Tuesday, April 17, 2012

DIPERMAINKAN OLEH KAKAK KAUNTER

assalamualaikum..

13 april yang lalu, birthday seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku.  kawan. aah kawan. kot. hehehe

dan dengan dia juga la, aku baru kenal apa itu pawagam, apa itu wayang, selama ni tengok kat vcd je, tak pun tunggu aje la, time raya mesti keluar. kah3!

pertama kali jejakkan kaki ke pawagam rasanya tahun 2007, umur 18 tahun, dan tengah tunggu keputusan spm. ngeee

masa tu nak sangat-sangat tengok filem mukhsin. punyala nak! kebetulan dia dapat gaji (dia buat keja sambilan), so dia ajak aku pergi tengok wayang! masa tu aku dok kat KL, so kitorang pergi tengok wayang kat KLCC..


dia pun tak pernah tengok wayang. aku pun. so sama-sama pergi ke pawagam buat kali pertama. sigh.

jalan punya jalan, kitorang pergi kat pawagam tu. tgv kan? rasanya la..

beratur kemain panjang. rasa tak sanggup dah nak tunggu tapi sebab nak tengok sangat, beratur jugak la. lepas tu aku dan dia pun beli la dua tiket filem mukhsin. seingat aku pukul 1.30pm.

masalahnya kitorang tak tau pawagam tu kat mana. jalan nak masuk ke panggung tu, kitorang tak tau, tertanya-tanya jugak la. lepas tu kitorang tanya kakak tu.. kakak yang jaga kaunter pawagam..

'akak, pawagam kat mana ek? masuk belah mana?'

'kat tingkat atas sekali'

kitorang pun angguk dan tersengih-sengih la. kekeke yela, tak lama lagi dah nak masuk pawagam ni, tak pernah masuk pun!

kitorang jalan-jalan la sekitar tu. lagi 10 minit nak bermulanya tayangan, kitorang terus naik ke tingkat atas, kan kakak tu cakap nak masuk pawagam kena naik tingkat atas, cari punya cari, tak jumpa.

pehh masa tu kitorang berdua dah panik. muka yang tersenyum lebar tadi pakat tertarik 44 inci dah. bayangkan, lagi 10 minit dah nak mula, kitorang cari pawagam tak jumpa. argh arghh!

melilau-melilau kitorang kat tingkat atas tu cari, tak de pun., yang aku nampak kaunter tempat aku beli tiket tadi la. kitorang siap tanya orang yang sapu sampah kat situ, bukan orang malaysia, dia geleng kepala tanda tak tahu.

aku cakap kat dia, tak apa la, tak payah la tengok, jom la kita balik. *muka masam dah time ni*. ekekekek

lepas tu dia cakap, jom kita pergi tanya kakak kaunter tu balik. 

kitorang pun pergi la balik, tetiba nampak tempat yang orang jual popcorn tu, lepas tu nampak ramai beratur, tunjuk tiket kat pekerja dan masuk ke dalam! hahaha..

masa tu rasa nak menjerit je, apsal kakak tu tak cakap dalam ni je??? ngada betol cakap tingkat atas! grrrrrrrrrrr~ hahaha

kitorang pun masuk la ke dalam, ikut orang je pun.

dah jadi satu masalah pulak, orang ramai dah penuh dalam pawagam, rupanya dia ambil tempat duduk tengah-tengah pulak dah, kena melangkah-langkah kat orang.. aduh.

lagi satu masalah pulak sebabkan aku masa tu rabun, tak nampak sangat. aku ada spek, aku pakai time nak jawab spm je. hahaha. walaupun skrin tu besar tapi aku nampak kabur.

walau time tu ada babak, adibah noor sidai pakaian dalam, diorang gelak guling-guling, yang aku ni punya jegil, apa la dia buat, tak tau apa-apa, gelak sekali je la. gelak sebab tak nampak. sigh. hahhaa

aku dah lupa jalan cerita tu. tak berapa nampak sangat kan. sabar je la~ kikikiki

lepas tu tengok balik kat tv time raya bila ntah. baru paham. lalalala~

sekarang ni dah expert dah. kah3. dah tau dah seat mana yang selesa nak duduk, tempat mana, jam berapa, semua2 dah terror dah. siap bawak mama lagi, bawak adik angkat lagi pergi. hahaha tak panik dah macam duluu~

itu la pengalaman pertama kali menjejakkan ke pawagam. rasa lucu sangat, rasa geram sangat sebenarnya, mungkin kakak tu sekadar nak melawak tapi kitorang percaya. nampak sangat tak baca apa-apa dalam tu. wakaka


kenangan yang terpahat di hati ^_^


11 comments:

anis scha said...

haha teringat pulak dulu pergi tngok wayang dgn member. then ad org amik seat ktorang. ktorang ckp lah tu seat ktorang. diorang tetap xnk kalah. last mnx tiket dorang, dorang trus bngun tnpa bg tiket. haa thu takot :p

teyn teyn said...

alalala.. kesiannyaa dia. haha..lucu pon ade.

are_lin@yu said...

bez bca pengalaman fatin..ayu pun first time tgk wyg kat perak..masa tu prktikal dgn ain,ika,faiz n taqi..hehe

:: Mrs.SyahNia :: said...

haha bole gitu nsb baik kamu tak terus balik kalau tak rugi je
terkosong kusi tu..hihi

ain 1st tgk wyg masa form3 tu pun belas ihsan akak jiran sbelah umah ajak..dsebabkan ikot org yg dah slalu tgk wyg so takde pnglaman pahit =) hihi

Marya Yusof said...

As salam Fatin,

Kelakar akak baca ni siap tnya hubby, bila first time die tgk wayang..hehehe... Akak pun xingat dah bila tp rsnya dulu sll tgk midnite dgn family... Tgk wayang mlm2 lg best... teringat first time bwk iman tgk wayang tgk cite Pirate of the caribean, Iman tdo smp abis movie...hehee... lepas tu tgk 2nd time cite antu bonceng... terpaksa keluar panggung 1/2 cite sb die da melalak2 takut... rugi2 ;)

nazirah said...

tu la macam2 kan.. kenangan dulu2, bila ingat2 balek ada yg sedih la, best la, gembira la kan ..

nanakimie said...

da lma xngk wyg,slu nana download je ceta kalo nk ngk,hee....ombk rndu pun ngk kt utube je...:)

eita said...

akak pun sekalai je merasa masuk panggung..
tu pun anak sedara yang ajak..ikut lah dia macam orang buta hilang tongkat...jakun...tengok citer ombak rindu..

tapi citer mukhsin lagi best pada ombak rindu..

kay_are said...

lawak gile.. tak logik jawapan akak tu kalau nak percaye pun.. ish ish.. nasib sekarang ni dah expert kan.. huu

fae jamal said...

hihi..apa la akak tu jwb cenggitu kan..takpe skg dah boleh bwk fae g tgk movie jugak kan?;p

~~oOpEt~~ said...

kelakar kot.. teringat time aku tgok wyg dlu :P

ARTIKEL RAKAN BLOGGER