Sunday, November 13, 2011

SAIZ 5 UNTUK LELAKI, SAIZ 9 UNTUK PEREMPUAN

salam..

bila dah 2bulan aku kerja kat kedai kasut ni, macam2 kerenah dan perangai orang aku dah jumpa. kehkeh semuanya bermacam2 ragam. berbeza ragam. biasalah, nama pun manusia.

kali ni aku nak berkongsi cerita pasal saiz kasut. aku seronok tengok kaki orang ni. setiap kali orang nak try kasut ke selipar ke sandal ke aku suka sungguh tengok.. ada yang merungut longgar sangat la, ada yang merungut ketat sangat la, ada yang berjalan2 sambil pakai kasut seluruh kedai la, macam2. hik hik

tapi paling payah cari kasut saiz 5 untuk lelaki. ada, bukan tak da, tapi bukan semua jenis kasut mempunyai saiz 5. selipar kebanyakannya saiz 6 sehingga saiz 11. ada jugak yang saiz 5 tapi untuk budak2 remaja la. kalau untuk dewasa, paling kecil pun saiz 6. hee..

kast bola, kasut sukan, safety boot la apa saja lagi la, saiz 7 paling kecil!! tapi serius kalau kasut sukan, cantik2 woo kasut lelaki. tapi saiz kecil tak da. saiz 7 besar sangat kot bagi aku..

teringat aku ada sorang pakcik nak cari selipar saiz 5. dia tunjukkan pattern getah, tak de langsung saiz 5, yang ada saiz 6. memang tak pernah ada aku rasa. hehe tu pun besar, dia tak boleh pakai. pattern2 lain pun dia try tapi semua besar2. bagi yang selipar yang biasa remaja pakai, dia kata dia bukan remaja lagi, hee last2 tak beli la, nak buat macam mana..


kesimpulannya, lelaki berkaki saiz 5 susah nak cari saiz kasut. hik hik :P


berbeza pula dengan yang perempuan, saiz 9 pulak susah nak dapat. ekekek. berlambak2 pelanggan yang kakinya punya la panjang, dan kebanyakan memang mencari kasut saiz 9. sandal ke selipar ke susah nak ada. kalau datang stok pun mungkin 2,3 pasang. saiz 5,6,7 yang paling banyak. saiz 8 pun tak la banyak mana. saiz 9 lagi la payah nak jumpa.


kebanyakan perempuan berbadan besar kaki diorang saiz 9. aku pelik jugak, aku pun berbadan besar tapi kaki aku saiz 5 je. paling senang nak pilih kasut. kahkah.. diorang saiz 9.. huuu.. sampaikan ada sorang pelanggan kata, dia susah nak cari kasut sebab kaki besar dan panjang. mana je dia nampak ada tersesat saiz 9, dia amik aje dan tak memilih sebab kalau berkenan dengan satu2 jenis kasut, tak de saiz pulak. kui3.. sampai macam tu.. hee..

kesimpulannya, perempuan berkaki saiz 9 susah nak cari kasut. hik hik :P



begitulah kesimpulan serba sedikit pengalaman yang aku dapat sepanjang 2 bulan bekerja di kedai kasut. hee..

kaki korang saiz apa erk? hik3

5 comments:

#ciksuzlin said...

amboi~~jadi pakar kasut sekrg.

#ciksuzlin said...

amboi~~jadi pakar kasut sekrg.

budak penjara said...

nk kasut kiki lala saiz 9 utk org dewasa de tak??hehe

wan nurul hezrina said...

mummy badan besar tapi kaki kecik jo.saiz 4 bleh sarung=)percaya tak.hehe

merahitujambu said...

betul laa..sy saiz lapan..=_=

ARTIKEL RAKAN BLOGGER