Friday, April 13, 2012

KISAH PAK CIK LIPAN

assalamualaikum.

jika entry yang lepas-lepas aku berkongsi mengenai lipas, kali ni ingin berkongsi mengenai lipan pulak. hik3! 

aku sangat tertarik dengan kisah pak cik lipan yang aku baca dari facebook syabab musafir kasih.. kisah ini telah dikongsikan oleh beliau di laman facebooknya. ;)

begini kisahnya..





Kisah bener : Praktis karangan UPSR sempena kejadian solat tadi.



Selesai sahaja solat maghrib di Masjid Besar, aku dan adik-adik lelakiku berpindah ke surau yang lain pula untuk melayan kuliah. Sebenarnya, surau tersebut ada aircond. Itu yang nak pergi sangat ke surau tu. Sampai sahaja di surau tu, macam biasa kalau tiada ustaz yang mengajar, JKKK di situ akan menayangkan DVD Ust.Azhar Idrus. Aku pun layanlah sekejap. Dapatlah satu ilmu baru malam ni iaitu:



"Wakil rakyat rasmi setiap manusia adalah Izrail, malaikat maut. 



Dalilnya menerusi Surah al-Sajdah ayat 11, firman Allah yang bermaksud: 'Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).' " Maksudnya, bila-bila masa sahaja kita akan on-call dengan kematian. Tidak lewat sesaat, tidak cepat sedetik pun bila tiba masanya. 

Pukul 8.30, Isyak. Tayangan kuliah dihentikan. Aku pun berpaling ke belakang. 

Opocot! Terloncat seketika. Berdiri terus. Kebetulan masa tu tengah azan. Jadi, tercover lah sikit keterperanjatan tersebut. Why?

Ada seekor lipan bara yang besar, kurang sikit dari satu hasta panjangnya berada di belakangku. Tapi, yang menggelikan adalah, ada seorang budak gemuk tiba-tiba pegang lipan tu dan biarkan ia berlingkar di tangan. Lipan tu bukan lipan yang tidak berbisa kalau dilihat dari misai sengatnya masih ada. Lepas tu, seorang pakcik ni ambil lipan tu dengan selamba masukkan dalam poket baju Melayunya.

Aku dah cuak. Aku geli-geleman. Adik aku pun sama.

Aku pilih saf belakang. Duduk kiri sekali. Budget nak larikan diri dari pakcik yang bawa lipan tu. Aku ingatkan dia duduk jauh dari tempat solat aku, rupa-rupanya hanya beza 2 orang dari tempat aku. Dari segi susunan: 

"aku | adik aku | adik aku | pakcik lipan."

Aku cover macho juga dalam keresahan. Begitu juga adik-adikku. Imam mula membaca al-Fatihah. Dalam hati berkata, "Arghh..lambat pula imam ni baca. Cepatlah 4 rakaat ni selesai."

Baik, the best part malam ni, aku perasan aku solat sambil kepala aku senget ke arah kanan macam nak berpaling monitor pakcik tu. Mana tak cuaknya, dibuatnya rukuk dan sujud tu lipan tu terkeluar dari poket pakcik tu macam mana nanti? Seram betul memikirkan tentang lipan besar terbabit.

Rukuk, pandang ke kanan. Sujud, kepala terteleng ke kanan. Habislah solat aku. Ke laut dah. Adik-adik aku pun dah menggeletar. Adik aku yang paling hampir dengan pakcik tu mata tak tengok sejadah dah. Tengok poket pakcik tu. Gigil.

4 rakaat rasa macam 4 jam. Ketiga-tiga kami berpeluh dingin. 

Bila habis sahaja imam bagi salam, 

PLING!!

Ketiga-tiga mamat tersebut hilang dari pandangan. Tak sempat doa apa dah. Macho tak macho, dalam kepala selamatkan diri lebih penting dari kemachoan. 

Akhir kata, peristiwa ini memang tidak dapat dilupakan bila kali pertama solat terteleng kepala ke kanan. Kisah ini memang kisah benar. Benar-benar menggeli-gelemankan teringat lipan terbabit.


(harap cikgu dapat bagi A karangan saya ni ya)


----
Lipan kat dunia dah serems, apatah lagi lipan kat dalam kubur nanti. 
"Astaghfirullah rabbal baraya, astaghfirullah minal khotoya"






pelikkan ada orang bawak lipan pegi surau, aishh. kalau belalang ke kumbang ke, lipas ke ok lagi, ni lipan! haha tapi ayat yang terakhir tu memang buat aku terkedu seketika.

lipan kat dunia dah serems, apatah lagi lipan kat dalam kubur nanti.

lepas ni tak boleh nak takot sangat dengan serangga yang ada kat dunia ni. lipas ke lipan ke, rama-rama ke, ahaks, cuba bayangkan yang akan berada di kubur nanti. tak terbayang rasanya.. ;(

9 comments:

pet said...

nasib baik bkn cerita 1000 lipas.. haha

Unknown said...

As salam Fatin,

Akak pun geli dgn lipan, ular & semua yg seangkatan dgnnya... Tp bila akak bc kisah ni akak rs lipan tu mainan tak...hik3... Berani buta org tua dgn budak tu...he3... Lgpun buat apa la bwk menda xberfaedah tu ke surau, kurang pahala buat org xkusyuk solat... tak baikkan...

Tp bagus utk peringatan buat diri kita ni... mengingati mati selalu adalah org yg bijak! :)

are_lin@yu said...

mula2 ayu baca tersenyum..yela aksi dorang mmg kelkar asyiktgk pakcik tu..sapa tak takut oiii..klu ayu pun mcm tu..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

geli tgk lipan sbnrnya..

Unknown said...

tak kena sengat plak pakcik dengan budak tu?

Afasz said...

lipan.....bisa dia tu bhy.

lipas plak geli....

Zehan Ilyana said...

erkk..
betul2..kalau lipan kat dalam kubur, dah tak boleh nak lari mana dah...

NasQ said...

erkkk... lipan goreng tepung sedap tak agaknya ek?

kay_are said...

betul gak kan.. lipan kat dunia ni.. kite takut leh lari g.. tapi lipan kat alam sane tu? mane nak lari nye weh!

ARTIKEL RAKAN BLOGGER