assalamualaikum! :)
alhamdulillah, semua barang yang aku tunggu selamat sampai ke rumah, jadinya aku nak buat satu entry khas sebagai tanda penghargaan kepada si pemberi yang baik hati dan promote sekali blog diorang. kehkeh.
semua ni aku terima dalam bulan april. syukur, atas usaha sendiri, berbaloi :)
mula-mula sekali aku dapat hadiah dari iceq. KLIK SINI untuk ke blog beliau.. salah seorang BFF kesayangan aku. :)
sebenarnya terkejut sangat sebab dia tak inform pun nak kasi apa2 hadiah, ni la betol2 orang panggil surprise, ye dak? kekekeke terharu sangat rasanya. ;')
buku yang bagus. isi yang lengkap, padat, seronok la masa baca, rasa macam ada kekuatan, ada semangat, tak nak rasa sedih. untuk menjadi wanita paling bahagia, tak susah sebenarnya.. tapi tu la, aku tak mencapai tahap tu lagi :)
antara yang aku pelajari dalam buku ni..
seorang wanita hidup di pondok, hanya makan sepotong roti, beribadah kepada Allah, adalah orang yang bahagia dan hatinya sentiasa tenang kalau nak dibandingkan dengan seorang wanita yang hidup dalam rumah mewah, menikmati hidangan-hidangan yang lazat, mempunyai harta benda yang lengkap tetapi hatinya tidak tenang kerana tidak beribadah kepada Allah.
terima kasih sayang ^__^ kita sama-sama jadi wanita yang tabah okay? ;D
ok. lepas tu aku dapat pulak hadiah dari yadz! KLIK SINI untuk ke blog beliau.
ingat tak aku pernah join segmen sentap bersama yadz? alhamdulillah, aku antara pemenangnya ;D
dapat hadiah jam tangan! yeay!. kali kedua dapat hadiah jam tangan dari yadz, dulu pernah jugak dapat sebab masuk contest dia, aku pernah cerita kat blog. KLIK SINI untuk melihat jam tangan yang dihadiahkan dulu. kui3.
bagus jugak. sebab aku memang tak de jam. lepas jam yang yadz bagi dulu putus talinya (jam masih elok, nanti nak ganti tali ja), ada seseorang bagi aku jam tapi kan jam tu sudah tiada! sudah berada di tempat pelupusan sampah. mungkin dah hancur berkecai kot kena lenyek. kah3!
ini la jam yang aku dapat. cantik! cantik! cantik! pehh XD
terima kasih yadz!
lepas tu, aku menang giveaway dari sweety beauty shoppe. KLIK SINI untuk ke blog beliau.
hadiah menjadi rahsia sebenarnya. aku pun tak tau apa aku dapat, bila hadiah dah sampai ke rumah baru tau dapat apa. kikikiki.
shawl pashmina. pashmina kan? ke bukan? err err tak tau la orang panggil apa. kah3 tapi serius kain lembut gila! memang sesuai la dengan aku, shawl tu panjang dan lebar pulak tu, boleh lilit berkali-kali, tutup dada pun boleh. suka-suka. warna pun lawa! peh. aku pakai shawl ni time keluar makan kfc dengan mama hari tu.. kui3~
terima kasih sweety beauty shoppe! ^__^
lepas tu menang pulak teka teki dari blog yui! KLIK SINI untuk ke blog beliau.
ni pun tak sangka sebenarnya boleh menang. kekeke dia suruh teka yang mana satu dia dalam gambar masa sekolah. belek punya belek, lepas tu teka, rupanya betol! yahoo. suka-suka. hehehe
dapat hadiah hasil tangan dia sendiri, dia kreatif! dia memang ada buat bisnes craft ni. cantik2 hasil tangan dia sendiri. heheh KLIK SINI untuk ke blog craft beliau.
cantik kan? sampai empat! hik3! kerongsang ni. ;D
terima kasih yui! ^__^
aku menang jugak giveaway dari cik chemist! KLIK SINI untuk ke blog beliau.
nama pun giveaway, mestilah cabutan bertuah, ye dak? keh3 aku bertuah sebab menang button long skirt, dari miss qi closet. salah satu sponsor giveaway beliau!
ada 3 warna yang ditawarkan, biru, mustard dan pink. hehe biru milikku! sampai sudahhh XD sama tinggi dengan aku. best sangat! ;D
kaler tak nampak sangat, kan?
ha macam ni warna dia. hehehe harga dia RM50. saiz fit S-L.
sesiapa yang nak beli skirt ni, atau apa saja, yang best2, semua ada jual kat miss qi closet, KLIK SINI untuk ke facebook beliau.
terima kasih cik chemist dan miss qi closet! ^__^
dan akhir sekali, hadiah yang memang aku nanti-nanti dan akhirnya sampai, hehehe..
hari tu aku masuk satu peraduan kat facebook anugerah bintang popular berita harian. sapa yang komen post tu yang ke 200 akan menang t-shirt abpbh yang telah ditandatangani oleh zizan. kebetulan aku tengah online, aku try la masuk. komen dan komen berkali-kali. lepas tu offline. sebab ramai yang masuk, aku tak kisah sangat la pasal keputusan =,=
2 jam lepas tu aku online balik, saja-saja la check sapa pemenang dia, haa dia tulis pemenang t-shirt edisi terhad ini adalah fatin vavavoom! peh! peh! punya la suka kan. tak sangka. siap aku check balik komen-komen yang lain, kot2 ada fatin vavavoom lain kan, rupanya aku je! haha! alhamdulillah, rezeki! ;D
hai zizan! :P
dah habis abpbh, aaron aziz pun dah menang. hadiah pun sampai. kemain lawa bungkusan dia, hamboi2. :P
cantik kan t-shirt ni?tak tau la pulak lengan dia tu kaler merah. kah3 sebab dalam gambar yang zizan pegang tak nampak pun. hehehe saiz L ni :)
tak sangka dapat fridge magnet sekali. terkejut aku. sebab dia cakap baju aje, tak cakap pun dapat fridge magnet sekali. haaa memang bertuah la kan XD
time giliran baju aaron aziz dan shaheizy sam, aku terlambat! hahaha so tak dapat la :P dapat yang zizan pun jadi la. heheheh suka dia ni ^__^
terima kasih abpbh! ^_^
terima kasih kepada para penganjur contest/giveaway yang menunaikan janji. ada jugak hadiah yang aku tak dapat. ada yang aku tanya, tak de balasan, sepi terus. ada satu hadiah patah balik ke tuannya masa aku kat kulim dulu, tak tau dari sapa, tak de sapa pulak inform aku, heheh ada yang aku tak tanya pun, buat tak tau je la. hehe anggap je la tak de rezeki nak dapat hadiah yang diorang tawarkan walau aku menang. ;D
suka dengan kehidupan sekarang, dapat lihat banyak perbezaan kehidupan yang dulu dan sekarang :)
15 comments:
banyak gile hadiah dapat!! bertuah betul ni.. waaahhh. memang best.. aku taktau nak komen ape.. memang tumpang hepi je r.. ^__^
alaa bestnyer dpt bnyak hadiah..jeles3x!hehe..btw,dah follow u comel!
wahhh rezeki betul. Alhamdulillah.. jam tu cantik lorhh.. tak terkata ni tgok signature zizan sgale. byak betul hadiah. hihi
banyaknya fatin dapat hadiah!!!jeles ni..hehe tahniah tau fatin..ayu tumpang qgembira!!!;-)
alhmdulillah dear..rezeki tu,..byk juga ea.. tahniah!!
beruntungnya... sangat mencemburui kamu...
byk nye dpt hadiah...murah rezeki fatin....
alhamdulillah. :)
tahniah fatin
As salam Fatin,
Tumpang gembira! Rs nak peluk2 je kamu tau! Tahniah! Tahniah! Bertuahnya kamu ni... Meh sini, hugs amik berkat sikit tuah kamu tu :)
Have a wonderful day dear!!! :)))
mcm best buku tu.
wah...bestnyer
untung la dye.. bnyk hadiah :P
wahh, sis sangat beruntung! :) and yeah pemberian orang harus dihargai dan dijaga dengan baik!
wahahhhhhh !! jelesnya dpt hadiah dr zizan ..huhuhuhu
waaaa...best tu..banyak giler dapat hadiah...
chanteknya tshet tu,merah lg,sedondon dgn jam..hee..suka merah:)
congrats atin!:)
Post a Comment