Saturday, July 23, 2011

SEKALI LAGI FLAT 3A

salam..

update entry kejap, satgi petang aku nak balik kampung pulak. hehe kejap je la. esok abah dah nak balik kemaman. aku dan mama aku meneruskan kehidupan di kulim. isnin nak pegi settle clearance, lepas tu dah boleh kerja ;D

selama 2 minggu aku kat kulim, aku dah 2x tengok wayang. mula2 sekali tengok cerita SEKALI LAGI. pelakon utama, lisa surihani, shaheizy sam dan mia sara.. masa tu macam nak tak nak je la tengok, sebab kitorang nak tengok cerita apa ntah tapi lewat sangat tayangannya. yang paling awal cerita SEKALI LAGI ni la. ekekek..


cinta itu milik kita..


mula2 aku expect yang si sheila ( lakonan lisa surihani) dan arman ( lakonan shaheizy sam) bercinta lepas si amy (lakonan mia) tu berjumpa. mula2 aku fikir macam tu la. lepas si arman jumpa amy, lepas tu dia kenal dengan sheila, mak amy, dan terus bercinta. rupa2nya tak!!

haha rupanya si arman tu memang ayah amy. dia memang tak ingat apa2 lepas buat pembedahan.wuu. memang sedih la cerita ni. ni 1st time aku tengok cerita cinta dengan .  bukan suka jiwang2 macam ni. kahkah dia kata cerita ni tak best pun! grr

bagi aku memang best la, sebakk. hehe tapi control la ye,  ada kat sebelah. selalu kitorang tengok cerita hantu, seram dan komedi je. ni 1st time tengok cerita cinta sama2. aku buat2 cool je padahal kalau tak de, meleleh dah air mata. kui3

apa2 pun filem sekali lagi memangg bestt.. jalan ceritanya memang lain dari yang aku jangka sebelum aku tengok. setiap babak buat aku tertanya2 apa akan jadi seterusnya. tak tengok sampai habis lagi, dah tanya macam2, apa akan jadi lepas tu. agagaga..

aku bagi 8/10 la cerita ni. kui3

shaheizy sam sangat kacak XD

flat 3A pulak dah. dah la ditayangkan pada 14 julai, birthday aku. buat seram je kan. ingat tak dulu2 ada cerita hantu korea, dark water, dah la budak dalam cerita tu mati pada 14 julai, malam tu aku tak boleh tido tau tak, kenapa la masa tu diorang amik 14 julai. amik la 15 julai. biar tak boleh tido. HAHA



apabila dosa silam mula menghantui..


semalam aku tengok dengan alisya (12 tahun) dan farhan (9 tahun) kat kulim landmark central kulim. haaa. boleh tahan best la cerita ni sampai menggigil2 terpaksa papah keluar panggung. agagaga..

satu satu fatin sayang mama..
dua dua mama sayang fatin..
tiga tiga fatin sayang semua..
erkk. aku dah lupa. huahua


lagu ni asyik terngiang2 je kat telinga aku tau. grr..

dah la yang mati kena bunuh tu nama fatin. lepas tu dok nyanyi, lirik ada nama fatin. seram tau x?

best tengok dengan budak2 ni, sebab diorang punyalah takot, pakat peluk aku. diorang ingat aku tak takot? buat2 cool aje weh. dalam hati, rasa nak keluar pawagam. kahkah

banyak benda aku nak komen dalam cerita ni antaranya :

1) jangan mudah bagi dara pada kekasih. konon2 janji nak kahwin. dah hamil, pang pung pang. haha..

2) dah tau hamil. jangan gugurkan. siap makan ubat. pehh siap nampak ada bayi dalam bath tub. seram tau? haha..

3) jangan pindah kat rumah yang seram ya amat. kalau korang tengok, rumah dia. mak aii. punyalah berselerak, bersawang2, seram gila. kalau aku, tak mau pindah situ dah. tak kira la murah ke, free ke. haha..

4) jangan percaya kawan baik sangat. sebab kawan baik tu boleh tikam belakang anda di mana dia la yang ada kaitan dengan bomoh kang suman tu. keh3. aku tak perasan pulak adik beradik ke, anak beranak ke. haha..

5) lagi nampak hantu, lagi dia nak pegi cari. dah jumpa, siap bersembang dan pimpin pegang tangan. ishh. kalau aku lari tak cukup kaki. wakaka..

6) jangan lupa kalau nampak ada sebelah sinki, ada tanaman pokok bunga, jangan lupa korek2, check2 kot2 ada mayat sebab mayat si fatin tu diorang sorok kat situ. agaga..

tak ramai sangat pun dalam pawagam. tapi jeritan2 kedengaran pulak. sound effect yang suspen pada mula2 lepas tu sunyi senyap sepi., alisya siap pandang kiri kanan, depan belakang, penonton yang lain, semua pakat tutup muka dengan tangan. agagaga..

aku dah pesan jangan jerit, tapi diorang jerit jugak dan buat aku pun jerit sama.. haha..

aku bagi 9/10 la kat cerita ni sebab dia berjaya buat jantung aku berdegup kencang. grr.

dah la nama hantu fatin, 14 julai pulak tu,. grr aku tak de kaitan okeh. haha..

nak sangat tengok filem hantu bonceng yang kelakar gila, lakonan zizan., raya tak jadi, lakonan johan dan al-hijab lakonan pierre andre yang punyalah seram walau tengok sikit2 je. wakaka..

dan baru ku tau, bulan 7 ni tak banyak filem yang best. fine. aku tak minat cerita omputih. T__T


11 comments:

Marya Hana said...

ohh flat 3A arahan encik zack.. azhari zain which my lecturer kat uitm.. hehe.. :')

fatin kasik 9/10.. actually cerita tu banyak perlu diperbaiki..

hehe..

sizuka[Izzati] said...

suka sekali lagi jugak.hehe.sweet gila kot.

siti kektus said...

sekali lagi pon dah tengok. tengok cd je la. ^^




hm, dorang2 yg sanggup gugur anak ni, letak otak tu kat kepala lutut agaknya. ish2.

NOOR FATIN said...

yaya, haha saya bukan tau sgt pasal pembikinan ke apa ke, janji dapat menghiburkan hati ckupla dan xboring XD

sizuka, tau xpa! nak sam..waaa

siti, tu la takot tgkk..wu

mazni md said said...

T_T nak pergi tengok wayang... #tibe2 ingat kat my bff yg selalu teman pergi tengok wayang..

Umedia Network said...

Serius filem "sekali lagi" romantik. hee. Kalau dah Lisa surihani tu mmg sesuai sangat lah berlakon cerita romantik ni. hee. Nice info. :)

Princess Feyqa said...

best ea flat 3a tu? blh la tgk t huu~

asfira aminuddin said...

babe, sejak i cuti ni, i takde masa langsung nak tgk wayang. ala jeles laaa. ;P

Farah Shamsudin said...

Flat 3A akak lum tgk.. seram ekk.?
kalau sekali lagi dah tgk.. sedih!

h A n Y S said...

dah tengok sekali lagi, memang best..sedih.. T__T

cite Flat tu blom tgk.. :D

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

uihhhh citer seram Flat kerrr... aku banyak kali dengar sedap citernyerrr...


isshhh cuma hati aku tak berapa cekal nak tengokkkk....

ARTIKEL RAKAN BLOGGER