Tuesday, April 3, 2012

MENYINGKAP KENANGAN MYSPACE

assalamualaikum semua :)

myspace. siapa yang masih bersama myspace? ataupun masih menggunakan myspace? sapa masih ingat tom? pengasas myspace? sapa masih ingat semua tu? keh3

tahukah anda, aku merupakan seorang pengguna tegar myspace. sangat2 tegar. aku start ada myspace sebelum aku ambil spm lagi. kawan aku la *lebih dari kawan la kiranya :))*,ok aku namakan dia mr fast, dia la yang bawak aku pergi cyber cafe, daftar myspace semua. 

tu la pertama kali aku ada myspace. aku selalu lepak cc orange kat setiawangsa. tak tau la ada ke tak sekarang. seingat aku dulu sejam rm3.00, kalau 5 jam rm10. aku selalu ambil 5jam, sampai nak tertido pun ada. kahkah. 5 jam menghadap myspace T___T 



aku rindukan semua ni! rindu! rindu!

tapi sayangnya dulu myspace aku tak boleh add orang. sebab mr fast ni, dia tak nak verify emel. dulu kan aku bukan tau dan reti nak buat semua tu. kesian aku. sob2. aku pun mesej la setiap orang yang aku nak add tapi tak boleh, aku suruh diorang add aku. mesej macam ni 'hai awak, saya nak kenal dengan awak tapi tak boleh add, add la saya k, keep in touch' :)))) ayat myspace dulu yang aku selalu guna adalah keep in touch. kahkahkah

tapi aku rasa macam tertekan jugak la. sebabkan mr fast ni suka delete friend aku. dah la susah payah suruh orang add, ada lelaki je, dia delete delete delete and delete. arghhhh.. @__@

tapi tu la, sebabkan aku sempat la berchatting dengan orang2 dalam myspace, ada la yang sudi buatkan myspace untuk aku. ahaks!

dan seingat aku la, aku ada 4 myspace kot. dua yang mr fast buat,  satu yang mr I buat, satu yang mr A buat . mr A ni kawan baik aku masa sekolah. dan myspace yang terakhir yang masih aku guna ni la yang mr A buatkan pada bulan 9 tahun 2008 kalau tak silap aku. sebab masa tu aku dah putus dengan mr fast :))


ni profile aku. aku gunakan nama tekan sayang fatin. hak3 okayy kat myspace aku memang banyak guna nama tekan sayang. aku guna jugak. layout dan background kalau tak salah aku, ali yang buatkan. yang best boleh hide komen dari orang lain. sapa2 pun tak boleh baca komen yang aku dapat kat myspace. hak3 sampai sekarang aku guna layout ni..

tapi dah macam facebook pun ada kan. ada like, share comment semua tu. boleh update status. dulu mana ada semua ni. tom ni tiru mark ek.. ekekeke :P

bila aku on je myspace aku akan update status walaupun tak de sapa komen dan like. sigh. mana pengguna2 myspace pergi? 




ni bio aku. aku update rasanya tahun 2008 kot. lepas tu dah tak pernah update. hakhak aku rasa sengalllllllll gila yang bab general tu. apsal ntah jadi macam tu dulu ek? hahahah ;D

hero aku, yang aku maksudkan tu mr fast la. kah3. yang hero hero lepas tu aku tak pernah update pun. hahaha



kawan dalam myspace aku kalau tak silap hampir sangat dengan angka 3000. tapi bila aku bukak je dah jadi 2796. dah boleh agak berapa ramai delete myspace kan. sigh. tengok kawan 2000++ pun tak de sapa tegur aku kat myspace pun tau. huk huk huk


ni komen yang paling latest aku dapat. tak la latest sangat, 4bulan lepas ar. ha3 yang lain-lain bertahun-tahun punya. ekekeke ada jugak orang cari aku kat situ ye. hik3! memori~





kalau bab artis pulak, sorang je pernah komen dengan aku. erry putra. keh3. aku terjumpa mesej ni kat inbox. :))) itu lah satu2nya artis yang balas komen aku. ;D


lepas tu aku try la pulak cari myspace yang mr fast buatkan untuk aku. aku memang frust gila la dengan myspace tu. sebab mr fast dah tukar password. sempat la aku guna kejap. heheh aku nak delete gambar tu. DP tu gambar kami berdua. tapi apakan daya. sob3


ha ni pulak bio kat myspace yang lagi satu tu. maaf2, profile tu aku tak boleh tunjuk. bahaya :P gila jugak la. ayat poyo gila. woi aku kata kat diri sendiri ni. hakhak yes sangat poyo. poyonya aku dulu.. nak pergi kulim pun nak bagitau orang kan. wakakaka~


tapi tu la orang kata, kenangan takkan boleh dilupakan. dan kitorang (aku dan mr fast) pun tak pernah bermusuh, kitorang putus cara baik pada tahun 2007. aku tak gila, tak down, tak meroyan langsung, malah kitorang masih contact sampai tahun 2010 lagi (ok terpecah rahsia lagi). aku dengan kakak dia masih contact sampai sekarang. alhamdulillah. dia pun dah bahagia bersama keluarga dia. syukur. 

dan aku masih simpan barang2 yang dia kasi. yup, simpan sebab itu semua kenangan. tak de la nak terkenang ke terindu ke tapi serius, walau dia belajar tak setinggi mr lain, dia masih hormat aku :) itu yang aku tabik gila kat dia dan aku tau dia boleh jadi bapa yang baik jugak! ;D

dan aku tak pasti sekarang ni bebudak zaman sekarang online lagi tak myspace. sebab kan semuanya beralih ke facebook. siap ada fanpage untuk diri sendiri bagai. 

aku tak pernah terfikir pun nak delete myspace ni sebab banyak sangat kenangan. kenangan yang terindah. tak de yang pahit :)

nama pertama yang aku guna masa kat myspace dulu adalah princess fatin. apsal princess? aku pun tak ingat. byeee

14 comments:

☻UsaGi NaNa☻ said...

ada lg smpai skrg??wahseyy!

sizuka[Izzati] said...

entah kemana dah myspace.hehehe.sekejap je guna.tak berkenan sgt :P

adan said...

serius ckp la aku tak minat myspace ni..sbb aku sgt ketinggalan untuk register myspace.. tahun 2010.. haha.. time tu fb dah femes beb.. hehe..

dulu selalu je lepak cc.. sampai bejam2.. tak ingat nak balik dah.. hahaha..

nuyui a.k.a miss YUI said...

xbuka2 dh..ciankan..

are_lin@yu said...

hehe..dulu pun ayu ada gk tapi mr anip dh delete..hehe

Lulu Caldina said...

Jom tengok sini.. ^__^

http://lulu-pages.blogspot.com/2012/04/menang-sticky-post-entri-24-jam.html

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

sy tak sempat nak daftar myspace..nak daftar rupanya org dh tak pakai hihihhh

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

myspace ak xboleh bkak sbb emel dh x valid..huhu

kay_are said...

aku ade my space tapi wat syarat je r.. =P aku lagi suke frenster dulu2 sebab aku leh wat design sendiri untuk muka depan.. leh tambah lagu, leh main overlay.. tapi selalu frenster filter code2 aku tu.. damn!

teha said...

dh lame tggl myspace.. hahaha !

are_lin@yu said...

ayu taq fatin..join tau..;-)

eita said...

tak pernah tau pun pasal ni...
:(

Boni JLL3 said...

hahahaha..friendster ada tak??hakhak

nanakimie said...

nana xpenah ada myspace...fs dulu penah jgk maen,pastu baru fb,skrg neh maen blog je..hee...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER