank..ank tiri ke ape..hehe

EpoLღKekunangpelangi said...

Kadang anak degil sangat pun, sebab baka mak ayah jugak. kan? ;p

Azie Azman said...

eh..ade jugak manusia macam tu?
habis suami die tak cakap pape ke?

ee..baik takyah beranak macam tu..
kesiannya..huhu

wan nurul hezrina said...

TAK SETUJU NGAN MAK DIERNIH..aper punyas mak.diplomasilh cket ngan anak.

rozeeta rashid said...

amboi sebab kasut nak terajang tumbuk anak. buruk perangai. depan2 orang boleh marah anak macam tu, kat rumah macam mana la agaknya. kesian budak tu.

ARTIKEL RAKAN BLOGGER