salam..
post ini sempena hari ibu. yang jatuh pada hari ini 8/5/2011. :)
meh kita kenali siapa ibu aku. hehehe nak kenal tak? :P
nama ibu aku noor fishah bt ismail. aku lebih selesa memanggil dengan gelaran mama. dari kecik2 aku panggil mama. hehe aku anak tunggal. maknanya aku la satu2nya anak mama dan abah aku. mama kawin pada bulan 2 tahun 1988 dan melahirkan aku pada julai 1989. mama kawin dengan abah atas pilihan keluarga. kiranya mama tak kenal abah pun sampai la kawin tu ;D
hebatnya mama. jujur aku akui, aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu selain dari mama. mama la paling sayang aku. kadang2 dia manjakan aku. kadang2, nak manjakan sangat pun tak boleh, kang melawan pulak. hehehe.. aku memang yakin sangat tiada sapa yang akan dapat mengganti tempat mama..
aku ingat lagi masa aku form4, aku penah tercekik tulang ikan apa ntah. abah pulak tak da, outstation kat sabah. mama punyala risau sangat2. aku lagilah, punya la sakit dan meronta2 nak bagi tulang tu keluar.. mama sampai mengalirkan air mata.. bukan aku. dia pegi rumah jiran, tanya macam mana nak buat, call abah. minum air banyak2., makan nasi banyak2, macam2 dah tetap tak keluar, akhirnya aku tido dalam kesakitan. dua tiga hari lepas tu baru hilang..wuu..
untuk pengetahuan korang, dari aku kecik2 aku selalu cerita apa saja yang aku tau kepada mama. maklumlah aku kan anak tunggal.. bayangkanlah, takkan la nak berkongsi cerita dengan abah pulak. heehhe. sesiapa saja yang kawan dengan aku, mama aku mesti tau. tak kira la kawan kelas sebelah ke, apa ke,kawan lelaki, perempuan. musuh ketat ke, apa ke, semuanya mama pasti tau..
aku mesti akan berkongsi. senang. bila aku susah senang, mama mesti ada dengan aku. dia tak penah tinggalkan aku. alhamdulillah. syukur sangat. :)
mama selalu nasihatkan aku pasal perhubungan aku, tak kira la dengan yang lama2 atau yang terbaru ni. dari dulu2 mama cukup tak suka dengan ex2 aku, tapi bila dengan buah hati yang sekarang mama sangat suka. restu habis. mama selalu pesan, jangan cepat kecik hati, jangan bergadoh, jaga hati pasangan, jaga baik2 hubungan. semua2 la..
sesungguhnya aku bersyukur mempunyai ibu seperti mama. mama manjakan aku, dia beri kasih sayang sepenuhnya pada aku. segalanya2. niat aku, kalau aku dah berjaya nanti, dapat kerja bagus, gaji elok. mama orang pertama yang aku akan ingat. mesti mama. hehehe...
hargailah mama dan ibu anda sementara beliau masih ada. sedih aku dengar cerita kawan yang dia kata mak dia meninggal secara mengejut, langsung tak sempat mintak maaf.. :( sedih sangat. kita bertuah sebab masih lagi punya ibu.
ni gambar2 yang aku amik dengan mama semalam ( 7/5/2011). sebelum kitorang pergi kenduri :)
puisi untuk mama :
mama..
adalah wanita yang telah melahirkanku..
merawatku..
membesarkanku..
mendidikku..
hingga diriku telah dewasa..
mama..
adalah wanita yang penuh perhatian..
bila aku sakit..
bila aku terjatuh..
bila aku menangis..
bila aku kesepian..
mama..
engkau menangis kerana aku..
engkau sedih kerana aku..
engkau menderita kerana aku..
engkau kurus kerana aku..
engkau korbankan segala2nya kepada aku..
mama...
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu..
kerana jasamu..
tiada terbalas..
hanya tangisku sebagai saksi..
atas rasa cintaku padamu..
MAMA..
aku harap aku dapat jadi anak yang solehah dan dapat membalas segala pengorbanan dan jasa beliau selagi hayat masih ada. Semoga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku dan dimurahkan rezeki selalu. amin..
ramai kata muka aku sama dengan mama.. ye ke? :P
22 comments:
Amin ..` :)
cuwitnyerrr awk.... dua2 comey.. ^__^
Like mother like daughter. Sweet je. Selamat hari ibu ^^
haha sama sebijik dgn fatin....
hargailah ibu fatin sementara masih hidup k...
selamat hari ibu !
love u mama!
whoahhh muka nak dekat sama dgn fatin.kihkih.
lupa lupa.selamat hari ibu, mak fatin :)
ha ah. same. hehehe.
awk lahir tahun 89?
kite sebaye lah. huhuhu
(:
selamat hari ibu.
sangat sama ok! haha ~
selamat hari ibu untuk mama fatin.. semoga apa yg fatin doakan termakbul, aminnn~
:D
wau, hebatnya mama u. tabik! yes, muka u ada iras mama u. comel tau :)
slmat hari ibu buat ibu kamu ye...
ermm.slmt hari ibu gak buat ibu diseluruh dunia dan buat ibu sy yang tercinta walaupun dia sudah tiadaa..
syangi ibu anda ya..
muka serupa!comel! hehe..
btw, ur parents kawen atas pilihan keluarga..suweeeet gila....suweeet sangaaaaaaaaaaaat (tetiba excited plak,hehe..)
;p
slamat hari ibu :)
selamat hari ibu keada ibu adik ye serta ibu2 yang berada di dunia nie.. tapi bila la akak boleh bergelar ibu ye huhuhu~
selamat hari ibu.,.
seiras jer muka dua beranak ni.. :)
tang spek itu mmg serupa ya...selamat hari ibu utk mama awak
macam muka kamo mak kamo tu...hehehe...selamat hari ibu !
sis muke seiras lah
baru anak mak camni..hihi
ya,kasih ibu hingga ke syurga..
i love my mum just the way you are
Salam, fatin. Selamat Hari Ibu juga buat mama fatin. Memang seiras la, hehe... Mesti fatin akan jadi mama yg baik macam mama fatin, InsyaAllah.....:)
Post a Comment