Thursday, April 5, 2012

BILA RAKAN SEPERMAINAN TAK INGAT KITA

assalamualaikum..

baru2 ni ada la chat dengan kawan lama, dia bagitau kawan lama yang dia dulu selalu main sama2 masa kecik dah tak bertegur sapa sejak jumpa kat facebookk. entah ingat atau tak pun dia tak tau, dia ni punyalah excited, yela, terjumpa kawan lama kan, tetiba orang buat tak kenal, tak mesra macam tak pernah kenal..




hurm..

aku ada pengalaman ni. tapi bukan la masa sekarang. semuanya berlaku masa aku form1.
masa aku kecik2, masa aku tak sekolah lagi, aku ada sorang kawan ni. perempuan. rumah dia dekat jugak la dengan rumah aku. 

tiap2 petang kitorang selalu main sesama, dia selalu datang rumah aku, kitorang main mainan dan macam2 la permainan masa kecik. aku ingat lagi muka dia sampai sekarang okayy. hakhak

kawan lama jugak. lepas tu entah bila entah dia kena pindah. ikut family dia pindah kat perak. dah tak duduk rumah tu. masa tu sedih bukan main la, kurang dah seorang rakan sepermainan. mana boleh lupa! kekekek

lepas tu terus lost contact. mak dia je la yang selalu contact dengan mak aku. tu pun jarang kan. ala dulu mana ada facebook T_________T

masuk je aku form1, baru nak melangkah ke alam remaja, dapat kad jemputan dari family dia, abang atau kakak dia nak kahwin. so dijemputlah kitorang ke rumah dia kat perak.

so kawan2 mama setaman ni share duit sewa satu van, nak pergi ramai2. masa tu aku dengan dua orang anak jiran lagi, kami tiga orang saja remaja. yang lain semua mak mak.
kitorang bertiga ni sama2 kenal rapat dengan kawan aku tu la. yup, memang rapat ;D

perjalanan agak jauh. peh dengan panasnya, dengan macam2 la. adess. aku excited sangat ni.. nak jumpa kawan yang dah bertahun2 tak bersua muka, sambil membayangkan, macam mana la muka dia, dia mesti cantik sebab dulu masa dia kecik2, dia comel sangat2..

sesampainya kat sana, lepas makan2, dia pun datang la bersalam. memang cantik! dia punyalah ramahnya sembang dengan dua orang kawan aku. siap tanya sekolah mana, macam mana keadaan sekarang tapi dia langsung tak pandang aku.

aku cuit la mama aku, suruh cuit dia, datang kat aku, dia pandang dan cakap..

'ni sapa ni? entah tak kenal, tak pernah tengok pun' sambil geleng2 kepala buat muka blur lepas tu terus blah. busy kan layan tetamu.

peh jujur aku cakap, muka aku terus berubah, kecik hati aku sangat2. memang lepas tu nak senyum pun dah tak boleh dahhhhhhhhhhhhhhh...

yang heran, kawan2 aku dia kenal pulak. aku dia tak kenal. sigh. muka aku bukan berubah sangat pun. haiyark. 

sejak dari hari tu, kalau ada la sapa2 tanya pasal dia, aku memang tak nak amik tau. tengok, dah 10 tahun benda ni terjadi, aku masih ingat. berbekas kot dalam hati. sapa tak sedih kan bila kawan baik sendiri tak ingat kita.

dan sejak tu memang aku tak tau dah apa kisah dia. family dia pun rasanya tak pernah datang kulim dah. lagipun masuk form2 aku dah pindah kat KL.

dan sampai sekarang aku cari classmate aka bff aku masa smk st patrick kulim dulu, form1, nama norasyla rusli, tak jumpa2. dia pindah ke selama kedah. sampai sekarang tangan aku asyik menaip cari nama dia di google, facebook, nak sangat jumpa dia. rindu sangat2. lepas sama2 pindah, terus lost contact. gambar kami berdua pun aku masih simpan.

aku harap sangat dapat jumpa dia, dapat contact dia balik. tapi tu la, aku risau dia tak ingat aku je. maklumlah dah hampir 10 tahun tak bersua muka, nanti mesti aku lagi rasa sedih.. huuu :(

11 comments:

ijam ismail said...

haiyaa..sedeh2..
sbr j la..
smoge anda pat jmpe kwn lme 2 ye..
bw here..

SAYA BUKAN SAMDOL said...

hehe. maaf aku memang tk igt orang nak-nak kalau kawan kekecik dulu.

huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpe dear..kt cuba dlu.. tgk responnya camne ok..

are_lin@yu said...

ayu pun pernah mcm ni..dlu rpat ja..bla dh lma xjumpa dh xmsra..huhu

eita said...

memang terasa giler lah kan...
tak baik betol lah buat macam tu..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

bila dh lama xjumpa kdg2 kemesraan dulu tu dh takde. Org kulim yer dulu.. SMK St Patrick sekolah kat tgh2 pekan kulim. pernah jugak sekolah kat situ seminggu. kekekekke

kay_are said...

memang mati mood bile kite excited nak jumpe orang tapi bile jumpe je orang tu tak kenal kite.. apekah?? tapi patutnye kalau die tak kenal kite introduce r diri kite balik.. mane tau kot2 die ingat lagi.. aku pun kadang2 lupe gak member2 time kecik2.. tapi bile dorang bagitau name, leh je ingat lik

saffiya_aleesya @ echa said...

mmg sedih kan bila kawan yang kita kenal leh buat2 mcm tak kenal pastu dah tak mesra lagi ngan kita..itu laa kata orang jarak dan waktu yang memisahkan tu boleh buat manusia tu berubah..

saffiya_aleesya @ echa said...

btw salam kenal yer..singgah sini dan follow awak

Cik FaRiZaM said...

jemput singgah ke blog sy http://afasz.blogspot.com

Boni JLL3 said...

kalau orang macam ni, memang wajar dibaling dengan batu je.ahaha. tapi kene selidik dulu. mungkin orang tu segan dgn kita sebab da lama tak bersua muka

ARTIKEL RAKAN BLOGGER