Wednesday, November 30, 2011

MINAT YANG TAK DAPAT DIBENDUNG

salam..

mama demam :(. harini hari terakhir dalam bulan november. lagi sebulan lagi je nak masuk tahun 2012...

minat! minat! minat! dari aku bersekolah lagi aku sangatlah suka mengumpul keychain, sangat2., tapi banyak keychain dah hilangggg, yela, asal gantung kat beg je, esok dah tak de. biasalah tu.. sebagai pengumpul keychain yang tegar, itu la risiko yang harus dihadapi. kui3

hari tu ajak mama tempah keychain untuk . aku nak buat untuk aku, mama kata tak payah, banyak sangat dah. hoho orang tak dapat gaji lagi kan, diamkan je la. hik hik

saja godek-godek beg tadi ni ha keychain yang berjaya dikumpul yang berada di tangan aku, ni sebahagian je, sebahagian lagi aku tinggalkan kat kemaman :D


bagi aku cukup banyakk. sedar tak sedar kan. tak sangka aku ada keychain banyak ni. tu pun asyik2 nak beli keychain, konon2 macam tak penah ada XD


mama je tau minat aku ni. hakhak. keychain tu ada yang aku beli sendiri, mama bagi, ada yang dapat giveaway, 


peti ais kat kemaman berlambak2 dah fridge magnet, tu hasil dari aku join giveaway. mama kata tak lama lagi roboh la petis ais mama. ekeekeke..

sapa2 ada keychain lebih, boleh la hadiahkan untuk aku., kahkahkah :P

Tuesday, November 29, 2011

SHARE PASSWORD, SHARING IS CARING

salam..

password benda paling rahsia yang kita perlu simpan elok-elok untuk simpanan peribadi. yeah. sangatlah rahsia. tu pun selalu je berlaku kes hack-hack ni. aduhai.

selalu terjadi pergaduhan antara pasangan kalau masing2 tahu password laman sosial masing2. yeah. aku pernah rasa,. betapa sakitnya hati bila si ex menukar password myspace aku dikala aku ke cc dan bayar untuk 5 jam. betapa mengamuknya aku masa tu. itu belum campur dengan dia pergi maki lelaki2 dalam myspace, belum campur dengan dia remove habis semua kawan2 lelaki dalam myspace. ohh kenangan lama. 28/11/2005, segalanya bermula.

ah sudah! dia dah kawin dah pun. kahkah..


ya, begitu juga dia, aku pun ada password dia. bukan sekadar facebook, segala2nya la! ekekeke..

bagi aku, itu salah satu tingkahlaku jujur antara pasangan dan sampai sekarang tiada rahsia antara kami di laman sosial :)




dan sekarang ni aku berkongsi password pulak dengan mama. password facebook aje la. kekeke. aku nak buatkan facebook untuk dia, dia tak nak, tapi dia nak tengok wall abah la, sedara mara yang lain la, kesiannn. haha last2 aku bagi la, sekali sebut je, hari2 dia online facebook aku sekarang time aku pergi kerja. ekekeke..

dia tolong sekali main baby adopter untuk aku, bagi lydia makan. haa bestnya. nanti aku nak ajar dia main game baking life pulak la. ahaks. aku busy, tak cukup masa sangat nak main game2 tu ha..

begitu juga dengan tiada rahsia jugak antara aku dengan mama. sebenarnya tak pernah ada rahsia kot antara aku dengan mama. yela 24jam dengan mama je kan. eh masa pergi kerja je tak jumpa, tu pun selalu sms aje. ekekek..

bagi aku tiada masalah untuk berkongsi password antara family dan pasangan ;D

korang, ada share ke password dengan sesiapa? ekeke

Monday, November 28, 2011

DIBAYAR RM1000 UNTUK MENIPU

salam..

entry ini berkaitan dengan ENTRY SINI

tak best la kan kalau jual produk dengan cara menipu. habis, sumber yang kita dapat tu dikategorikan halal jugak ke kalau menipu orang?

baru aku tau, syarikat tersebut menawarkan RM1000 kepada sesiapa yang sanggup menjadi model dalam testimonial tersebut.

pehh lumayan gila kan. tambah2 sapa2 yang terdesak nak guna duit, bukan susah pun. diorang ambil gambar kita, lepas tu masukkan dalam kertas iklan, dijadikan testimonial, disebarkan kepada orang ramai untuk meyakinkan mereka untuk membeli produk tersebut.




aku langsung tak sangka yang sebenarnya diorang akan dibayar jika sanggup jadi model. pehh tak sangka,tak sangka, memang la nampak sangat wajah mereka dalam iklan tu sangatlah ketara, hidung lain, bentuk mata lain, tapi tak sangka pulak la dibayar.

harap orang Islam fikir banyak2 dulu la sebelum buat benda macam ni. menipu orang ramai :)

Sunday, November 27, 2011

BIODATA GREYSON CHANCE!

salam..

greyson chance. aku baru kenal nama greyson chance lepas aku tengok ada penyebaran pasal gambar peminat dengan greyson chance di airport kot dalam keadaan berpelukan. si gadis punya la excitednya dapat jumpa greyson sampaikan dia sempat peluk lagi dan gambar itu telah diupload di blognya. korang nak tau, cari la sendiri okeh. ngee~

ooh lepas dari situ, baru aku tau jugak greyson ada buat persembahan dengan najwa latif. dan aku tengok video tu kat youtube. ohh sedap jugak suara dia. kehkeh..
dan baru aku tau, sekarang ni justin bieber ada saingan. maklumlah, greyson chance sangatlah kacak, suaranya lebih sedap dari justin. opss! kenyataan. kahkah.



ok. ini justin bieber. lupakan.


aku google sana sini, ni sedikit sebanyak info pasal greyson chance untuk tatapan pembaca blog ni..


BIODATA GREYSON CHANCE

BIRTH NAME : GREYSON MICHAEL CHANCE

BIRTH DATE : 16 AUGUST 1997

BIRTH PLACE : WICHITA FALLS, TEXAS, USA

FAMOUS AS : SINGER


CLAIM TO FAME : COVER FOR THE SONG ' PAPARAZZI' (2010)


NATIONALITY : AMERICAN

EDUCATION : GRADUATED FROM CHEYENNE MIDDLE SCHOOL IN EDMOND, OKLAHOMA.

FATHER : SCOTT CHANCE


MOTHER : LISA CHANCE


BROTHER : TANNER (older)

SISTER : ALEXA ( older)

GENRES : POP ROCK

INSTRUMENTS : PIANO, VOCALS

WEBSITE : greyson-official.com


Studio albums



YearAlbumPeak positionSales
US
[47]
2011Hold On 'til the Night29
  • US: 16,000


Singles

YearSinglePeakAlbum
US
Heat
2010"Waiting Outside the Lines"12Hold On 'til the Night
2011"Unfriend You"
"—" denotes releases that did not chart


Music videos

YearSongDirector
2010"Waiting Outside the Lines"Sanaa Hamri
2011"Unfriend You"Marc Klasfeld[48]



Awards and recognition

YearCategoryAwardResult
2010Choice Web StarTeen Choice AwardsNominated
Icon of TomorrowJ-14 Teen Icon AwardsNominated
Teen Pick: YouTube ArtistHollywood Teen TV AwardsWon
2011Favorite Viral Video StarPeople's Choice AwardsNominated




oleh sebab aku rasa greyson chance lebih kacak dan suaranya lebih sedap dan persembahannya lebih meletop dari justin bieber kesayangan ramai, aku nak tempek gambar dia banyak2~






mampukah greyson chance dapat melenyapkan populariti justin bieber?? mampukahhhhhhhhhhhhhh???!! hahaha..

Saturday, November 26, 2011

SAPA PEREMPUAN MISTERI TU??

salam..

beberapa hari sebelum hari raya haji *cerita ni dah lama,*, masa tu stok kasut pun dah sampai. punyalah banyak sampai berhari-hari buat baru nak settle.

sambil tengah susun kasut, ada seorang pelanggan masuk kedai. masa tu tinggal aku dan Lee aje. rasanya dalam pukul 11 pagi kot. pelanggan wanita yang boleh dipanggil makcik, nampak tua lagi la dari mak aku, berbadan besar, rendah dan bertudung labuh.

dia mintak aku berikan dia kasut BATA. tapi malangnya kasut saiz 9 pun dia tak muat, katanya kakinya besar, tak apa la, dia tak boleh la ambil.

lepas tu dia mulakan perbualan. tanya nama aku, umur, tinggal mana, dan macam2 la. sebagai seorang gadis yang muda, dapat pulak pelanggan yang agak tua, tak jadi masalah la aku nak layan sebab anggap dia macam mak-mak kita je la kan.

sambil borak2, dia pegang tangan aku, dia cakap ' awak ni cantik lagi la, muda lagi'. aku tersengih2 je la. lepas tu dia kata dia nak offer aku buat kerja part time.

aku pun mesti la nak tau kerja apa, dia kata nanti dia bagitau, yang penting lumayan dan insyallah boleh menampung hidup, sampaikan ada doktor atau peguam pun buat kerja part time tu. ada yang sanggup berhenti kerja untuk buat kerja tu sebagai full time.

pehh aku ni punyalah dok fikir kerja apa la kan, berkali-kali aku tanya, dan jawapan dia ' nanti kita bincang lain'.

tapi aku mula rasa gelisah sebab dia dok tanya pulak, mak kerja apa, ayah kerja apa, kat mana, gaji berapa, agak2 cukup tak nak makan sebulan. pehhhhh berapi jugak la. aku jawab je, 'ntah, saya tak tau, abah tak pernah bagitau pun'. aku rasa tak perlu makcik tu ambil tau semua tu. dia tak bagitau pun dia umur berapa tapi dia kata dia tua lagi pada mama. mama umur 46.

dia kata kerja part time ni dia buat dah lama, untuk menampung hidup, alhamdulillah, dah stabil dah dari segi kewangan, dia kata juga dia kerja kat hospital, aku tanya ' sebagai nurse ke?' dia terus ubah topik lain. haaa~

aku ni kan lenguh mulut dah tanya kerja apa yang dia nak bagi tu, tetap dia tak nak bagitau, rahsia la apa la, nak ajak aku buat part time tapi berahsia. apa kes nya ni. aihh. tetiba ada customer datang, yang lee pun tak la tegur ke apa sebab dia ingatkan kawan aku sebab mak cik ramah terlebih.

dia mintak num fon aku, nanti dia akan contact balik untuk bincang pasal kerja part time, aku ni kan dalam kepala otak dok fikir patut ke aku kasi num aku kat dia, entah sapa2 la mak cik, last2 aku tulis num maxis aku, aku jarang sangat guna hp maxis. guna utk sms dengan jierah je. tu pun jarang sangat la, tak peduli sangat pun hp tu sebab aku lebih suka guna celcom.

lepas bagi num tu kat dia, dia kata dia nak balik dah, rumah dia kat lunas, dia datang pasar tadi, tu datang jumpa aku.

sebelum dia balik, dia hulurkan tangan dia kat aku. aku pun salam aje la, yela anggap orang tua kan, kena la hormat, dan secara tiba2, dia tarik badan aku, peluk aku, cium pipi aku kiri kanan kiri kanan, HEH??!

berkerut sudah muka aku ha. hahaha tak penah2 orang yang aku tak kenal tetiba cium aku. sebelum dia keluar dia kata, ' kerja part time tu, macam ni la, hubungan kita akan rapat macam ni selalu'. aku sengih2 je la~

aku terus kol mama aku, suruh dia tengok hp maxis, kot2 dia kol. aku tak bawak pun hp maxis pergi kerja.

seminggu lepas tu dia asyik kol aku, berpuluh2 miskol, sebelum tido, aku mesej dia, num tak kenal, heran jugak, kawan2 aku semua tau aku pakai celcom.

aku sms dia

aku : sapa ni?

dia : ni ibu la..


pehh sapa pulak dah ibu ni? hahaha pukul 12 lebih pulak tu.. mama aku terus tak bagi balas, sampai ke sudah aku tak balas la.. dua hari lepas tu dia kol lagi, sms lagi..

' awak kat mana ni, cepatlah, ibu tunggu kat pentas ni'

pentas mana pulak dah? hahaha gilak! dia kol, aku tak jawab.

lepas tu dah bermacam2 num aku terima yang kol. lain2 num.. pelik betol aku. seram dowh.

mak aku memang tak bagi layan dah. tak bagi jawab kol ke apa, risau jugak. dia tu sapa? tetiba lepas borak2 nak salam dan cium pipi bertubi2, gila ke apa? dah tu nak tawarkan kerja pulak, lepas tu nak berahsia pulak tak nak bagitau pasal kerja??! kalau kerja elok, gaji lumayan, apa salahnya bagitau kan..

hingga ke hari ni, num yang aku tak kenal tetap kacau aku macam biasa, dan macam biasa jugak la, aku buat derrkkk aje bila ada kol masuk~ lalala..

persoalannya, sapa perempuan misteri tu? eh makcik. kerja apa yang dia nak tawarkan tu? part time tapi gaji lumayan, puji aku cantik la, muda lagi la, tapi rahsia?? aih.

aku mudah sangat percaya kat orang, mudah gila bagi orang lain pegang dan peluk aku. gila! aku selalu berharap makcik tu tak datang kedai aku lagi~

Friday, November 25, 2011

CANTIKNYA DIA TAPI..

salam..

harini aku cuti. insyallah aku akan kembali berblogwalking seperti biasa. hehe maklumlah sekarang busy je dengan kerja. dengan letihnya. ouch. bulan 12 paling busy la aku ni, xmenang tangan. tak apa la, rezeki kan :)

korang, cuma tengok gambar wanita ni.. cantikkan? gebu.. ada sapa2 berkenan nak ambil buat bini? ekekek

jom kita layan gambar ni. model agaknya..






sungguh ayu. perh kulit gebu, putih melepak dan dahi licin memang menjadi idaman setiap lelaki di muka bumi ini. haha.. tetapi, lelaki tak boleh berkahwin dengan dia. bukan sebab dia dah berkahwin tapi sebab...



'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


RUPANYA, DIA SEORANG LELAKI.




lelaki + lelaki = gay

makanya hanya perempuan yang boleh kahwin dengan beliau.

ada sapa2 berminat? kui3.

ayunya dia mengalahkan wanita sebenar, hik hik

Thursday, November 24, 2011

BERANI TAK GUNA BOLA BOWLING HORROR NI?

salam..

kepada pemain tegar permainan bowling, anda patut jawab soalan ni.. berani tak main bowling guna bola bowling yang agak horror ni? bukan agak horror tapi memang horror pun =,=

jom layan pic di bawah ni..









pehhh!!! amacam? sanggup ke tak? kalau siang tak apa, kalau memalam, seram jugak, tido kat pusat bowling tu kot. hehehe..

dua tiga hari ni rasa letih sangat.. huu

Wednesday, November 23, 2011

ALASAN TERMASYUR MENOLAK CINTA

salam.

aku mengenal cinta pada umur 17 tahun. eh tipu. 11 tahun >,< muda sangat ke? ekeekekek ala dulu tu cinta monyet je pun masa sekolah rendah. tak de hari2 nak rindu ke, tak de pun hari2 nak ucap i love u ke, tak de pun. haha..

err my first ex tu dah nak kahwin 18 disember ni. aku mestilah datang. hahaha. ala selang beberapa rumah je dari rumah aku XD pengalaman pertama nak tengok ex bersanding. hahaha.

cais, apa pulak cerita pasal cinta ni, tapi entry ni memang nak cerita pasal cinta pun.

alasan termasyur menolak cinta!!

puihh!!

HAHAHA marah benar aku. mestilah! cakap aje la kau dah tak nak kat dia, tak payah la kau nak bagi alasan konon2 dia terlalu baik untuk kau!

aku pernah dapat tak ek ayat ni? lupa dah ;D tapi aku pernah dengar cerita secara langsung dari orang2 yang pernah aku kenal dari dulu sampai sekarang. bukan main si pakwenya sayang bangat sama dia, bukan main layan semanis kencing manis yang mungkin, bukan main dah plan nak berumahtangga, tetiba satu hari si pakwe mengungkapkan ayat ni.. ' awak, saya rasa awak terlalu baik untuk sayalah'.

cakap aje la, kau dah tak nak, kau dah ada perempuan lain, kau dah malas nak layan kerenah dia, kau dah menyampah couple dengan dia, terus terang aje la. tak payah la nak berkias-kias.

orang kalau dah sayang, dia akan lakukan yang terbaik untuk pasangan. sampaikan sanggup sembunyikan tabiat buruk dia selama ni, contoh, suka sendawa kuat-kuat lepas makan. sejak ada boyfren, sanggup dia tahan tak sendawa semata-mata nak nampak dia sopan di mata pasangan.

tapi dah kau pulak cakap dia terlalu baik untuk kau. aku tau, kau mengharapkan pasangan kau tu penyangak, penyamun tarbus, gila seks, pisau cukur, penipu, mata keranjang *untuk perempuan ataupun pasangan yang murah, senang bagi body kat lelaki, kurang ajar dengan mak bapak sendiri, suka mencarut, *untuk lelaki, kan?

marah ni. marah. kahkahkah aku paling menyampah alasan macam ni.

eh pernah jugak aku kenal lelaki yang selalu bagi ayat pasrah kat aku, contoh aku, 'awak, saya rasa dayus la awak'. puihh. dayus konon tapi tak de topup, mintak aku, tak makan, mintak aku beli, tak de baju pun mintak kat aku, setiap kali dapat topup, duit, baju dan sebagainya, sms dia akan berbunyi.. ' awak, saya rasa dayus la awak'. hahahha sampai mati aku takkan pernah lupa..

ada sapa-sapa pernah terima ayat macam ni tak dari bekas pasangan? ekekeke

Tuesday, November 22, 2011

DIHINA, BENDERA DIBAKAR TAPI AKHIRNYA KEJAYAAN MILIK MALAYSIA!

salam..

dihina, dicaci, difitnah, apa lagi yang malaysia tak pernah terima sejak2 bermulanya episod malaysia akan bertemu dengan indonesia di final. sama seperti dulu, yang masa khairul fahmi tetiba popular tu, masa tu la saat-saat menggerunkan bagi kami rakyat malaysia. kemenangan jugak dimiliki pada masa itu. alhamdulillah. :)

dan semalam aku terjumpa gambar ni, astaghfirullalazim. kenapa sampai macam ni? aku tak pernah jumpa lagi gambar rakyat malaysia bakar bendera indonesia. dah la lagu negaraku tak dihormati, bendera pula dibakar, kenapa?



punyalah bencinya rakyat indonesia kat malaysia. agresif sangat!

perlawanan tadi betol2 menggerunkan, lebih dari biasa. aku tak pernah rasa tersentapnya jantung aku setiap kali bola nak masuk gol. memula rasa macam patah semangat sebab indonesia berjaya jaringkan gol 1, tapi bila malaysia jaringkan gol 1 jugak, semangat tu datang balik.

timeline di twitter penuh dengan pengulas sukan dengan gaya tersendiri, ada yang marah, ada yang kecewa, ada yang gembira, pelbagai perasaan yang setara bagi semua rakyat malaysia.. begitu jugak difacebook.


adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. takkannya nak ada dua2 menang, dua2 kalah. yang menang harus dibanggakan, yang kalah harus menerima kenyataan. yang aku perhatikan, ramai rakyat malaysia tak putus-putus beri sokongan kepada pasukan harimau malaya, keselamatan mereka, terlalu ketat sampaikan terpaksa menaiki barracuda, terpaksa pulang dengan pesawat khas. bayangkan, diorang nak pergi perlawanan bola ke pergi peperangan??

ingat, walaupun dihina dan dicaci, bendera negara kami dibakar, kami tak mudah menyerah kalah, kami tak gentar. harimau tetap akan mengaum!!

dengan doa rakyat malaysia, kejayaan milik malaysia lagi. alhamdulillah. syukur pada ALLAH.

cacian, hinaan, makian yang aku selalu terbaca di page sokerleaks yang telah diserang oleh 'mereka' tidak membawa kemenangan dalam pasukan mereka. yang penting, semangat, usaha, doa dan tawakal. :)

apa boleh buat..



ngap ngap. krupp krupp..

pengajaran : jangan selalu menghina, mencaci, membakar bendera pihak lawan, ALLAH bayar cash. alhamdulillah. kejayaan milik malaysia dan kejayaan ini dikongsi oleh semua rakyat malaysia!!

tahniah sekali lagi.



Monday, November 21, 2011

HARI2 BERSAMA DIA :)

salam..

dari kecik2 lagi, abah dan mama selalu ada kawan yang berlainan bangsa dan agama. cina dan india. paling banyak cina la. lagipun jiran kitorang ramai cina dan india. melayu ada memang ramai tapi ramai yang suka melepak sambil buat ketupat. kahkah biasalah tu~

kerja buat kali pertama di tat nasi ayam kulim, semuanya melayu! semuanya. tak de langsung yang berlainan agama dan bangsa. kerja kali kedua di kedai kasut di kulim, aku sorang je melayu. aku je. haha..

ada 4 orang staff. dulu aku sorang melayu, sorang cina, dua orang india. sorang india dah berhenti, masuk staff baru, cina. baru umur 16 tahun. aku tak nak cerita pasal dia kat sini sebab aku akan terlebih emo gila macam hari2 aku emo dalam kedai. hahaha..

kitorang kerja part time, dia kerja full time, di kedai tu dia la ketua, tapi dia kata dia bukan ketua, dia cuma pembantu supervisor tapi supervisor amatlah jarang datang melawat ke kedai makanya aku anggap dia la ketua sebab kat sini dia handle semua.

dari kemasukan pekerja, uruskan duit, bank in, bayar itu ini, pastikan semua staff buat kerja, pastikan kedai selalu bersih, dia juga berurusan dengan sesiapa yang ada urusan dengan kedai. yeah. dia diberi tanggungjawab untuk handle kedai yang aku kerja ni. dia jugak la yang ambil aku kerja dulu. ahaks.

nama dia lee, umur 19 tahun :)


gambar ni diambil sebelum kitorang pergi fun fair. oh ya, kat kulim ada fun fair tau? punyalah tak best bagi aku yang dah berumur 22 tahun ni. mungkin faktor usia buat aku rasa tak best. hahaha budak2 rasa la best. aku pergi fun fair dengan dia, dan mak aku dan mak dia. jalan2 sampai sakit kaki dengan tanahnya lembik sebab hujan. kahkah..

aku suka kawan dengan dia. boleh kata dia la kawan aku yang paling rapat ketika ini. kawan kehidupan la. hehe selalu berjumpa, boleh kata setiap hari contact, sms selalu, call selalu, aku tak datang kerja pun dia mesti akan sms cerita apa yang berlaku pada hari tu. kui3~

kekadang aku rasa pelik, kenapa dia mudah sangat2 percayakan aku. beberapa hari lepas aku kerja dia dah bagi aku jaga kaunter, tulis bil, 2 minggu lepas tu aku dah pandai guna komputer untuk terima duit jualan, lepas lepas tu dia selalu cuti dan aku la yang mengganti tempatnya. hehe

dia selalu bersama dengan aku walaupun aku tengah emo, rasa nak marah je, rasa nak nangis je. mana tak nya, staff lain, suka gayut, sampaikan kena marah dengan customer ramai sangat dah, masih dengan calling2nya sampai la sekarang. yang lagi sorang, suka berpura2 depan dia. oo time aku jaga kedai, amboii asyik dengan hpnya sampai langsung tak layan customer. aku marah ni. marah. sebab gaji sama weh. kalau gaji aku lebih dari diorang aku tak kisah, ni sama jugak. dah la suka datang lambat, dah tu pergi rehat 3 jam. sepatutnya hanya 2 jam. macam mana lagi aku nak sabar kalau time aku je jaga, time lee cuti, dia buat perangai?

babun pun boleh naik darah woi!

tapi kalau lee ada, belum sempat customer jalan nak ke rak kasut, dia dah mengekori dari belakang dah. pandai gila berpura-pura. memang aku langsung tak tegur dia dah la. hahaha meluat. lee tau, lee selalu marah dia jugak, pesan kat dia datang awal, awal tapi dia tetap datang lambat, dia memang jenis tak makan sama punya budak. aih

lee langsung tak kedekut, apa saja yang dia beli, dia mesti bagi kat aku. sampaikan aku rasa segan. aku tak la banyak duit macam dia, nak belanja dia macam-macam tapi dia langsung tak pernah berkira.. susah kot nak jumpa kawan kehidupan yang tak reti berkira dengan kawan-kawan.

hari tu sebabkan aku rasa marah sangat dengan staff yang lain, aku cakap kat dia, hujung bulan ni aku nak berhenti, dia tak bagi., sapa nak jaga kedai kalau bukan aku. dia cuma percayakan aku. aku kena cari orang yang betol2 perangai macam aku, yang boleh handle kedai macam dia, mana aku nak cari?? T___T dapat staff baru pun menyakitkan hati. lebih baik tak de.

entahlah, dalam dilema. kesiankan dia, tapi rasa sakit hati dengan staff tu. :(

bulan depan dia dapat cuti 12 hari. cuti tahunan. kitorang je tak de, dia kan keja full time, ada la. makanya 12 hari tu la aku nak menghadap kerenah staff tu. arghhh!!

lee selalu nasihatkan aku, sabar lah. sabar la. sabar la. :(

sebabkan dia, aku masih di sini. kalau dia tak de, dah lama aku cabut, kahkahkah..

thanks for being my lovely friend darling. sedap tak apam polkadot tadi? hik hik

selalu kitorang gurau pasal duit jualan, kalau time dia jaga dapat sikit, time aku jaga dapat banyak,, aku akan cakap, ' tu la, u tak comel macam i, tengokkk, sebab i comel, ramai beli hari ni' hahahahaha sama2 kitorang gelak :)

nak kawan dengan dia sampai bila2 ;D

Sunday, November 20, 2011

WAJAH 20 TAHUN LEBIH MUDA DARI USIANYA

salam..

sebelum aku terangkan perkara sebenar, korang teka agak2 berapa umur kakak kat bawah ni?? 'kakak'??

jom layan gambar2 dia dulu~










cantik sangatkan wajah dia? aku rasa aku nampak tua dari dia. ramai artis2 lebih nampak tua dari dia. ekekek. percayalah..

nama beliau masako. sebenarnya masako berumur 43 tahun!! tetapi wajahnya kelihatan 20 tahun lebih muda dari usianya. ni kalau dia bagitau umur dia 18 tahun pun aku percaya ni.. kahkah..

beliau menjadi idola di jepun dari segi cara menjaga kecantikan dan juga cara pemakaian.. dan yang paling bestnya beliau menghabiskan masa 5 jam semata-mata untuk penjagaan wajahnya sahaja. diulangi, menghabiskan masa 5 jam untuk penjagaan wajahnya sahaja.

kepada wanita2 di sana, sanggupkah anda menghabiskan masa 5 jam untuk kelihatan muda 20 tahun seperti ini??? :P

ehem aku baru tanya mama aku, ' mama rasa budak ni umur berapa??'

mama jawab. ' rasanya 21 tahun'

ok pengsan

Saturday, November 19, 2011

AKU BUKAN TOMBOY TIDAK MENGECEWAKAN, TAHNIAH SYAMSUL YUSOF DAN SKOP PRODUCTIONS :)

salam..

18/11. aku kan cuti. tak kerja. disebabkan beberapa lepas aku tengok trailer filem aku bukan tomboy kat youtube, aku ajak mama aku pergi tengok wayang filem ni kat kulim landmark central.. filem ni ditayangkan pada 17/11/2011. dan aku tengok pada hari kedua tayangan. wehuuu~


tengok ni, filem aku bukan tomboy trailer!


sebelum aku cerita dengan lebih lanjut pasal filem ni, ni serba sedikit cerita masa aku kat sana. ekekeke.

tiket filem aku bukan tomboy : RM10. aku tengok tayangan pukul 2.30 petang. pergi dengan mama la :)

ada promosi hanya untuk filem ni sahaja. beli set air, dapat satu buku nota big cinemas. kitorang pun beli la. heheh hanya RM7.98 sahaja. dua set air yang besar gedabak, dapatlah satu buku nota :)
dua set air, pepsi dan strawberry. besar gila kot bekas dia. aku jarang sesangat minum air atau beli popcorn time nak tengok wayang.. ni beli ni semata2 nak dapat buku nota tu je. agagaga~


ni la buku nota big cinemas tu. hehe dulu aku kumpul bekas apa ntah, besar jugak. besar macam tabung. aku tak tau apa fungsinya tapi aku letak macam2 dalam tu. hehehe promosi macam ni jugak la. tapi tak ingat la wayang cerita apa time tu.. hik hik..

peneman setia :)

kitorang makan mee sizzling dan koeytiew sizzling. with chicken and egg. aum aum~ nyum3. :P


ok sambung.

Review Filem Aku Bukan Tomboy... pandangan aku sendiri ^__^
poster :)

Isha merupakan seorang gadis tomboy. dibesarkan oleh ayahnya sejak kematian ibunya sejak dia kecil. ayahnya merupakan seorang tukang jahit. Isha bekerja sebagai budak penghantar pizza.

Watak Isha dilakonkan oleh pelakon muda yang cantik Scha Al-Yahya :)

comelnya beliau~ hehe..

:)

bersama teman2 sekerja..

Harry pula merupakan teman baik Isha. Beliau melakukan pekerjaan 'direct selling' yang menjual buku untuk kanak-kanak yang berharga RM5.90! hehe~

Isha dan Harry berkawan baik. mereka sering ke sana sini bersama. ketika babak ini, Harry merajuk dengan Isha sebab Isha lambat datang ke tempat yang dijanjikan. haha~ siap cubit2 pipi Isha lagi lepas tu malu2 pulak. ahaks..

terserlah kejantanan beliau. ahaks :P

Diorang berjumpa ni pun sebab nak tengok wayang tapi..

satu je kelemahan si Isha ni, dia penakut. hahaha. hati ada bunga2 jugak walaupun dia tomboy. padahal diorang bukan tengok filem hantu pun, filem perang2 je, tapi dia asyik2 menjerit sebab terkejut, last2 kena halau dengan penonton2 yang lain. 30 minit je sempat diorang tengok wayang tu.. hahah~

dalam perjalanan nak balik tu kan, si Bell pulak dah kacau si Isha ni. Bell ni pengkid. teman sekerja Isha. dia dah lama menaruh harapan nak memiliki Isha tapi seringkali ditolak oleh Isha. sikit2 cakap ' aku sayang kau sangat2', lepas tu pegang2 pulak. auww~ serius lakonan sheera iskandar harus dipuji kerana berkesan membawa watak pengkid!!

tetiba si Harry ni pulak masuk campur. konon2 nak tunjuk hero, bertekak punya bertekak, tetiba kawan2 pengkid si Bell datang. semuanya berbadan besar, terus Isha dan Harry lari lintang pukang. hahahaha :))


Burn lakonan Syamsul Yusof. membawa watak seorang lelaki bekerjaya yang lurus bendul ataupun nerd. aku suka gila kat rambut dia. phiuuu. menjadi!! haha.. Isha dan Burn boleh kenal pun sebab si Burn terlanggar Isha masa dia tergesa2 nak pergi kerja.

selain Bell yang asyik mengganggu Isha, si Sam pun menaruh harapan kat Isha. dia pun pengkid jugak. Sam lakonan Salina Saibi *alamak tak de pulak pic dia. hehehe * time babak ni, si Sam datang cari Isha lepas dah lama Isha ignore sms dan call dari dia. tetiba si Bell pun masuk campur. bergadoh2 la diorang sampai customer tercengang2. hehe.. semuanya berebutkan si Isha. nak kahwin dengan dia la, nak couple dengan dia la. haha.. masing2 nak tunjuk kejantanan :))

sekali lagi Isha bertemu dengan Burn ketika menghantar pizza. ingat tak babak ni, dalam trailer pun ada, yang dia cakap nama dia Burn, Isha kata. ' aku tau, bendul!! HAHAHA' lepas tu dia kata tak la, nama dia mohd bakar, Isha balas, Bakar?? lagi teruk!! HAHAHA

teruk betol ketawa ni. gila kejam. kahkah. dan si Burn pula tengah rimas dengan kehadiran Sally lakonan Eira Syazira. harus dipuji jugak watak Sally kerana berkesan sangat2. punya tergedik2, queen control, suka bersosial, tak tau hormat orang tua. dan macam2 la~ haha asyik ikut je kemana si Burn ni pergi..

masa babak ni, Isha kecik hati dengan kawan si Harry ni la, dia perli Isha cakap semua orang tau Isha ni penyedap pengkid2 di KL. mulutt~~ lepas kata tu terus Isha balik tanpa mempedulikan pujukan si Harry..

dia termenung sendirian, fikirkan tentang dirinya, teruk sangat ke dia sampaikan dihina begitu. dia pun tak mintak dirinya jadi tomboy macam tu ;D

on the way nak balik tu la, dia dikejar oleh mamat2 yang asyik mengekori dia sejak dia balik, masa babak ni, dia sempat tendang salah seorang lelaki antara mereka. ekekek..

sejak merajuk dengan si Harry, hubungan dia dengan si Burn makin hari makin rapat. dia pun menaruh harapan pada si Burn ni ha. hehehe. dia tak tau pun yang si Harry pun sukakan dia. si Burn pun sukakan si Isha dan tidak melayan si Sally lagi..

sangat romantik <3

dengan butang baju sampai ke atas, dengan rambut yang comel, perangai sengal. ahaks.. masa babak ni, si Burn bagitau dia sukakan si Isha tu.. kui3.

masa ni lelaki2 yang hari tu kejar Isha tu datang balik, kali ni diorang datang untuk balas dendam pada Isha sebab dah sepak kawan dia sampai tertonggeng2, ahaha.. masa ni la Burn kena tumbuk dan masa budak2 lelaki tu nak rogol Isha, polis datang. semua pakat lari.hehehe..

dan pelbagai peristiwa lagi berlaku dalam hidup Isha, Burn dan Harry. :))

agak2 sapa yang Isha akan pilih?? Harry ataupun Burn??


ada orang kata, filem kalau syamsul yusof yang buat, mesti best! sebab idea dan jalan cerita betol2 memenuhi citarasa remaja masa kini.

bagi aku pulak, filem dari syamsul yusof tak lengkap kalau tak de shaheizy sam. pemilihan shaheizy sam sebagai watak utama benar2 melengkapkan citarasa penonton yang lain. serius!

aku dah tertarik dengan lakonan Scha Al-Yahya. memang best. memang hidup gila watak yangdimainkan. :) dan pengkid2 yang memang tak macam perempuan langsung, lakonan sheera iskandar, salina saibi, zarina zainoordin. haha sheera dan salina memang nampak sangat kejantanan diorang sampaikan tak nampak dah perempuan. cuma zarina je masih nampak kelembutan :P

dalam genre komedi yang sampaikan ketawa tak henti2, kelakar dengan watak Burn dan Harry, memang lawak ah! dengan genre romantik antara Isha dan Burn, dan ada masa rasa sedih dan rasa macam nak nangis masa si Isha menangis teresak2 bila mak si Burn lakonan didie alias, mencemuh si Isha. sob3~

nak tau endingnya, kena la tengokkk sendiri ye. ekekke kang aku cerita endingnya, spoil mood korang. :P aku sanggup tak baca review dari mana2 blog tau sebab tak nak rasa mood yang spoil bila dah dapat mengagak jalan cerita tu macam mana. hehehe..

apa2 pun aku yakin, syamsul yusof akan terbitkan AKU BUKAN TOMBOY 2, kerana.... =p

ni review yang aku buat sendiri tanpa meniru orang lain, gambar semua aku amik dari google ;D

selamat menonton!!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER