Sunday, July 3, 2011

PERNAH ANDA MENCUBA LAKSA BELALANG??

salam.

pernah tak? jawab soalan aku dulu. kui3.

aku pernah!! haaa.

kejadian itu masih menghantui hidup aku. seperti yang ramai dah tau, aku cukup takot dengan serangga termasuk lipas, belalang. rama-rama, kumbang dan sewaktu dengannya. terutama lipas, aku boleh pengsan kalau rasa dia masuk dalam baju aku. hakhak. dasyat tak :P

lokasi di kuala lumpur. di mana lokasinya biarlah aku rahsia. hik hik tapi boleh kata kalau aku sebut tempat tu, orang akan tau tempat tu agak terkenal dengan gerai makan la. hehe..

selalu kalau keluar mana2, abah akan singgah ke kedai tu untuk makan. macam rumah kedai la. dan aku ingat lagi, 2minggu sebelum aku masuk msi, maknanya kejadian ni berlaku pada tahun 2007..

selalu aku order minuman aje, entah kenapa lapar sangat, aku order je la laksa. tetiba rasa nak makan. hakhak. aku rasa baru balik mana entah. rasa letih sangat dan agak moody.

so laksa pun sampai. makan punya makan. tak sampai separuh lagi.

tetiba fikiran aku merewang2, terdetik hati aku berkata..

' kalau la terjumpa serangga dalam laksa ni..errr'..

setiap kali suap, aku akan meneliti sudu tu, lepas tu tak pandang sangat pun, tetiba aku nak suap, aku terpandang sesuatu..

heh. kaget.

aku cuit mama, aku tanya, mama, ni belalang ke?

mama aku terus menjerit. hakhak. caiss. terkejut kot ada belalang dalam timbunan laksa dalam sudu yang aku akan suap ke mulut. tetiba aku menelan air liur, alamak, rasa sesuatu kat tekak!

aku belek2 belalang tu, kaki sebelah tak de :(

mana kaki dia pegi? mesti tersangkut kat tekak aku T___T

bertuah dapat abah yang cool dan tak mudah melenting. dia panggil terus peniaga tu, tunjukkan ada belalang.. lepas tu peniaga tu nak gantikan laksa yang baru, aku kata tak nak la, kenyang dah. hehe..

minum air banyak2 pun rasa ada benda kat tekak T___T

dah la aku penakut belalang, boleh pulak makan kaki belalang. hampir ku suap belalang dalam mulutku. hampir. hakhak..


lebih kurang macam ni. ni aku amik kat google. aku amik pic yang tak rasa seram sangat kalau nak tengok..


seminggu lepas tu pegi medical check up, kan kena xray dada... lepas tu hasil xray tuuu..

nampak kat tengkuk aku ada satu garisan tebal dan panjang. hakhak. mama kata, itulah kaki belalang!! dia tak hilang lagiiiiiiiiii. haha sampai sekarang aku simpan lagi hasil xray tu..

sejak tu, kalau abah bawak pegi kedai tu, aku order minuman aje. hehe..

kalau makan laksa, abah mesti akan kata 'jaga2, satgi makan laksa belalang lagi'

itulah kisah yang akan mengerikan dalam hidup aku. T__T



mungkin anda berminat??







18 comments:

Cik Rose Cute said...

tak pernah makan laksa belalang....kalau boleh tak nak.....geliiiiiii....hihihihi

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

Sedap x??haha

Bui Idzra Ryn said...

hihihi..sampai pergi xray..nasib belalang,kalau lipas lagi kotor..ewww..^_^

bunga said...

xsedap ke?/cam nak cuba jer..ahhaa

Nur Farah Hani said...

kesiannya.. kalo fara da muntah2 kat situ,.. ngeri.. ahahaha.. :D

syira said...

erk!!
kesian nya fatin.
kalau syira, sumpah takmo jejak dah kedai tuh.
kat mana tuh? kg baru ke?

NOOR FATIN said...

mesti la sedapppppppppp. tambah perisa. kah3..

syira, xla. bukan. ada la :P

sifu im said...

aku penah je mkn laksa belalang??
tapi ko penah x mkn laksa kamen rider??haha

Dee Chicuita said...

kau memang TERLAMPAU perempuan tin . kahkahakhaka

cambesje said...

pengalaman tu~

Gen2Merah said...

hahahaha.. ingatkan nama sup tu 'Sup Belalang'.. Rupa2 nya memang ada belalang betul2 pun dalam sup tu ya.. hahahaha... lucu

merahitujambu said...

perghhh...belalang???memang menjilat jari laa mkn..heee...apa2 jee laa tukang masak ni...eeeuuuu

JIJI YU said...

ok la tu dari lipas kan

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . memang ngeriiiiii . wooo . kaki belalang ? nasib baik bukan kaki lipas . euhhh :)

asfira aminuddin said...

haha. babe, takutnyaaaa. kalo mcm ni tiap kali i mkn laksa pun i kena teliti dulu. dah la fav i mmg laksa. ;))

Raden said...

masih nk minom aer kat kedai tuh?? mne tau die blend jus kaki belalang...buat penyedap

nelly said...

oppss !
apa rasanya ?
=='

Hans said...

aneh betul kedai tu
sampai laksa ada belalang kan
fuh
nasib tak tertelan
kalau tidak xtau apa jadi

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

ARTIKEL RAKAN BLOGGER