Friday, May 6, 2011

KUIH AKOK DAN KUIH TOKYO

salam..

tolak tambah darab bahagi, lebih 2 tahun family aku dan aku menetap di kemaman. kitorang pindah kat kemaman ni bulan 3 tahun 2009. masa tu aku sem4 kat unikl msi. hehe masa tu aku tak pergi sana lagi sebab aku dok kat asrama kat kulim. dalam bulan 5 tahun 2009 aku balik kemaman dan menetap sekali dengan praktikal kat tati sampai la bulan 11 tahun 2009. lamanya aku dok kemaman. hehehehe..

lepas tu awal bulan januari sampai bulan 5 aku dok asrama. tak penah balik kemaman. lepas tu balik la cuti sem, 2 bulan je. lepas tu bulan 7 tahun 2010 sampai la bulan 11 aku dok asrama kat kulim. untuk menghabiskan last sem aku. hehehe lepas tu dari bulan 11 tahun 2010 sampai la sekarang ( mei 2011) aku di kemaman. haaa. lama tak??

ok lepas aku congak-congak, hehe aku dok kat kemaman dah 15 bulan dahh. setahun 3 bulann. kehkehkeh. lama kan?? waaa. tapi sampai sekarang aku tak pandai loghat terengganu. tapi baguih jugak la sebab aku paham orang cakap.. cuma aku tak reti nak cakap ja. hehehe. dulu2 masa kat tati, banyak berkomunikasi dengan orang terengganu so apa diorang cakap aku paham la. hehehe,.

sepanjang aku dok kemaman, aku cuma suka dua kuih ni. terlalu suka sampai kalau jumpa mesti nak beli. sudah semestinya kat kulim aku tak pernah jumpa. itu pasal aku agak teruja sebab kat sini ada kuih tu. boleh kata pertama kali makan terus jatuh cinta. ngeh3. tapi ni makanan la :P



KUIH AKOK

aku start makan kuih akok ni masa aku praktikal. masa bulan puasa, aku beli kat bazar ramadhan. sejak mula merasanya, kalau pergi bazar ramadhan, aku mesti akan beli walaupun cuma 2 keping. tak silap aku dua keping RM1. heheh mama tak suka. aku je suka. so mama kalau pegi bazar, mesti akan beli kuih ni kat aku. heehhe..


dan baru2 ini aku jatuh cinta pulak dengan kuih niiiiiiiiiiiiiii..


KUIH TOKYO

ada jiran aku kata diorang panggil kuih kepit hidung. tapi bila aku google, kuih keping hidung lain rupanya. aku google kuih tokyo dan jumpa gambar ni. hehe. aku tau nama dia kuih tokyo pun sebab penjual kuih ni yang cakap. kehkeh aku start beli masa aku ikut mama aku pegi pasar chukai hari tu.. sedapp. rupa yang menarik buat aku terus rasa nak beli. murah je, 6 keping RM1. so kitorang beli RM2, kenyang sampai petang. haha.


nak kata aku cerewet bab makanan tak jugak. aku tak memilih sangat pun. haha tapi entah la, aku kurang sikit la kalau makanan kat sini. kui3. kalau ada jiran bagi, aku makan la jugak walau sikit. yang aku tak boleh terima sampai sekarang ketupat sotong..wuuuuuuuuuuuu.. :(

kalau nasi kerabu atau nasi dagang, sejak aku makan kat kulim dulu, aku memang set dalam otak dah nasi kerabu memang tak sedap. aku tak tau la kenapa tak sedap mungkin sebab orang yang buat tu bukan pure kelantan kot. hehehe. lepas tu kali kedua aku rasa nasi kerabu masa aku kat TATI. aku nak pegi beli sarapan tetiba ada jual nasi kerabu dengan nasi dagang je. mula la aku garu2 kepala sebab aku tak makan dua2 nasi tu. tapi sebabkan perut lapar, aku beli jugak. nasi kerabu. dua bungkus. kahkahkah

bila aku makan, aik? sedap pulak. haha so aku rasa lain tuan lain rasanya. hehe.. macam tu la. tapi tu la last aku makan nasi kerabu. hehehehe aku nak rasa lagi nasi kerabu tapi mahu yang dari TATI punya. sedappp. rasa dua bungkus tak cukup. haha..

apa2 pun kalau satu hari nanti aku akan menetap di kulim buat selamanya, mesti aku akan mengigau kalau tak dapat makan lagi kuih tokyo dan kuih akok. ngeh3... kalau aku ada jodoh dengan orang terengganu baru aku akan belajar makan semua makanan terengganu. tapi itu tidak mungkin sebab . hahahhaa :P :P

korang penah makan tak??

14 comments:

ini aku? said...

aku penah makan!!! seeeeeeedap ~

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

akk x pernah makan kuih tokyo...kuih akok pernah gak la.

nelly said...

baru pertama kali tengok ~

*luv Syahnia* said...

tak pernah mkn kueh ni
*rasa nak cari kat pasar*
ada ke kat sel? hihi


der, cik ain tak sbr gak
nk jd org ganu ikot
en.tunang tp kat kuala ganu
makan kopok leko mung..hihi

Miss Tira said...

Wah tak sangka Tokyo pun ada kuih ya. Hahaha. Tapi nampak sedap tu. Nyum nyum :)

Cik Ezy said...

kuih tokyo tu saye pgl kuih telinge..
haha

CahayaCintaIlahi said...

wah kuih akok .. tu mmg prnh mkan .. sdp gile. tp kueh tokyo tu tak pernah pulak.. waaaaa ni yg nak mencarik ni hehe

Azza Firza said...

kuih akok penah, kuih tokyo tu pun nampak cam sedap gakk

cik teynteyn said...

kuih tokyo tu sedap.

pernah makan tp taktau name.

ari ni baru tau.

hehe

cik azeya said...

kuih tokyo tak penah nampak. huhu

Novelgurl said...

kuih akok rsenya penh mkn..kuih tokyo first time dngr..hee~

HaDi said...

Kalo bukak gerai,,pas2 jual ni blh jadi jutawan..=P

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

bdak2 ganu pgl kueh tokyo 2 kueh manje..
sbb kne pnuh manje nk kepit 2..hehe
psar mlm kt area umt rm1 tuk 10..
try crik cek mek molek..
sedap gk..
tp ade gk tuan yg buah xsedap..huhu

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Hari Ibu...”Mummy I love You”...
~~~~~~~@@@~~~~~~


kalau kita melalui jalan pantai timur banyak jual akok ni panas-panas lagi mmg sedap sesangat sangat menyukainya... kuih tokyo tu pun sodap gak... mmg aku sangat suka

ARTIKEL RAKAN BLOGGER