Saturday, November 19, 2011

AKU BUKAN TOMBOY TIDAK MENGECEWAKAN, TAHNIAH SYAMSUL YUSOF DAN SKOP PRODUCTIONS :)

salam..

18/11. aku kan cuti. tak kerja. disebabkan beberapa lepas aku tengok trailer filem aku bukan tomboy kat youtube, aku ajak mama aku pergi tengok wayang filem ni kat kulim landmark central.. filem ni ditayangkan pada 17/11/2011. dan aku tengok pada hari kedua tayangan. wehuuu~


tengok ni, filem aku bukan tomboy trailer!


sebelum aku cerita dengan lebih lanjut pasal filem ni, ni serba sedikit cerita masa aku kat sana. ekekeke.

tiket filem aku bukan tomboy : RM10. aku tengok tayangan pukul 2.30 petang. pergi dengan mama la :)

ada promosi hanya untuk filem ni sahaja. beli set air, dapat satu buku nota big cinemas. kitorang pun beli la. heheh hanya RM7.98 sahaja. dua set air yang besar gedabak, dapatlah satu buku nota :)
dua set air, pepsi dan strawberry. besar gila kot bekas dia. aku jarang sesangat minum air atau beli popcorn time nak tengok wayang.. ni beli ni semata2 nak dapat buku nota tu je. agagaga~


ni la buku nota big cinemas tu. hehe dulu aku kumpul bekas apa ntah, besar jugak. besar macam tabung. aku tak tau apa fungsinya tapi aku letak macam2 dalam tu. hehehe promosi macam ni jugak la. tapi tak ingat la wayang cerita apa time tu.. hik hik..

peneman setia :)

kitorang makan mee sizzling dan koeytiew sizzling. with chicken and egg. aum aum~ nyum3. :P


ok sambung.

Review Filem Aku Bukan Tomboy... pandangan aku sendiri ^__^
poster :)

Isha merupakan seorang gadis tomboy. dibesarkan oleh ayahnya sejak kematian ibunya sejak dia kecil. ayahnya merupakan seorang tukang jahit. Isha bekerja sebagai budak penghantar pizza.

Watak Isha dilakonkan oleh pelakon muda yang cantik Scha Al-Yahya :)

comelnya beliau~ hehe..

:)

bersama teman2 sekerja..

Harry pula merupakan teman baik Isha. Beliau melakukan pekerjaan 'direct selling' yang menjual buku untuk kanak-kanak yang berharga RM5.90! hehe~

Isha dan Harry berkawan baik. mereka sering ke sana sini bersama. ketika babak ini, Harry merajuk dengan Isha sebab Isha lambat datang ke tempat yang dijanjikan. haha~ siap cubit2 pipi Isha lagi lepas tu malu2 pulak. ahaks..

terserlah kejantanan beliau. ahaks :P

Diorang berjumpa ni pun sebab nak tengok wayang tapi..

satu je kelemahan si Isha ni, dia penakut. hahaha. hati ada bunga2 jugak walaupun dia tomboy. padahal diorang bukan tengok filem hantu pun, filem perang2 je, tapi dia asyik2 menjerit sebab terkejut, last2 kena halau dengan penonton2 yang lain. 30 minit je sempat diorang tengok wayang tu.. hahah~

dalam perjalanan nak balik tu kan, si Bell pulak dah kacau si Isha ni. Bell ni pengkid. teman sekerja Isha. dia dah lama menaruh harapan nak memiliki Isha tapi seringkali ditolak oleh Isha. sikit2 cakap ' aku sayang kau sangat2', lepas tu pegang2 pulak. auww~ serius lakonan sheera iskandar harus dipuji kerana berkesan membawa watak pengkid!!

tetiba si Harry ni pulak masuk campur. konon2 nak tunjuk hero, bertekak punya bertekak, tetiba kawan2 pengkid si Bell datang. semuanya berbadan besar, terus Isha dan Harry lari lintang pukang. hahahaha :))


Burn lakonan Syamsul Yusof. membawa watak seorang lelaki bekerjaya yang lurus bendul ataupun nerd. aku suka gila kat rambut dia. phiuuu. menjadi!! haha.. Isha dan Burn boleh kenal pun sebab si Burn terlanggar Isha masa dia tergesa2 nak pergi kerja.

selain Bell yang asyik mengganggu Isha, si Sam pun menaruh harapan kat Isha. dia pun pengkid jugak. Sam lakonan Salina Saibi *alamak tak de pulak pic dia. hehehe * time babak ni, si Sam datang cari Isha lepas dah lama Isha ignore sms dan call dari dia. tetiba si Bell pun masuk campur. bergadoh2 la diorang sampai customer tercengang2. hehe.. semuanya berebutkan si Isha. nak kahwin dengan dia la, nak couple dengan dia la. haha.. masing2 nak tunjuk kejantanan :))

sekali lagi Isha bertemu dengan Burn ketika menghantar pizza. ingat tak babak ni, dalam trailer pun ada, yang dia cakap nama dia Burn, Isha kata. ' aku tau, bendul!! HAHAHA' lepas tu dia kata tak la, nama dia mohd bakar, Isha balas, Bakar?? lagi teruk!! HAHAHA

teruk betol ketawa ni. gila kejam. kahkah. dan si Burn pula tengah rimas dengan kehadiran Sally lakonan Eira Syazira. harus dipuji jugak watak Sally kerana berkesan sangat2. punya tergedik2, queen control, suka bersosial, tak tau hormat orang tua. dan macam2 la~ haha asyik ikut je kemana si Burn ni pergi..

masa babak ni, Isha kecik hati dengan kawan si Harry ni la, dia perli Isha cakap semua orang tau Isha ni penyedap pengkid2 di KL. mulutt~~ lepas kata tu terus Isha balik tanpa mempedulikan pujukan si Harry..

dia termenung sendirian, fikirkan tentang dirinya, teruk sangat ke dia sampaikan dihina begitu. dia pun tak mintak dirinya jadi tomboy macam tu ;D

on the way nak balik tu la, dia dikejar oleh mamat2 yang asyik mengekori dia sejak dia balik, masa babak ni, dia sempat tendang salah seorang lelaki antara mereka. ekekek..

sejak merajuk dengan si Harry, hubungan dia dengan si Burn makin hari makin rapat. dia pun menaruh harapan pada si Burn ni ha. hehehe. dia tak tau pun yang si Harry pun sukakan dia. si Burn pun sukakan si Isha dan tidak melayan si Sally lagi..

sangat romantik <3

dengan butang baju sampai ke atas, dengan rambut yang comel, perangai sengal. ahaks.. masa babak ni, si Burn bagitau dia sukakan si Isha tu.. kui3.

masa ni lelaki2 yang hari tu kejar Isha tu datang balik, kali ni diorang datang untuk balas dendam pada Isha sebab dah sepak kawan dia sampai tertonggeng2, ahaha.. masa ni la Burn kena tumbuk dan masa budak2 lelaki tu nak rogol Isha, polis datang. semua pakat lari.hehehe..

dan pelbagai peristiwa lagi berlaku dalam hidup Isha, Burn dan Harry. :))

agak2 sapa yang Isha akan pilih?? Harry ataupun Burn??


ada orang kata, filem kalau syamsul yusof yang buat, mesti best! sebab idea dan jalan cerita betol2 memenuhi citarasa remaja masa kini.

bagi aku pulak, filem dari syamsul yusof tak lengkap kalau tak de shaheizy sam. pemilihan shaheizy sam sebagai watak utama benar2 melengkapkan citarasa penonton yang lain. serius!

aku dah tertarik dengan lakonan Scha Al-Yahya. memang best. memang hidup gila watak yangdimainkan. :) dan pengkid2 yang memang tak macam perempuan langsung, lakonan sheera iskandar, salina saibi, zarina zainoordin. haha sheera dan salina memang nampak sangat kejantanan diorang sampaikan tak nampak dah perempuan. cuma zarina je masih nampak kelembutan :P

dalam genre komedi yang sampaikan ketawa tak henti2, kelakar dengan watak Burn dan Harry, memang lawak ah! dengan genre romantik antara Isha dan Burn, dan ada masa rasa sedih dan rasa macam nak nangis masa si Isha menangis teresak2 bila mak si Burn lakonan didie alias, mencemuh si Isha. sob3~

nak tau endingnya, kena la tengokkk sendiri ye. ekekke kang aku cerita endingnya, spoil mood korang. :P aku sanggup tak baca review dari mana2 blog tau sebab tak nak rasa mood yang spoil bila dah dapat mengagak jalan cerita tu macam mana. hehehe..

apa2 pun aku yakin, syamsul yusof akan terbitkan AKU BUKAN TOMBOY 2, kerana.... =p

ni review yang aku buat sendiri tanpa meniru orang lain, gambar semua aku amik dari google ;D

selamat menonton!!

9 comments:

Woofer Storm said...

terbaiklah sinopsis ni..hehe


*teringin nak tgk tapi takde duit..heheee

*jom join contest..
http://www.wooferstorm.com/2011/11/contest-blogger-idol-by-achie-eyda.html

Nia Kmj said...

xsempat na g tgk lg!! tp cm best jer :D :D :D

sizuka[Izzati] said...

waaaa nak tengok jugaklah cmni.heehe~

nuerule areyin said...

eee mcm bez je :)

EmpayarUtama said...

Menarik sinopsis ni. Semalam nak nengok tersalah masuk pusat boling daaaa :(

Ezy Chiaki said...

cam best..
nk tgok nk tgokkkk!

chiLleD...!! said...

mcm bes jer..he

rozeeta rashid said...

nak kena pergi tengok nih! macam best je.

wan nurul hezrina said...

nie sipnopsis ker cerita=)haha gurau jer.btw terbaik!mmg suka ngan scha.gamble n cute

ARTIKEL RAKAN BLOGGER