Sunday, March 18, 2012

SEGMEN SENTAP BERSAMA YADZ

assalamualaikum..

dah lama sangat aku tinggalkan segmen. kenapa ek? haha. entah la. tapi segmen ni aku rasa nak sangat join. selain dapat berkongsi rasa, ada rezeki boleh menang hadiah tau. :) mana tau ada rezeki, kalau ada, alhamdulillah. kalau tak da tak apa, sekurang-kurangnya aku sudah berkongsi apa yang aku rasa bersama orang lain :)

segmen yang dianjurkan oleh yadz :) aku pernah menang contest dia jugak, dapat hadiah jam tangan. hehehe jam tangan tu masih elok cuma talinya sudah putus. wuwuwuw nanti nak kena cari tali baru la, ganti balik :P

hadiah yang ditawarkan oleh yadz adalah :

1) RM100 atau topup RM100, boleh pilih. ini untuk pemenang entry terbaik.
2) 2 utas jam tangan lelaki/wanita, hadiah sebagai random gift.
3) topup rm20/hadiah rm20, boleh pilih sebagai top referral.

Photobucket

jangan lupa letak banner ni.. domo domo..


mari kita mulakan dari sekarang ;

PENGALAMAN / BENDA YANG PALING SENTAP KORANG PERNAH ALAMI DALAM HIDUP.

putus cinta. masa tu baru la sedar langit ni tinggi atau rendah. baru la sedar kita berpijak di bumi yang nyata. dah masuk 2 bulan. alhamdulillah. kehidupan beransur pulih. tiada apa yang harus dikenang dan didendam dan tiada apa harus disalahkan. takdir Allah.

aku pernah beberapa kali putus cinta. tapi yang terakhir ni, punyalah banyak dugaan. tak sangka pun sebenarnya. dan yang ni paling pahit aku rasa, terlalu pahit.

salah diri sendiri kerana terlalu mencintai.
salah diri sendiri kerana terlalu mempercayai.
salah diri sendiri kerana lupa diri.
salah diri sendiri kerana buta hati.

masa bercinta tak ingat Allah.
masa bercinta tak ingat mama dan abah.
masa bercinta tak ingat kawan-kawan.
masa bercinta tak pandang kiri kanan.

yang ingat hanya cinta cinta cinta, boifren boifren boifren. sanggup hilang kengkawan dari hilang boifren. sanggup tak dengar cakap mama abah bila mana dinasihati agar tidak lupa diri.

salah siapa?

salah diri sendiri. titik. salah diri sendiri. aku tak salahkan orang lain, sebab memang salah diri sendiri.

sebolehnya bila aku ingat segala apa yang dah terjadi selama 2 tahun lebih kami bersama, aku rasa menyesal gila. bukan menyesal putus cinta, menyesal kerana jatuh cinta. kalau lah aku ambil pengajaran dari kisah cinta sebelum dia, mungkin takkan jadi macam ni. tapi tak apa, Allah beri rasa cinta ini senikmat-nikmatnya, di mana aku rasa terlalu mencintai, terlalu manis perhubungan ini lebih dari perhubungan yang lalu. tapi bila mana aku tak pernah rasa bersyukur, tak pernah menadah tangan pada Allah, meminta doa moga dia la jodohku, dia la yang bakal membawa aku ke syurga, makanya nikmat cinta yang Allah berikan hilang sekelip mata.

masa tu.. apa nak buat?

nak menyesal? kalau menyesal, boleh dapat balik ke? tak.

masa tu baru nak ingat Allah.
masa tu baru la fikir betapa banyaknya pengorbanan mama abah.
masa tu baru la ingat kawan-kawan yang ditinggalkan.
masa tu baru la menyesal. tak sudah. nasi dah jadi bubur.

selama 23 tahun hidup, inilah kali pertama aku rasa down sampai macam ni. ni kali pertama ye kawan-kawan. aku tak pernah rasa murung sebegini walau keputusan peperiksaan teruk, kena marah dengan mama abah dan putus cinta masa dulu. tak pernah.

dan masa ni jugak la, aku nampak mama menangis. nampak abah murung. tengok keadaan anak dia. masa ni la.

*kesat air mata*

nasi dah jadi bubur. apa kita boleh buat? bangkit. bangkit balik!! jangan biarkan diri terus lemah, terus meratapi perpisahan yang tiada bermakna. berbaloi ke?


CARA KORANG ATASI BENDA TU, KALAU BOLEH IN ISLAMIK WAY.

1) BERTAUBAT DAN KEMBALI PADA ALLAH

itu yang paling utama. malu tak payah nak cakap tapi bersyukur lah kerana Allah dah detikkan hati kita untuk bertaubat. selama mana aku masih bernafas, selama mana aku masih merasai nikmat pancaindera yang Allah berikan. peluang ini takkan aku lepaskan. bersyukur sangat-sangat. Allah masih beri kita peluang.

SAAT ALLAH SWT MENCINTAI SESEORANG, TEMPAT PERTAMA SENTUHAN CINTA ITU ADALAH HATI MEREKA. DISITULAH ALLAH MELENYAPKAN SEGALA RASA PUTUS ASA DAN KESEDIHAN AKIBAT DOSA MEREKA, KEMUDIAN DIGANTIKAN DENGAN HARAPAN DAN KEINGINAN UNTUK BERUBAH MENJADI INSAN YANG BERSIH. HATI KITA SEOLAH BERBISIK ' AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU.'

nak rasa bahagia? mintalah pada Allah, nescaya Allah akan bagi kebahagiaan itu. :)

2) MOHON MAAF PADA KAWAN-KAWAN DAN ORANG YANG KITA PERNAH SAKITI HATI MEREKA.

benda ni memang susah nak buat. sebab apa, malu. tapi alhamdulillah, aku diberi kekuatan. aku contact balik kawan-kawan yang pernah aku tinggalkan, yang pernah aku putuskan kawan sepanjang aku sedang bercinta, aku mohon ampun dan maaf. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. :) terima kasih kepada mereka.

3) BANYAKKAN BACA KISAH-KISAH AGAMA BERKAITAN CINTA DAN SEBAGAINYA

aku paling tertarik dengan blog akuislam. com. ada beberapa artikel dalam tu yang betol-betol boleh bagi kesan pada aku. yang boleh buat aku rasa kuat sangat. yang boleh buat aku rasa kesakitan putus cinta yang aku alami hanyalah sebesar zarah jika dibandingkan dengan kesakitan yang orang lain pernah alami.

antaranya.


'buat apa kita menghabiskan air mata, dan membiarkan hati gelisah dan bersedih? serahkan sahaja semua itu sepenuhnya kepada tuhan yang maha mulia, kerana jika hati sudah menjadi tenang, maka jalan keluar pasti akan terbuka'


'jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan'


'ketabahan memerlukan temannya rapat iaitu 'semangat'


'terima kasih Allah kerana selalu mendengar rintihanku.'


'itu bukan untuk menghukumi kita, tetapi untuk memberi pengajaran,bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,Allah akan mengambil mereka untuk disayangi..lebih dari yang kita mahu lakukan..'


manusia

BODOH : tak belajar dari pengalaman sendiri dan tidak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI : belajar dari pengalaman sendiri tetapi tak belajar dari pengalaman orang lain.
BIJAK : belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain.


' kepada si perobek hati,ingin sekali ku katakan,bahawa aku sangat-sangat bersyukur di atas perpisahan kita. tidak mungkin cinta itu bersatu kembali. aku tidak mahu taksub kerana cinta sampai aku tak mahu kehilanganmu.semoga kau berbahagia.'


'sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. alangkah indahnya jika perasaan itu digantikan dengan tawakal dan redha. berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.'



dan banyak-banyak lagi. sebenarnya kan banyak sumber dan kata semangat yang kita boleh perolehi. ramai yang menggunakan medium facebook dan twitter untuk mencari semua itu. banyak. cari la. :)

4) BERMUHASABAH DIRI.

masa ni la ambil peluang untuk bermuhasabah diri sendiri, macam kawan aku kata ' kita dah besar, tak semua benda kita kena salahkan orang lain, adakalanya kita kena tengok diri kita dulu.' ya. aku gunakan sebaiknya. mana salah aku, mana perangai buruk aku, insyallah, aku dalam proses buang sedikit demi sedikit. nak buang senang tapi nak kekalkan tu agak payah, tapi insyallah, usaha tangga kejayaan!! dan jangan sesekali berputus asa! :)

5) ELAKKAN DENGAR LAGU SEDIH, LAYAN FILEM SEDIH, BACA KISAH SEDIH PASAL CINTA.

itu memang aku elakkan. dengar lagu sedih macam lagu niat di hati tak nak berpisah ke, hahaha atau lagu yang boleh membuatkan kita akan gila sebab putus. percayalah. elakkan.. aku ambil masa jugak la nak layan filem sedih-sedih terutama ombak rindu! hahaha.. elakkan. :) itu lebih baik. lepas tu elakkan tulis status sedih contohnya ' aku xnak pun berpisah dengan dia :(, atau tak apa la, mungkin tak de jodoh, :( atau aku sayang dan rindu dia lagi la. :( atau atau sebagainya. lebih baik tulis ' subhanallah cantiknya permandangan di luar' << tips kawan aku :) atau 'alhamdulillah, semoga dipermudahkan rezeki pada hari ini' dan sebagainya
dan elakkan tulis benda buruk contohnya ' kau ni memang tak guna la jantannnnnnnn!! ' atau ' baru la aku tau rupanya ko la dalang semua ini!!' atau ' ko memang tak kenang budi, selama ni aku banyak tolong ko, **** la!!' dan sebagainya. untuk apa tu? tak perlu. lagi orang nampak kita buruk. :) kalau rasa marah sangat, sakit hati sangat, berwudhuk dan solat la. insyallah. Allah akan membantu kita.. luahkan kat facebook atau twitter tak da jalan penyelesaian pun. peringatan untuk diri sendiri.


6) BERPRASANGKA BAIK.

tipulah kalau tak de sedetik pun perkara buruk yang aku fikir. terutama masa aku kena serang hari tu. tapi tak apa la. berprasangka baik aje la. iman tak berapa nak kuat lagi, Allah sedang uji aku :) Dia bagi lagi dugaan, nak tengok macam mana kita laluinya. jangan sesekali menuding jari pada orang lain. semuanya telah ditulis oleh Allah.. :)

7) MEMAAFKAN MEREKA.

setiap kali berdoa, setiap kali sebelum tidor, aku selalu pesan pada diri sendiri, agar memaafkan mereka yang pernah menyakiti. walaupun teruk macam ni aku kena tapi aku maafkan jugak. siapalah aku untuk menghukum mereka. Allah sahaja yang layak memberi hukuman kerana Dia lebih mengetahui :)

8) BUANG SEGALA KENANGAN, BENDA YANG BOLEH INGATKAN KITA PADA KENANGAN.

barang-barang yang dia bagi. semuanya buang.. eh bukan. aku tak buang pun. sebab semuanya masih elok lagi, dijaga dengan elok tapi aku rasa bukan hak aku lagi, nak bagi balik macam buruk siku pulak kan, eloklah diberikan pada yang memerlukan. atau dijual sahaja.. nak buang, bukan sampah pun, hehehe. ;D jual la. buat lelong. lelong lelong. kalau tak laku, bagi pada sesiapa yang memerlukan! :) nak buang kenangan memang susah tapi usaha tangga kejayaan, ye dak? bergantung pada hati kita. :)

gambar/laman sosial semua aku dah buang, block, unfollow dan sebagainya. no.hp jugak ^_^ dia, sedara, adik beradik, sepupu sepapat dan yang berkaitan dengannya. tak ada sebab untuk simpan :)

9) SIBUKKAN DIRI DENGAN FAMILY/KENGKAWAN

penuhkan masa yang ada dengan family dan kawan-kawan. aku bukan tak pernah single so tak da la rasa sunyi mana pun. sunyi ke? mama abah kan ada. kawan-kawan kan ada. laman sosial pun ada. yang paling utama Allah ada. :) sibukkan diri denganNya. insyallah. aku takkan benarkan perkara lalu berulang lagi. insyallah. semoga ditetapkan pada hati. semoga tidak tersasar lagi. kita mesti kuat! kita mesti bersemangat!

10) BERSERAH SEGALANYA PADA ALLAH.

serahkan segalanya pada Allah. takdir telah tertulis dan masih belum terlambat untuk kita kembali pada Allah. segala cacian dan makian orang aku terima seadanya dan aku redha. alhamdulillah, siapalah aku untuk menilai amal ibadat mereka, dan siapalah mereka untuk menilai amal ibadat aku. kan? biarlah kita buruk di mata mereka, biarlah mereka nampak kita saja buruk, tak apa, asalkan kita nampak indah di mata Maha Pencipta. tak perlu terburu-buru mengejar simpati orang kerana Allah Maha Mengetahui.

alhamdulillah aku tenang sangat. ketenangan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. ini benar-benar tenang. tak rasa gelisah, tak rasa resah. kalau ada perkara yang mengganggu fikiran, sujudlah pada Allah, luahkan segala apa yang kita rasa pada Allah.. insyallah, kita akan rasa tenang ja..

bila ada masalah, atau rasa macam marah dengan seseorang, aku takkan luahkan di facebook atau twitter, berbanding dulu, selalu update status atau tweet benda yang aku rasa nak luahkan. insyallah, semoga dikekalkan begini, luahkan kemarahan di facebook atau twitter takkan menyelesaikan masalah, sebenarnya. Allah kan ada :)

orang yang paling kuat adalah orang yang paling sabar manakala orang yang paling lemah adalah orang yang paling cepat marah. aku mahu jadi orang yang paling kuat itu :')

percaya pada Allah, percaya pada hukum Allah. insyallah, Allah tahu yang terbaik :)

kisah ini benar-benar terjadi dan 10 cara di atas memang benar-benar aku amalkan. bukan sekali ja, lepas tu tak buat dah, bukan, kena istiqamah, tetapkan dalam hati, insyallah. semoga dikekalkan sebegitu :)

dan akhir sekali, aku mesti mencari cinta Allah, sebelum aku mencari cintamu, wahai bakal jodohku. insyallah..

----------------------------------------------------------------------------------------------


amboi panjang nya. semoga cik yadz senang hati membaca coretanku ini. kehkeh. ini sahaja yang dapat ku kongsikan bersama pembaca. salah dan silap mohon dimaafkan, aku masih lagi dalam proses pembelajaran.

aku nak ajak sapa join segmen ni????


tarikh tutup: 25/3/2012. dah tak lama ye. mari mari bersaing denganku. hakhak

nak join KLIK SINI YE

kalau anda tau segmen ni dari aku, letak la nama aku sebagai top referral ya :)

ok terima kasih dan selamat membaca ^__^

15 comments:

AnakPakZohar said...

ok.. dah baca sampai abis.. tak tinggal satu point pon.. hehe..

sebijik secetak lah macam my past.. wuuu T_T

akuislam memang website wajib terjah hari-hari... kadang2 share dekat blog jugak.. =)

hope lebih tabah. mak ayah, kawan2 still sokong .. Insya Allah jodoh terbaik ada menanti... amin..

#thanks yea join...

Unknown said...

entry yg penuh b'makna,sampai abes nana baca,huhu......

sharing is caring kan atin,moga ada rezeki atin untuk segmen ni...

syafiqa said...

mesti menang ini segmen.
seronok baca.
sambil dgr pengalaman sambil
share ilmu.

Unknown said...

kalau tak menang tak tau la.. all the best!!! :)

Unknown said...

pergh..terbaikk..gud luck ye

NasQ said...

viel gluck...

budakijaupendek said...

yang penting cik fatin kuat dan tabah ^^

Anonymous said...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ║
wahh..lama tak join contest-montest ni...cam best jer dapat hadiah tu...sempat lagi ni...
goodluck contestant!

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,good luck fatin..tq tau sdi tag..

are_lin@yu said...

thankz taq fatin..hehe..;-)

sahromnasrudin said...

alamak...saya sebenarnya tak brp minat nak join kontest hihihihh....

Cik Jannah said...

thanks tag jannah. nice sharing fatin. sama2 kita ingat mengingati :)

Unknown said...

As salam fatin,

Buena Suerte! Good Luck!

Mcm tulah hidupkan... Tp Allah Maha Penyayang ujian yg diberi pasti ada hikmahnya... Semoga Fatin bertemu jodoh yg baik lebih baik dari yg sebelum-sebelumnya... Jgn risau, wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik juga... Jodoh Fatin kita tak tahu, maybe lebih hensem, kaya, berpelajaran & yg paling penting seorang yg beriman yg boleh membimbing Fatin... Segala-galanya telah tertulis di Luth Mahfuz, rahsia Allah tu dik... Akak sentiasa doakan... Insya'Allah... nnt kahwin jgn lupa jemput akak tau! ;)

kay_are said...

macam susah je segmen ni.. ape pun thanks tag.. dah ade idea nanti aku wat ye =)

Plus Size Clothing Australia said...

plus size clothing

https://plussizeclothing.co.nz/

This plus size clothing blog is great.

plus size clothing

ARTIKEL RAKAN BLOGGER