Monday, May 16, 2011

PERIHAL SENGGUGUT

salam..

tiga hari aku tak update blog. tiga hari lepas kan, blog tak boleh bukak kan. dari pagi sampai ke tengah malam. adess. sabar je la. sampai ke sudah aku refresh tak boleh. hehe rupanya ramai yang tak boleh. serius aku rasa sunyi bila tak de blog. aku asyik nak bukak je dan aku rasa hampa bila tak dapat bukak.. wuu...

dua hari lepas aku tak update blog pun sebab aku tak sihat. biasalah. kalau PMS, semua kerja tak jalan. haha melainkan baring di depan tv bersama remote control lepas tu krohhh krohhh.. haha. itu saja la. sebab tu blog tergendala. dan semalam pulak ada masalah sikit, tak update jugak :P

aku start PMS masa aku darjah 4. awal sangat kan? masa tu ada dua tiga orang kawan aku yang sama macam aku. boleh kata paling awal la antara kawan2 yang lain masa kat sekolah. hehe.. sebab tu badan aku cepat naik. maklumlah selera makan bertambah :P

sebenarnya aku selalu terbaca pasal senggugut ni. macam2 dah kata orang yang aku dengar... contoh :

1) kalau start makan ubat, kalau sakit je mesti kena makan ubat. wajib ada. wuu. kalau tak de, memang tak boleh duduk la.

2) orang kata punca makan ubat tu la boleh terdedah kepada macam2 penyakit.

so sebab tu la dari mula2 aku datang period (tahun 1999) , aku tak makan ubat walaupun perut aku sakit.. aku rela tahan. huhu so aku memang tak de ubat la spare untuk aku bila aku sakit.

setakat ni dah 12 tahun dah aku lalui proses itu. tanpa ada sebarang masalah..

aku pernah tengok kawan aku, berguling2 punya sakit perut bila ubat dia habis masa dia senggugut. bila dah dapat ubat tu, baru dia okay. sekurang2nya dia kena sediakan dua papan ubat semasa dia sedang period. aku tengok sendiri semua tu. huhu




kalau aku la kan, aku setakat sakit2 macam tu je la. tak la sakit macam gastrik. aku pernah kena gastrik sekali, berguling2 ha. hoho. tapi senggugut tak la macam tu. rehat dan baring dah cukup dah..

memang sakit perutt..

aku memang pelanggan setia produk ni la. tapi memang mahal tapi berkesan dan sakit senggugut pun dah kurang. sejak2 dok rumah, tak de income ni. stop pakai benda ni. dan pakai balik pad biasa.. =,=


aku nak mintak pendapat yang perempuan la, korang makan ubat tak atau panadol ke untuk tahan sakit masa kena senggugut?? orang kata kalau dah kahwin, senggugut akan hilang. tak la kan sebab tak kahwin lagi. huhu. kalau lelaki, share la pendapat korang :)

17 comments:

Anonymous said...

chara pun pakai yg ni jugak.
alhamdulillah kurang skit.hihi;)

Cik Embun said...

Alhamdulillah aku xdaknya senggugut ke semumut ke.. sesemut ke.. kih3~ tp kalau period tu sekadar nyilu2 kat perot tuh normal laa..

Unknown said...

ko letak air panas dlm botol, pastu ko tuam kat bhgn yg sakit.
aku selalu wat
sbb klu makan menstrual x jalan~ hihi:P

Azza Azman said...

hai.. saya pun baru buat post pasal senggusut, tajuk dia "saya cintakan en.ponstan sangat-sangat"


byk kisah senggusut yang berbeza dari setiap perempuan kan? anyway saya hanya perlukan 2bijik ponstan setiap kali period, mean hari pertama. bukanlah sepanjang period makan ubat. tak elok tu.

:: Mrs.SyahNia :: said...

bt mase ni
cik ain baru skali kene
sgugut time 1st dtg..

tp org ckp mmg tak elok
mkn ubt..sakit pun
if than je..
roomate ain smpai ke klinik
sggut yg teruk..tak smpai ati
tgk..

zacky786 said...

uit.. takot jer bunyi yer.. haiyoo.. tabah la wahai wanita.. hehe

merahitujambu said...

tak penah rasa lagi sengugut buat masa ni..alhamdulilah

NIA said...

tak penah makan ubat walaupun senggugut sampai emosi.HAHA.tak berani yaww.takut ada side effects.biasa kalau dah tak tahan sangat memang tuam kain suam je dekat perut.heee~

Anonymous said...

Jarang kena.. Tapi selalu kalau kena ada beli ubat dekat farmasi. Standby.

Kak Imun said...

Salam, fatin. Kak pernah kena senggugut tapi tak teruk sangat. Lepas kahwin dan beranak pinak pun sama saja. Senggugut yg agak teruk mungkin ada sikit2 faktor keturunan, panadol boleh membantu juga.....:)

teyn teyn said...

aah sis , bila kawen sgugut tu akan hilang.

sgugut tu jadi pon sbb drh yg berketul2 melalui salur kecik.

hehe malu nak cakap lebih2 .

i pon sengugut.

Balqis Riza said...

kalau ubat utk menstrual pain, selalu nye ubat tahan sakit..sbb certain org mmg takleh tahan sakit mencucuk tu..aku kalau period, not every months la, tp dia dtg dlm 2-3bln sekali, sakit yg mencucuk kat pelvic area, yg berdiri pon sakit, baring pon sakit, kepit pon sakit..so kalau sakit mencucuk, aku mkn ubat..just to make me sleep thru it..

kalau sakit yg denyut2 kat 'situ', aku just minum air panas suam byk2 n sleep thru it..bgn lepas tu mesti ok..haha

aku tak pakai bio pad ni..ntah..aku rasa lain mcm bile pakai..mak aku dulu ade suruh tp aku lg selesa gune yg biasa punye n aku sgt2 tak suke whisper sbb die gel..wuekk tak suke..

lg satu, khabar kononnye org yg senggugut semasa anak dara, dh dpt anak nnt takkan rasa senggugut, adlh palsu..haha..certain org masih dpt senggugut wpon dh anak 3-4..just fyi la..hehe

azrinaqiuddin said...

pening kepala klo awek sengugut...mmg slalu gdh r...tensen tol...nk wat keje pun x senang..

kindergartenlibrary said...

Nelly makan ubat ooo!!!!
tak sanggup eden nak tahan ~

Woofer Storm said...

nak pakai gak la fatin..ehhehee sengugut lepas baca entry ni..ngeeee

*thank ye sudi dtg blog buruk sy^^

Afzainizam said...

Tips-tips-
1-banyakkan minum air suam [seelok2nya 8gelas sehari]
2-tuam pada badan [area bawah pusat]
3-senaman [gerak2kan la sikit xkan duk baring je kan]
4-elakkan meminum minum air batu atau ais
5-sapu minyak panas pada perut dan sekitar ari2
6-vitamin-vitamin yg disarankan oleh doktor
7-letak bantal kat pinggang,baring mengereng kiri atau kanan..[tido ler jwpnya]
8-berjumpa dgn pakar sakit puan [jika teruk sanggat]

Petua-petua-
1-ambik dalam segengam halia [tumbuk lumat]
air suam [jgn suam sgt]
cara dia mudah sahaja masukkan halia yg dh ditumbuk lumat 2 dalam air suam..biarkan seketika
tok kata td jgn suam sgt]biarkan halia td mendap[turun] kat bawah..baca selawat 3 kali dan minum..insyllah
[mybe leh try campur madu utk elak rasa halia td ]

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama

puan nina said...

tak pernah lagi makan ubat untuk pms..mmg tahankan aje..kadang tu sampai berguling2 jugakla.dah kawen kurang sikit sakitnya

tolong vote Danial boleh..?
klik je link ni n like danial

thanks =)

ARTIKEL RAKAN BLOGGER