Sunday, May 1, 2011

SEPATUTNYA AKU DI SKUDAI SEKARANG :(

salam..

sepatutnya. sepatutnya. sekarang kalau aku bukak mata, aku sudah berada di skudai iaitu di taman universiti. tetapi, kenapa aku masih lagi di kemaman ni??? T_____T

hari ni sepupu aku kahwin. namanya kak shaliza. dia bertunang masa hari raya ketiga hari tu..
aku tak boleh pergi. :( sedihnya. kitorang plan dah lama nak pergi sana. last aku pergi jb, masa aku form3 kot, tu pun sebab kakak dia kahwin. huhu..

last minute cancel sebab abah kerja. tak boleh dapat cuti. mama kata dia tak mau la bertekak ke apa ke, ikut je la. heheh bertuahnya dapat isteri macam mama, kalau aku ni, tak tau la. mengamuk dah kot. heheheheh. bagus2. contohilah mama. buat apa nak gado2 kan, dah tak boleh pergi. anggap je la tak de rezeki..

agak sedih jugak la. dua tiga hari nak rebah je. ngeh3. tapi nak buat macam mana. abah tak mengharapkan kami pergi sendiri naik bas.. so maknanya tak boleh pergi la. sob2..

semalam akak menikah. harini bersanding. ramai sepupu aku yang pergi. akak shaliza ni anak kepada mak ngah aku. mak ngah aku tu kakak mama aku. heee.. tema purple okay. peh, aku nanti2 nak warna biru laut la. hehehe. macam kakak dia dulu.. :)

sejak2 facebook ada setting untuk cousin ni, so di sini aku mahu menunjukkan beberapa orang sepupu aku. ada lagi yang tak de facebook. hehe tapi ramai la jugak yang ada..


siap aku label dah status diorang. hahaha..


ramai yang bujang lagi. tak apa2, ramai lagi kenduri akan ada lepas ni. haha. aku pun lambat lagi :P

di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada akak shaliza dan abang hery. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. maaf tak dapat nak hadir. masa dan keadaan tidak mengizinkan.. agak sedih la kan. hehe tapi nak buat macam mana, redha saja la :)

petang ni aku nak pegi kenduri kat area sini. pakai baju cantik2, makeup tebal2, pakai kasut tumit tinggi. geram! wuu..

15 comments:

NIA said...

nanti dtg jb lawat sy pulak.kihkih.nnti balik Msia ada setaun lg dkt jb :D

cik azeya said...

nak kawin jugakkkkk. huu tapi lambat lagi. -_-

Anonymous said...

Selamat pengantin baru untuk mereka. Semoga berbahagia ke anak cucu hendakNya.

kindergartenlibrary said...

Jangan sedih2

Ce'gu JAERA said...

selamat pengantin baru buat semua ek.. Eh, fatin ni dah kawin ke? Ngehe

dya mohamad said...

nanti kenduri kawen dya,fatin dtgla eh.tp 4thn lgla.hee:PPPP

Nurfazilah Cipa said...

ciannye...:') xpe t de pluang dtgla jb k?hehe~

velasrizal said...

wah siap label lagi status..rajinnye

Honda Wave Dash 110cc 2011

LC Althea said...

aku pun buat gak.. dlu buat setting sisters je, sbb tkde option laen.. ;p

Azah Rahaman said...

taman u skudai ? dear , abg azza pun stay dekat sana and bila musim cuti sekolah , azza pun penah balik, walwayyy , tak sangka , kihkih :)))

asfira aminuddin said...

babe, sabar! sian you. nanti ada rezeki, bole pegi :)

merahitujambu said...

bestkan fb ada macam tu lepasni kawan baik pon leh letak kt fb..hhehe

kawin???sy nk jugak...thn depan leh x..=p

ejulz said...

sabar2.. kehadiran tu x brp penting.. yg penting doa.. smoga diorang berbahagia :)

Hafriz Mohamad said...

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

barakallahu'alaihim.. insyaAllah. :)

kay_are said...

amboi.. siap promote kazen lagi tu.. pasni macam2 majlis kawin r ade pasni kan.. hee.. xpe2.. lain kali leh je g sane lagi kan..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER