Sunday, November 6, 2011

RAYA TAK BERMAKNA TANPA...

salam..

ketika aku menaip entry ini, aku rasa sebak sangat dengar takbir raya. maklumlah, selama 22 tahun hidup di bumi ini, selama 23 tahun mama dan abah berumahtangga ini kali pertama kami anak beranak tak beraya bersama :(

kami di kulim, abah di kemaman. abah tak dapat cuti nak balik raya. kena kerja. sedihnya :((((( last abah balik masa aku konvo hari tu. lepas tu tak ada cuti dah. tak tau bila nak dapat cuti pulak :((((

tadi aku hantar mms gambar mama kat abah, lepas tu abah antar mms gambar dia kat kami pula, lepas tu aku hantar mms gambar aku pulak kat dia.. huuu sedihnya rasa.. mama aku lagi la rasa sebak :(

sekarang kami di kampung, area butterworth. beraya rumah tok.ada maklong dan mak ngah. itu saja. kami berlima beraya bersama. dah siap dah ketupat, rendang semuanya...

kitorang balik kampung naik teksi. kalau ikutkan dari kulim ke kampung area bagan ajam, RM60 sehala. tapi pakcik teksi tu amik RM45 je. memang terkejut jugak la. mahal la kan. nak balik naik bas, tak berani sebab tak penah lagi balik naik bas.. huhu..

tapi tu la, bila abah tak da dengan kami, baru la kami kenal siapa saudara mara yang layak sebenarnya2 dapat title saudara mara itu, sapa jiran2 yang layak dapat title jiran tu, sapa dia yang ambil berat tentang kami, sapa yang menjauhkan diri dari kami bila abah tak da.. masa ni la baru terbongkar segalanya.. manusia yang selama ni hanya berpura2 bila abah ada.. bila abah tak da, kami pun tak dipandang sudah~

tak apa, bukan diorang yang selama ni bagi kami makan, kami makan ke tak makan ke, ada diorang peduli??

kaya.. selama mana nak kaya, seumur hidup.. sekali Allah tarik rezeki kerana bongkak dan ego akibat kekayaan.. baru diorang tau :)

mama kata biar kita hidup kebuluran tak makan asalkan kita tak mintak sesen pun dari mereka :)

apa2 pun selamat menyambut hari raya aidiladha. raya kali ni rasa sepi sebab tak de abah.. urm..


6 comments:

cIk cUmIe said...

manusia mmg byk yg hipokrit.
sabar ye..anyway..selamat hari raya aidil adha.
abah cik fatin sdg berkorban la tu..
family cik fatin pn sdg berkorban :)

Azzah said...

sabar ek..salam Aidiladha

Gen2Merah said...

bila kejauhan, barulah kita rindu kan..

Salam aidil adha ye.. semoga kita berkorban di jalan yang di redhai Nya..

| cik azeya | said...

selamat ari raye fatin.




jgn sedih sedih, =P

Tukang Karut said...

selamat hari raya...

gurlzz didie said...

jgn sedih2 ek..
kte sama2 xdpt braye ngan family..

slamat hari raya korban..^_^

ARTIKEL RAKAN BLOGGER