Sunday, May 22, 2011

KES COPY PASTE ENTRY BLOGGER LAIN SEMAKIN BERLELUASA, APA TINDAKAN KITA?

salam..

selamat pagi kawan2 di blogger. sihat? hehe. pagi2 aku dah makan megi goreng. mama buat. hehe. korang? nyum3. di pagi hari ahad ni, aku bangun awal. tak tau kenapa. wuu..

masalah plagiat ni dari dulu sampai sekarang tak pernah habis. sama jugak masalah kat sekolah, kalau tandas sekolah tak kena conteng, tak dinamakan tandas sekolah la, dari dulu2 sampai sekarang, tak penah berhenti perkara tu. betol tak?

semalam aku jalan2 satu blog dan satu page blogger ni, dia ada tunjukkan satu blog yang telah mengkopipes entry dia yang baru2 ni di blog beliau sendiri. adess. paham tak? aku pun tak paham apa aku tulis. haha maksudnya, si blogger lama ni dapat tahu yang si blogger baru ni telah copy sebijik2 entry dia (blogger lama) dan buat post kat blog entry blogger baru. hehe..

aku pun bukak la blog blogger baru tu. dan jugak dalam masa yang sama aku bukak blog blogger lama tadi tu. agak femes blogger tu, sapa tak kenal kan. hehe tapi biarlah aku rahsiakan sapa blogger tu. yang tau, tau la. yang tak tau, tak tau la ye. kehkehkeh

peh entry yang telah dicopy oleh blogger baru itu adalah sama sebijik dan 100%. aku baca satu2 perkataan dan telah membuat perbandingan, tiada beza. tajuk sama dan isi pun sama. cuma ayat akhir je yang di tambah..dan gambar jugak dia ubah. hehe.




setakat ni aku tak pernah la terjumpa entry aku telah dicopy paste. ntah, tak pernah jumpa lagi. ni entry yang ke 669 . takkan aku nak google satu2 entry kot untuk cari. kekeke. tapi tak tau la secara senyap2 je tidak..

orang guna disable right click pun, boleh copy jugak. senang jugak. tak de beza pun guna atau tak. kalau memang niat di hati nak copy, buat la macam mana pun, tercopy jugak. kikikiki..

nampaknya blogger baru tu marah benar bila ada orang tegur dia pasal dia copy entry orang lain, dia siap pesan ' DISABLE RIGHT CLICK ANDA JIKA TAK NAK ARTIKEL ANDA DI COPY PASTE. HAHAHAH ' adess..

dah elok dah sebenarnya orang lain tegur dia secara baik. tapi dia tak boleh terima. haha marah benar. sabar je la. dah amik apa hak orang tetiba marah orang tu balik. tak ke naya namanya tu??

kalau korang, apa tindakan korang bila dapat tau ada blogger yang copy paste entry korang? tak kira la apa pun. bagi aku kalau amik isi utama dan olah guna ayat kita, tak jadi hal la kan. asal jangan sebijik2 sudah la. kesian kot orang yang dah perah otak tu. aku pun kadang2 rasa benda sama. nak cari idea bukan senang. hehe kalau copy dari beritaharianonline ke, letak la sumber. kan? hehe nak copy boleh rasanya asalkan letak sumber link blog tu. sejuk hati orang yang menulis artikel tu..

yang paling mengejutkan, blogger baru yang telah copy paste entry blogger lain secara sengaja pun pun dah letak disable right click kat blog dia... siap tulis ' heh! sedang buat apa? copy and paste dilarang yepp. LOL'. ahahahaha.. dia copy paste entry orang lain tak apa pulak. ekekeke..



21 comments:

blackroses said...

risau juga kan kalau kena kat diri sendiri

mizayusof said...

kalau copy dan letak credit okay lagi. tapi kalau copy lepas tu claim macam entry sendiri memang hangin lah jugak. sebab kita penat-penat cari idea nak menaip senang2 saja orang copy.

Echa said...

owh ~ mostly yg sy jmp letak sumber..
at least ada sumber kira hormati hakmilik blog sbnr jgk kn ? hehe..
sy pun pernah copy jgk tp adalah olah sedikit dan letak sumber dr mn sy amik artikel t'sbt..
:)

ezy.fia said...

mmg r marah kalo ade yg copy entry kite..
yela pnat2 kite carik idea sng2 je copy..
tp xde la smpai nk wat satu entry semate2 nk hentam pencopypaste tu..
xbaek pulak aibkan orang..
bersabar jela..
mybe boleh tgor die leklok.. just komen je kat entry die..
dh memadai kan..

Unknown said...

Dunia tanpa sempadan,

Kena bersiap sedia lah hadapi perkara macam nie,

Cuma cantik lagi kalau kita saling menghormati karya masing2x..

At least letak credit sumber mana,

Profesional begitu..

;)

NIA said...

melampau melampau.

Unknown said...

laaa ada juga org mcm tu ek...

Anonymous said...

Orang lain penat lelah cari sumber dan idea untuk menulis dorang main sedap je ambil macam tu ye. Ish ish. Sangat tak patut.

Bunga said...

lau si bloger bg copy xpe..hehe..

.drakula. said...

aku tak kisah ,lantak lah nak ambik semua pun tak per...kool...

Tauke Budu said...

tak tahu nak kata apa..org lain buat blog dia bpun nak buat blog..org lain buat sebab ada idea dia tak de idea pastu dok mengopi entry org je keje dia,....aduh..at least letaklah kredit..

asfira aminuddin said...

babe, i pun tatau la pasal copy paste ni. ada yg secara kebetulan pun ada gak kan. kalo bole, berhati hati je kan. tulis apa yg kite suka je. :)

kindergartenlibrary said...

<-- dah penah kena ..
T_T

~eRna daRL!ng~ said...

juz an opinion -> rasanya if copy n paste entry yg ada gud info especially soal agama xsalah rasanya..malah bg sy sgt berterima kasih if org sudi share info yg sy kongsikan..at least info berguna tersebar..sbb kdg2 kewujudan blog kita xramai yg tau..

p/s : renung2kn..

Kak Imun said...

Salam, fatin. Entry blog kak, rasa2nya belum pernah lg org copy. Lagi pun entry kak kadang2 ada slang Sabah, tak ramai yg minat, haha.....:D

Biasanya klu kak tiada idea kak cari kat Kosmo! Online. Kita letak sumber la kan, supaya org ramai bole survey2 berita lain pula.....:)

Faten Rosli said...

Hoho..saya xfemes..
sure xde orn nak plagiat entry sy..hehe.. ;p

Munn Jaafar said...

hurmm....dah terkena...setakat ni dah 2 entry diplagiat....mmg sound tepek je la..

Kakzakie Purvit said...

Kakak punya N3 tak ada apa yg istimewa jadi rasanya tak ada siapa nak copy & paste. Tapi tak berhemahlah kalau sesuka copy tanpa minta kebenaran. Malulah.....

merahitujambu said...

bangga jugak org copy kita punya..ahahaha..sekeh pala org tu nak??ahahah

sahromnasrudin said...

sy tunggu org kopi entri saya..kalau depa kopi..saya akan tambah gula di komennya hehehehehehe

:: Mrs.SyahNia :: said...

takot jadi cam tu..
biarlah blog kita tulisanya juga
hasil dari hati kita sendiri

takmo amik karya org kan..

ARTIKEL RAKAN BLOGGER