Saturday, July 2, 2011

RISIKO YANG HARUS KITA TANGGUNG SEMASA MEMBELI BARANGAN MELALUI ONLINE

salam..

kehadapan para blogger yang dikasihi sekalian. satu pertanyaan, adakah anda seorang yang suka membeli barangan yang diingini melalui online?? ataupun adakah anda seorang yang mahu berjinak-jinak dalam membeli barangan melalui online? jika ya, sila baca sampai habis. jika tidak, baca jugak sampai abis. :P kepada lelaki, boleh baca jugak. tiada unsur perbedaan jantina di dalam post ini. kekeke

shopping online. semua orang tahu apa itu shopping online. kebaikannya yang kita peroleh adalah menjimatkan masa, yela, kalau dah bekerja siang malam pagi petang tak de rehat, tak pun balik kerja dah pukul 11 malam, esok pukul 8 pagi kerja pulak, tiada cuti, makanya tak da masa langsung nak pergi shopping. hehe yeah, dengan hanya shopping melalui online, jimat masa anda. kalau ada masa terluang, boleh habiskan bersama family tersayang.

selain itu, kita tak rasa penat la. yela, main taip2 aje atas laptop, pegi bank in duit, tunggu aje kat rumah, dua tiga hari barang sampai. tak perlu susah payah cari parking, jalan panas2, penat berjalan nak cari barangan yang kita suka, melalui online saja akan dapat semua tu..

tetapi kawan2, ada risiko yang perlu kita tanggung jikalau kita dengan rela hati ingin menjebakkan diri dalam dunia shopping online. yeah. apa kita buat, mesti kita kena tanggung risiko. hehe.


shopping online tak perlu bawak beg banyak2 macam ni :P

risiko yang harus kita tanggung semasa membeli belah secara online..

1) saiz pakaian tak sesuai langsung dengan kita. dan berkemungkinan fabriknya tidak selembut yang disangka.

- kita mintak saiz M, dia hantar saiz M, tapi besarrrrrrrrrr. setahu aku kalau orang pakai saiz M, memang tak suka kalau terpakai baju saiz L. kan kan? hik hik.. dan setahu aku jumpa kalau dah memang pakai baju saiz XL, tetiba dapat saiz XL yang kecik, tak muat, tak boleh pakai jugak kan? hehe. so itu yang kita tak sangka. kalau bayar mahal, hurm.. parah jugak. kalau boleh tukar tak apa, kalau dia kata tak boleh tukar? haa.. dan kadang2 kita tak sangka, dia kata fabrik kain tu selembut sutera, tapi bila sampai, keras. haa. macam mana tu?

2) susah nak tukar barang kalau berlaku sebarang kesilapan.

- kalau tersalah hantar barang, nak kena tukar balik. kena pegi pejabat pos, kena bertolak ansur dengan penjual. macam2. rasa macam remeh pulak kan. selain kita akan rasa moody sebab kita dapat barangan yang bukan kita nak..

3) dalam gambar nampak cantik, bila dah dapat, khabar indah dari rupa.

- ini selalu berlaku. dalam gambar bukan main cantik, meletop, tambah2 kalau kena model yang cun2 pulak. memang kita akan nampak sempurna. tapi bila dah dapat, aiyarkk. warna pudar la, jahitan tak kena la apa la. macam2.

4) kos penghantaran yang melampau. kadang2 penjual sengaja cas harga tinggi.

- contoh la, kalau standard harga rm5, tetiba kena bayar rm10. padahal kita tau nak pos guna pos laju ke apa ke, kalau ikut pada barangan, rm5 aje. kalau rm6 dia cas okay lagi. kalau rm10. haa.

5) barangan hilang atau rosak sewaktu penghantaran

-kebanyakan penjual, dah tetapkan, apa saja yang berlaku semasa penghantaran mereka tidak akan bertanggungjawab.. kalau barang hilang, mereka tidak akan menggantikan dengan yang baru melainkan kita beli semula. kalau barang rosak, kemungkinan jugak mereka tidak akan ganti sebab semasa mereka hantar, barangan elok lagi. nak salahkan pos laju? haha. adess...

6) penjual menipu semata2 untuk kaut keuntungan.

- barangan tak de seperti yang ditunjukkan. itu biasa berlaku ye. selalu aku baca ada orang komplen, sebulan dua bulan barang tak sampai pun. penjual terus senyap dan hilang. mana kita nak cari kan? kenal pun tidak. hehe


tak semua penjual macam tu. nak menipu ke apa, banyak lagi penjual yang menjual dengan ikhlas dan tidak mengaut keuntungan berlebihan, ada yang dah dijadikan hobi, ada yang memang suka sangat buat bisnes online. macam2 la.

yang penting kita kena berani tanggung risiko kalau nak beli apa2 menggunakan online. contoh kalau kita nak beli baju kurung online harga RM200. kita fikir dulu, kalau tak dapat macam mana? kalau tetiba hilang ke, penjual menipu ke apa ke, macam mana? sanggup tak? kang langsung tak de duit kang. kalau dah memang tak kisah, tak mengapa. haha..

aku penah sekali aje beli barangan online iaitu shawl. 4 helai. itu pun sebab kawan aku yang dah lama kenal kat alam maya. hakhak kebetulan dia buat bisnes dan itulah 1st time aku beli shawl. hehe. sekali tu aje la.

kalau kat kemaman ni, susah aku nak beli barangan online sebab kan kena bank in cepat2, aku ni dah la bank jauh dari rumah, abah keje tak menentu. susah jugak. baik tak payah order. haha.. tapi suka shopping kalau abah bawak pegi bandar. beli banyak dah tudung dan shawl kat sini sampai penuh bakul. hakhak

mungkin kalau aku nak beli online, adalah shawl sahaja. atau inner. itu saja. yang baju kurung ke, apa ke, aku tak berani. haha mahal dan aku lebih suka mencuba dulu sebelum beli. kadang2 tak boleh pakai ke apa ke, kan ke rugi. hehe.

tunggu la aku keje nanti, nak merasa jugak shopping online ni kalau diizinkan familyy, tapi yang penting kena berani tanggung risiko!!



kalau beli barangan online, tak merasa la macam ni, ye dak?

mungkin anda berminat???










15 comments:

syira said...

Tu la. Syira memang agak takut nak beli brg online ni.
Kalau tak dpt tgk dgn mata kepala sendiri, rasa tak sah! hehe

Unknown said...

sebelom membeli kena buat penilaian betol2

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery

yupppp aku pun rasa macam tu... takut apa yang kita harapkan tak serupa.... sebab kalau beli kat kedai boleh tengok barangan tu... ni cuma baca dan tengok gambar ajerrr.... semua rasanya nasib ajerrr

velasrizal said...

sbb tu i suka beli time shopping je

velasrizal said...

sbb tu i suka beli time shopping je

Anonymous said...

Wah!!!! sangat berguna tau. Baru kami tau yg kami leka semasa membeli barangan online ni.

LC Althea said...

beli online cuma kalau dh kenal org tu, dh jmpe dpn2 sbb selalu amek byhand je ;p

Sheherazade said...

Penah beli bj sekali je,nsb baik ok :)

suke bwk beg shopping byk2 hehe

Unknown said...

haha tulaah. shopping sebeno beno shopping lagi selamat. kiki. naseb bek bunbun x reti beli online. kahkahkah

Anonymous said...

sue xpenah cube. xreti..hehe

teyn teyn said...

kite ta suke beli baju / shawl on9 ..

tp kalo ubat2 tu suke la beli on9 . hehe

mmg risiko sikitlah bab size ni kan..

kindergartenlibrary said...

kalau kenal orang , baru boleh beli secara online ..
:)

Farah Shamsudin said...

akak pun memang tak pernah shopping on9.. takut sikit.. mesti nak kena beli sendiri.. takut kang, tak terpakai.. dah membazir kan..

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . Tia langsung tak pernah beli barangan dari online . bahaya!

Bunga said...

bunga lebih suka beli yang mmg kita nampak..hehe..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER