Saturday, April 14, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

assalamualaikum..

tertarik nak join dari kamil kahar, dapat jemputan yang dia tinggalkan di chatbox. baca syarat, baca isi kandungan, terus tertarik! ngeh3~

contest dari kamil kahar.


banner contest.


tajuk : aku sebuah blog

anakmama89.blogspot.com. itulah namaku. aku dilahirkan pada 4 februari 2009 ketika usia mama ku mencecah 20 tahun. kini usiaku sudah melebihi 3 tahun. alhamdulillah, aku masih di sini.

selama 3 tahun aku menemani mama, bermacam perasaan telah mama luahkan kepada ku. perasaan sedih, gembira, marah, menyampah, sakit hati dan sebagainya. ketika itu aku belum dikenali ramai. kebanyakan yang mengenali aku adalah dari kalangan kawan-kawan mama sendiri.

kemudian, mama kenalkan aku kepada syarikat pengiklanan yang terkenal iaitu nuffnang. sejak itulah, kehadiran aku dalam hidup mama makin diketahui umum. kawanku makin bertambah, mama semakin rajin menghiasi ku, dengan warna yang ceria, cantik dan lembut. 
aku semakin dikenali. sudah dua kali mama menerima bonus dari syarikat nuffnang. 

mama semakin pandai menjagaku. dihiasinya aku dengan kata-kata indah, disalutinya aku dengan kata-kata hikmah, dan dibalutinya badan aku dengan perasaan kasih sayangnya. di saat aku dilahirkan sehinggalah usiaku melebihi 3 tahun, tak pernah kurang sekali pun kasih sayang mama terhadapku. sampai ke saat ini..

ya, mama pernah menerima dugaan. dugaan orang tak suka dengan kehadiran mama ku di industri ini, digunanya aku untuk memarahi mamaku. kelihatan mama rasa sedih sangat. tapi lama-lama alhamdulillah aku berbangga dengan mama ku. beliau sering menasihatkan dirinya dan juga aku, bersabarlah, tak semua orang suka akan kita, kita tau apa kita buat, kita tulis baik-baik, bukan bererti kita baik tapi sekurang-kurangnya kita tak buat jahat. dan mama juga cakap sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

walaupun sudah melebihi 3 tahun usiaku, mama tak pernah merasa jemu melayanku. biasalah, kadang-kadang aku demam, sakit, mama usaha mengubatiku, bertanya pada kawan-kawan untuk merawatku. mama juga sering menukar-nukar pakaianku, mencantikkan aku, supaya sentiasa kemas, menarik di mata mama mahupun orang lain.

aku tak tau sampai bila mama akan terus bersamaku. mungkin suatu hari bila mama ada komitmen yang lebih penting, mama akan punya masa yang terhad untuk bersama aku. tapi aku yakin, kasih sayang mama takkan pernah berubah. bukan senang untuk menjagaku sebenarnya, dugaan demi dugaan, mama seorang yang cekal dan tabah untuk meneruskan coretannya bersamaku. 

aku akan terus berbakti kepada mama selagi diperlukan. insyallah..

--------------------------------------------------------------------------------------


jawab soalan ni dengan jujur :

apakah impian anda sebagai seorang blogger?

impian saya sebagai seorang blogger adalah, saya nak berkongsi ilmu yang saya tahu kepada pembaca, saya mahu dikenali atas karya yang saya curahkan, saya mahu pembaca menilai saya dari diri saya sendiri, bukan atas cakap-cakap orang.  ;)

hadiah-hadiah gempak menanti anda :

karangan terbaik pertama 
-cash/topup RM30.
-colourful notebook by EM shop

karangan terbaik kedua
-cash/topup RM20.
-Colourful notebook by EM shop

karangan terbaik ketiga
-cash/topup RM10.
-colourful notebook by EM shop

5 peserta bertuah by random :
-bloglist
-penanda buku + 2 pen hitam stabilo performer = setiap seorang.
-special entry : komen kamil tentang karangan mereka.

5 peserta terakhir
-smart header by rochelle_secret

update tentang hadiah :

kategori karangan blog paling bahagia
-novel kacaknya cikgu by fazlan iskandar


kategori  karangan blog paling malang
-novel  hidup penuh cinta by bahrudin bekri

komen entry contest paling terbanyak

pemenang pertama
-headphone, usb hub dan lan cable


pemenang kedua
-keyboard skin, laptop skinguard, mouse pad


pemenang ketiga
-mini laptop fan,hard disk bag,nice stuff


2 top reffering url

-color pen (setiap sorang)



tarikh tutup: 30/4/2012

apa lagi kawan-kawanku, jom join! hik3 ni la masanya untuk anda mencurahkan rasa hati mengenai blog anda, bila lagi kan~ ngeee




kamil, saya dah vote ye~ ;D


komen korang tentang karanganku?? ;)

13 comments:

Kamil Kahar said...

hehe...karangan yg menarik...penuh dgn puisi2 yg indah...thx 4 da join fatin... :)

adan said...

untung "anak" tu dapat "mama" yang sentiasa bersabar.. teruskan menulis mama.. hehe.. btw gud luck..

Zehan Ilyana said...

wah, esei!
macam best je contest ni..:DD


p/s: klik ur nuff... thank you eh awak..:D

eita said...

pandainyer mengarang...
nak join tapi karangan fail....
huhuhuh

kay_are said...

cite pasal blog.. tapi hakikat nye mama tu yang cite.. ironi betul =P ape pun.. gud luck ok!

PCL said...

slm, eh lama tak singgah sini....karangan yg menarik, bole mng nih..gud luck Fatin.

Kamil Kahar said...

salam fatin...kamil ada update tentang syarat dan hadiah baru...take note ye... :)

afifah0hsem said...

salam singgah . hohoho, ceritera blog dia , amboih , mengalahkan 'mama' dia . haha . btw, good luck . singgah juga di blog saya ^^

afifah0hsem said...

lupa nak kasi link . ny ->
http://euforiakami.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html?showComment=1334534997211#c1590254272740712930 :)

are_lin@yu said...

kreatif fatin!!ayu suka baca.;-)gudluck tau..

NuHaZahari said...

heyhooo! hee. goodluck! nuha datang jenguk dari contest yang sama :)

jemput jenguk :p

jejariberjiwa.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html

Pecinta pink^^ said...

salam singgah dtg bace karangan awak..dtg dri segmen same..jmput sggah ke http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html thanx(^_^)

Genies said...

Saya lebih memilih untuk menggunakan beberapa fitur dari blog anda yang dipasang pada di blog saya apakah Anda tidak keberatan. Tentu saja aku akan memberikan link di blog web Anda. Terima kasih telah berbagi.
cara mengobati radang usus
cara mengobati batu empedu
cara menyembuhkan nyeri dada tengah

ARTIKEL RAKAN BLOGGER