Monday, November 21, 2011

HARI2 BERSAMA DIA :)

salam..

dari kecik2 lagi, abah dan mama selalu ada kawan yang berlainan bangsa dan agama. cina dan india. paling banyak cina la. lagipun jiran kitorang ramai cina dan india. melayu ada memang ramai tapi ramai yang suka melepak sambil buat ketupat. kahkah biasalah tu~

kerja buat kali pertama di tat nasi ayam kulim, semuanya melayu! semuanya. tak de langsung yang berlainan agama dan bangsa. kerja kali kedua di kedai kasut di kulim, aku sorang je melayu. aku je. haha..

ada 4 orang staff. dulu aku sorang melayu, sorang cina, dua orang india. sorang india dah berhenti, masuk staff baru, cina. baru umur 16 tahun. aku tak nak cerita pasal dia kat sini sebab aku akan terlebih emo gila macam hari2 aku emo dalam kedai. hahaha..

kitorang kerja part time, dia kerja full time, di kedai tu dia la ketua, tapi dia kata dia bukan ketua, dia cuma pembantu supervisor tapi supervisor amatlah jarang datang melawat ke kedai makanya aku anggap dia la ketua sebab kat sini dia handle semua.

dari kemasukan pekerja, uruskan duit, bank in, bayar itu ini, pastikan semua staff buat kerja, pastikan kedai selalu bersih, dia juga berurusan dengan sesiapa yang ada urusan dengan kedai. yeah. dia diberi tanggungjawab untuk handle kedai yang aku kerja ni. dia jugak la yang ambil aku kerja dulu. ahaks.

nama dia lee, umur 19 tahun :)


gambar ni diambil sebelum kitorang pergi fun fair. oh ya, kat kulim ada fun fair tau? punyalah tak best bagi aku yang dah berumur 22 tahun ni. mungkin faktor usia buat aku rasa tak best. hahaha budak2 rasa la best. aku pergi fun fair dengan dia, dan mak aku dan mak dia. jalan2 sampai sakit kaki dengan tanahnya lembik sebab hujan. kahkah..

aku suka kawan dengan dia. boleh kata dia la kawan aku yang paling rapat ketika ini. kawan kehidupan la. hehe selalu berjumpa, boleh kata setiap hari contact, sms selalu, call selalu, aku tak datang kerja pun dia mesti akan sms cerita apa yang berlaku pada hari tu. kui3~

kekadang aku rasa pelik, kenapa dia mudah sangat2 percayakan aku. beberapa hari lepas aku kerja dia dah bagi aku jaga kaunter, tulis bil, 2 minggu lepas tu aku dah pandai guna komputer untuk terima duit jualan, lepas lepas tu dia selalu cuti dan aku la yang mengganti tempatnya. hehe

dia selalu bersama dengan aku walaupun aku tengah emo, rasa nak marah je, rasa nak nangis je. mana tak nya, staff lain, suka gayut, sampaikan kena marah dengan customer ramai sangat dah, masih dengan calling2nya sampai la sekarang. yang lagi sorang, suka berpura2 depan dia. oo time aku jaga kedai, amboii asyik dengan hpnya sampai langsung tak layan customer. aku marah ni. marah. sebab gaji sama weh. kalau gaji aku lebih dari diorang aku tak kisah, ni sama jugak. dah la suka datang lambat, dah tu pergi rehat 3 jam. sepatutnya hanya 2 jam. macam mana lagi aku nak sabar kalau time aku je jaga, time lee cuti, dia buat perangai?

babun pun boleh naik darah woi!

tapi kalau lee ada, belum sempat customer jalan nak ke rak kasut, dia dah mengekori dari belakang dah. pandai gila berpura-pura. memang aku langsung tak tegur dia dah la. hahaha meluat. lee tau, lee selalu marah dia jugak, pesan kat dia datang awal, awal tapi dia tetap datang lambat, dia memang jenis tak makan sama punya budak. aih

lee langsung tak kedekut, apa saja yang dia beli, dia mesti bagi kat aku. sampaikan aku rasa segan. aku tak la banyak duit macam dia, nak belanja dia macam-macam tapi dia langsung tak pernah berkira.. susah kot nak jumpa kawan kehidupan yang tak reti berkira dengan kawan-kawan.

hari tu sebabkan aku rasa marah sangat dengan staff yang lain, aku cakap kat dia, hujung bulan ni aku nak berhenti, dia tak bagi., sapa nak jaga kedai kalau bukan aku. dia cuma percayakan aku. aku kena cari orang yang betol2 perangai macam aku, yang boleh handle kedai macam dia, mana aku nak cari?? T___T dapat staff baru pun menyakitkan hati. lebih baik tak de.

entahlah, dalam dilema. kesiankan dia, tapi rasa sakit hati dengan staff tu. :(

bulan depan dia dapat cuti 12 hari. cuti tahunan. kitorang je tak de, dia kan keja full time, ada la. makanya 12 hari tu la aku nak menghadap kerenah staff tu. arghhh!!

lee selalu nasihatkan aku, sabar lah. sabar la. sabar la. :(

sebabkan dia, aku masih di sini. kalau dia tak de, dah lama aku cabut, kahkahkah..

thanks for being my lovely friend darling. sedap tak apam polkadot tadi? hik hik

selalu kitorang gurau pasal duit jualan, kalau time dia jaga dapat sikit, time aku jaga dapat banyak,, aku akan cakap, ' tu la, u tak comel macam i, tengokkk, sebab i comel, ramai beli hari ni' hahahahaha sama2 kitorang gelak :)

nak kawan dengan dia sampai bila2 ;D

5 comments:

Woofer Storm said...

bagus kan kalau ada kawan baik selalu dekat ngan kita,ermmm

chiLleD...!! said...

wah..dpt kprcyaan tuu..hehe

xrgi brkwn..

MamaEma said...

susah nak cari SAHABAT sekrang ni

sahromnasrudin said...

cayalah...baru namanya 1Malaysia kan

merahitujambu said...

nk kawan gak..=_=

ARTIKEL RAKAN BLOGGER