Tuesday, May 17, 2011

KUIH TEPUNG PELITA DAN KUIH TAKO SAMA TAPI TAK SERUPA

salam..

selamat pagi! peh 1st time aku ucap selamat pagi. wakakaka. ketika korang baca entry aku ni, aku tengah beramah mesra di hari keluarga di kemaman ni. hehe so aku tak de la depan lappy ketika ini. sebenar-benarnya aku nak test buat entry auto publish. haha biasalah jeles kan tengok orang dok buat. budak2 muda ni suka mencuba benda yang tak penah2 lagi dibuat. haha so aku test. ni entry auto publish. kalau tak keluar jugak esok, makanya tak menjadi la aku punya gimik! hahahah..


tadi aku ada masuk giveaway. giveaway saya suka kuih. okay, aku ada ceritakan pasal aku suka sangat2 makan kuih tepung pelita. tau?? yang manis dan enak tu. peh, lagi manis lagi sedap! haha jangan makan banyak2 kang, kang mudarat diri pulak. makan sikit2 tapi hari2 tak apa kan? eheh dah lama aku tak makan kuih tepung pelita ni!


ni la kuih tepung pelita. hehe peh terliur pulak aku tengok. adoi. selalunya time bulan puasa la aku boleh jumpa kuih ni.. kat kl ke, kat kulim ke, kat kemaman ke, kitorang satu family mesti akan cari kuih ni. mesti ada la kiranya untuk berbuka puasa. 3 rm1. 3 rm1... nyum3!


oleh kerana teruja dengan kuih tepung pelita, aku ada melalui satu peristiwa yang aku mungkin takkan lupa sampai bila2. tetiba teringat balik bila tengok kuih tepung pelita ni. hehehe..

di satu hari yang indahh. :P peristiwa berlaku di TATIUC di mana 1st time aku berpuasa di sana bersama rumate tersayang ketika itu, KAK AN. hehe lepas tu kan ada makcik tu jual satu kuih ni. letak dalam plastik. haha aku ingat lagi. 4 rm1. aku pun beli la..

lepas tu bila aku makan aku heran kenapa tak manis. pelik2. setahu aku tepung pelita ni kuih ni berair lepas tu manis! lagi manis lagi sedappppp! tapi kuih ni rasa macam tak manis je. tak la semanis kuih tepung pelita. aku memang cakap dah itu kuih tepung pelita tapi.. aku salah. wawawawawa..

bila aku tanya mama aku, mama kata orang tu tak pandai buat kot. tu yang tak sedap. dan hari lainnya aku pegi beli kuih tu lagi. sebelum tu aku sempat tanya..

'MAKCIK, NI KUIH APA?'

'KUIH TAKO, DIK'


'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'


ini rupanya kuih tako..err...


la. rupanya yang selama ni aku makan masa kat TATIUC tu kuih tako rupanya. wakakak. tergelak2 kat diri sendiri. tu la orang kata malu bertanya sesat jalan. memang sesat dah pun :P tapi makan habis jugak. tak penah la tak habis. haha!

apa2 pun lepas tu aku cukup berhati2 nak beli tepung pelita. takot terbeli kuih tako. haha. main amik aje, tak tengok dah pun :P lawak2.

eh korang, kuih tako dengan kuih tepung pelita ni sebenarnya kuih yang sama ke tak?? ke negeri lain panggil nama lain?? aku pun tak paham...wuwuwuw apa2 pun aku suka kuih tepung pelita. nyum3!!


-aku tengah berguling2 di pasir ketika korang baca entry ni- :P

19 comments:

Hafriz Mohamad said...

atau nama sebenar kuih ni dlm surat branak dia.. Tepung Pelita bin Tako kot... hihi~

rasanya sama eh?

Cik Puan iLa said...

erk..lain eh??haha..xpnah tau pn.em,dlu kuih tepung pelita ni saiz nya besar,sekarang,alahai...makan 2,3 sudu je dh abis.huhu

aNiS aNiSa said...

xsama ek kuih pelita dgn tako??

tgk sama ja..luar ja kowt sama..dalam xsama ek??

1st time tau..huhu

latest entry : Mampukah aku???

insta: lea_na_nur_ said...

cm ne ko wat auto publish??mahu jugak!!
aku pon xtau kuih tako tuh ape..huhhu~

ezy.fia said...

cik ezy lg suke yg tako tu dr kuih pelita..
haha..
best2..
terliur tgok..

:: Mrs.SyahNia :: said...

MEMANG SAMA CAM KUIH PELITA LAH

selalu time bulan pose je suka
beli h=kuih pelita ;)

Anonymous said...

Rasanya sama kot.. Tengok bentuk dan warna sama je.. Huhu.

Tauke Budu said...

macam sepesen je sama..ntah2 sama je cuma lain tempat lain nama dia...mak cik tu tak reti buat kot..haha

MyDestiny2011 said...

Salam. Nice Blog. Keep it up. Saya pun suka tepung pelita..tapi kena kurangkan manis..gula pun dah naik harga : )

zacky786 said...

tula.. mcm same kn..~ p tak sangka.. serupa tapi tak sama rupa yer.. huhu

asfira aminuddin said...

haha! dah lama i tak mkn kuih ni. sedaapnya!

kindergartenlibrary said...

suka gile kuih ni ~
feveret habis eden ~

Liza Razak said...

susah gila nk dpt kuih tepung pelita ni..selalunya ada kat bazaar ramadan..adoii..lmbt lg pulak nk puasa..huhu

mie said...

1st time dengar kuih tako tu...
tepung pelita dah lama xmakan..

Bunga said...

suker tepun pelita..hihii

merahitujambu said...

kuih ni beza ke tak ..sy x kira..yang penting sedap di makan.sedap di layan..pergghhh...x sbr nk tunggu bulan puasa nk mkn kuih ni.kuih ni susah jumpa kalau bulan2 lain

sahromnasrudin said...

sy suke kuih pelita mak mertua sy buat heheeee

Unknown said...

mak aku cakap bezenye daun bungkus ngn tepung..cube cr resepi due kuih ty

erm daun pisang tpug pelite

daun pndan kuih tako

sooundsense said...

kalu x silap..tepung pelita buat dari tepung beras...tako guna tepung jagung

ARTIKEL RAKAN BLOGGER