Friday, May 27, 2011

KENANGAN DI KUALA LUMPUR..

salam..

ini adalah entry auto publish. ketika entry ini dipublish, aku sedang berada di kuala lumpur :)

harini aku bertolak pergi KL. dulu aku penah tinggal kat KL. kitorang satu family pindah KL masa aku umur 14 tahun. dan aku bersekolah di SMK TAMAN SETIAWANGSA, sampai la aku habis SPM. banyak usia remaja ku dan dibesarkan di KL. hehe.

lepas tu sejak aku masuk asrama kat kulim, aku jarang balik KL lagi. kadang2 je aku balik. tahun 2009, masa aku sem4, aku dah tak dok kat KL lagi. pindah ke terengganu pulak...

banyak sangat2 kenangan aku kat KL. terlalu banyak sampaikan aku asyik2 teringatkan kenangan itu kat KL. wuu. tak tau la kenapa. rindu sangat. selalu sangat aku mimpi rumah aku kat KL. dulu aku tinggal kat AU3, keramat wangsa, KL. hehe.. tak tau kenapa. dulu masa aku pindah KL, aku tak penah nak mimpi kulim pun. tapi bila aku dah pindah terengganu ni, aku selalu la dok mimpi umah kat KL.

plan kami harini nak pergi rumah kat KL tu balik. jumpa jiran kat sana. hehe best2. lepas tu pergi KLCC. tengok wayang. semoga dapat tengok nur kasih the movie. mintak2 la tak full lagi.. waaa.. sebenarnya pergi pun sebab abah ada kerja kat sana. so alang2 kan kitorang nak ikut laaaaaaaaaaaaaaaaa. haha asalkan dapat tengok KLCC pun jadi la :P lepas tu malam ni kami rancang nak tido kat rumah pak lang kat balakong. dan esoknya ( 28 mei) pagi2, kami akan bertolak ke jengka pahang untuk ke majlis perkahwinan sepupu aku. dulu kan, yang aku tak dapat pergi tuu, yang 1 mei tu,, kat skudai. kami nak pergi kat jengka, rumah pihak lelaki la. hehee

tadi aku godek2 folder dalam laptop, ada beberapa keping gambar yang masih tersimpan. wow!! heehe tapi gambar2 ni diambil sekitar tahun 2008 sebab masa tu aku baru pakai hp kamera sony. tapi sayangnya kamera 1.3 MP sahaja. so kualiti memang tak da langsung..waaa. mahal pulak tuu. aku rasa macam tertipu jugak la. haha tapi nak buat macam mana, guna je la. sampai sekarang hp tu masih elok lagi.. ;D

gambar agak kabur. maaf ye ;D


kat umah. hari raya tahun 2008. aku suka pic ni. haha bukan senang nak amik pic macam ni :P


kat muzium negara ;D

dapat jumpa kumpulan yang aku paling minat dari aku kecik2, new boyz. paling suka tomok la. dari aku umur 11 tahun okay. haha dan tak sangka tercapai jugak hajat aku jumpa beliau bila aku pegi ke majlis newboyz bersama peminat. dapat sembang2 secara peribadi dengan tomok. hehe. suka. kenangan manis ni :)


kenangan di KLCC. beberapa minggu sebelum pindah ke terengganu..

aku dan mama pegi KLCC tengok cite duyung. hehe sambil tu jalan2 makan kfc dan ronda2 kat taman..

:)

last aku tengok klcc depan mata..

gambar aku :) jauh. tak nampak pun muka aku..waa

mama pulak :)

kat depan cermin kat klcc ;D

di rumah..

permandangan dari tingkap rumah aku. aku dok tingkat dua dulu. hehe berek polis

dapor umah aku dulu. masa ni raya kot. hehe

ruang tamu :)

bilik aku. wallpaper laptop aku dulu :P


aih. bila aku cerita pasal KL ni, buat aku rasa sebak je ;P serius. aku dah lama sangat rindu nak balik sana. nak jumpa kawan2 kat sana. ramai kawan2 aku ada kat KL. tapi tu la, nampaknya harini aku tak plan nak jumpa sapa2 sebab waktu agak terhad. nak pegi KLCC pun macam tak berapa nak jadi. plan saja. jadinya tak tau lagi..wuu.. lagipun sehari je aku kat sana. kalau dua hari ke apa ke, aku boleh jugak curi masa nak jumpa kawan2,abil, iceq, ieta, zaffran, ain, dan lain2 la. wuu..

tak apa la, ada rezeki kita jumpa tau ;D

doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya. nak kirim apa2 tak? keh3..

#aku tak dapat nak singgah blog korang dan tinggalkan komen. maaf ya, sebaik saja aku balik ke kemaman, insyallah, aku akan teruskan aktiviti ku itu seperti biasa ;D

6 comments:

NIA said...

hehehe semoga enjoy dekat kl sana.kirim klcc sebijik~!:P

jiha said...

jia pown rindu nak balik rumah lama kat tampoi... :)

:: Mrs.SyahNia :: said...

ah tomok..tomok.
minat juga dulu..

tp paling mnat naqiu
kump.boboy..hehehe


walau bseblahan dgn KL
jrang ain ke sana
shah alam pun tak abis melawat
lagi! ;)

Unknown said...

mengimbau kenangan mmg best.. :)

merahitujambu said...

perggghhh..jumpa artis..berjalan sakan awok eh..xnk jumpa kita ke kt sini??

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

aku pernah dok area Rawang selangor.... satu masa dulu dok umah kat sana dan kerja kat sana... tapi sekarang dah balik dan menetap kat johor.... bila tengok pic ko tu mengingatkan umah aku yang ada kat sana... kenangan yang tak di lupakan... bila aku tengok klcc tu teringat aku bila gi lepak kat sana hujung minggu...

ARTIKEL RAKAN BLOGGER