Thursday, April 12, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN PEROKOK

assalamualaikum..

selalu kita membaca mengenai keburukan merokok, kali ni ada yang share pasal kelebihan2 perokok. bila aku baca, wah setuju sangat la kan. kekekeke. memang betol kelebihan2 perokok ni ye.





1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar.. Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam mau tercabut, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa..

2. Tidak membazir duit.. Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok..

3. Mengawal populasi penduduk dunia.. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan mati awalnya golongan-golongan perokok..

4. Membuatkan bumi kelihatan hijau.. Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau..

5. Menjadikan perokok awet muda.. Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua..

6. Sikap peramah terbit dalam diri.. Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal..

7. Jimat kos ubat nyamuk.. Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk..

8. Membantu meningkatkan gaji cleaner.. Pakcik-makcik cleaner senang dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka..

9. Menambah pendapatan para doktor.. Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka..

10. Membawa orang sekeliling merasai penderitaan.. Keluarga dan rakan-rakan si perokok dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua..

11. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban.. Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka..

12. Melepaskan stress perokok.. Orang yang menghisap rokok tau mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi..

p/s : teruskanlah merokok wahai perokok - perokok sekalian , Slogan untuk harini : hiduplah dengan pantas dan matilah dengan cepat... Hahaahahaha :p



terbaik punya kelebihan. heee ;D

12 comments:

Anonymous said...

hahahha..kan? kan?

Mysara Ab Rahman said...

mcm2..pape pn, merokok adalah haram..dh sfatwakan n di masjid2 telah tertampal notis..
klu ada yg mmpersoalkan, ia sama illahnya dgn kes arak yg memudaratkan..

Mila Ahmad said...

haha..yang ni kelakar der..

nuyui a.k.a miss YUI said...

haha,terbaik!

are_lin@yu said...

hehe sweet ja semua ni..tpi tak suka perokok yg suka isap rokok depan perempuan..;-)

mummyrinazone beauty said...

hehe tak sangka adagak kelebihannya=)

teha said...

waaa , kita xsuke org yg smoking !

Cik Jannah said...

salam fatin.
lama jannah tak singgah sini, im back :)

haha, dalam pujian ada kiasan. harap perokok paham2 lew yewww

:: Mrs.SyahNia :: said...

slogan tu tak tahan..
mmg sesuai..hihihi

adan said...

entri ni lawak.. hahahaha.. point no11 sgt btl.. hahaha.. tp aku tak isap rokok...

btw thanks coz blog sy tersenarai dalam bloglist anda.. terharu.. :)

Unknown said...

Ni kelebihan ke atau memerli...hahaha! But it's really good info! Apa kita panggil, reverse psychology! :D

Unknown said...

errr,.. nk komen tapi saya perokok gak.haha.. nak kene berhenti la ni

ARTIKEL RAKAN BLOGGER