salam..
korang, jangan lupa beli ribbon kat triple a shop tau. hehe sila lihat previous entry okay. hehe cantik2 pulak tu.
kali ni aku nak cerita pasal kisah aku masa kat KL haritu. 28 mei 2011. hanya kisah di KL la ye. hehe.. banyak sangat gambarnya. terpaksa aku asing2kan cerita dan entry. hehe banyak sangat, tak larat nak tulis untuk satu entry ;D
pagi 28 mei tu, kitorang bertolak pukul 7.45 pagi. aku bangun pukul 6.30 pagi tu. dah la mamai. hakhak masa mama kejut, aku terpinga2. aku tengok jam. awalnyaaaaaaaaaa. awatnya la mama kejut pagi2. hehehe lupa la yang hari tu nak pegi KL. siap2 semua. 7.45 pagi tayar kereta pun bergolek <<<< ayat abah
kitorang sampai kat KL dah nak tengahari dah. pukul 11 lebih, hampir2 ke pukul 12. abah pergi jumpa kawan2 dia dulu. lepas tu antar la aku dan mama ke rumah kat KL, kat area AU3 keramat wangsa tu. hehe peh. banyak gila perubahan. banyak banyak banyak! aku semakin teruja la kan. haha lalu depan jusco AU2. dulu2 masa aku kat sana, aku sempat pergi sekali je, tu pun jusco baru dibuka 2,3 hari. wuu..
sempat amik pic. hehe
lepas tu pergi rumah 2 orang jiran. makan2, minum2, sampai kenyang.. hampir pukul 2, kitorang pergi KLCC. abah antar kat LRT SETIAWANGSA la. kalau dia nak antar ke KLCC terus, memang tak sempat la. sebab jalan sesak. haha dia nak pegi jamuan kat tempat kerja. so kitorang pegi la KLCC..
nasib baik sempat tengok nur kasih. pukul 2.30. hehe.. lepas habis je tengok nur kasih, pegi toilet. shawl yang aku pakai tercabut. kahkah hampeh, dalam wayang tu la tercabut, mula2 masa aku datang, aku pakai tudung biasa je. lepas tu berhenti kat RNR gombak kot, aku tukar pakai shawl. orang ramai sangat dalam toilet tu, usha lain macam je, so tak sempat pakai pin. dah sampai rumah jiran, terlupa dah nak pakai pin. masuk je dalam pawagam, terburai terus shawl aku. nak perbetulkan, budak2 lelaki belakang aku sederettt. hahaha budak kelantan. adess. biar je la..
lepas tu aku ajak mama pegi taman KLCC. dalam pukul 4.15 la. kitorang jalan2 dulu dalam KLCC tu, then pergi taman KLCC. ramai jugak orang. mat salehhh punya la ramai. hehe pak hitam begitu jugak.wah, aku rasa aku kat oversea la masa tu. ahaks
ada beberapa keping gambar yang ingin aku kongsikan bersama pembaca..
hai KLCC. jumpa jugak kita kan. last kita jumpa bertentang mata hujung tahun 2008 rasanya. kan kan. rindunyaa..
inilah mama ;D jenuh duduk, senget, melangut dll semata2 nak amik pic nampak muka dan bucu klcc sekali. haha satu ni je yang jadi XD
abadikan kenangan di sini ;D
selebih gambar di facebook aku.
lepas tu kitorang pegi makan KFC pulak. haa., dah la cari KFC tak jumpa. kahkah lawak la. dulu aku rasa KFC kat tempat lain, tapi hari tu aku pergi, lain tempat pulak. argh. bila masa berubah pun aku tak tau. hehehe
mula2 rancang nak amik snack plate dua set. kiranya sorang dua ketul la. hehe lepas tu mama kata, amik je la dinner plate, 3 ketul je. takot tak abis. haha. agak mahal la KFC kat KLCC. lebih rm2 dari yang kat sini punya. hehe tapi sangat berbaloi okay!! puas hati gila. yang kat sini, pun mahal tapi langsung tak puas hati. grr..
nak rasa terliur? hehe meh sini
strawberry large itu aku punya, yang kecik mama punya, kehkeh dahaga sangat, aku amik yang large ;D
aku sangat2 berpuas hati dengan cheezy wedges kat KLCC. sama macam kat kulim. keju tu banyakkkkkkkkkkkkk. dan sedappppppppppppppp. berbanding kat sini punya ( tempat tinggal aku skrg), keju secoet ja. kentang kecik2 dan sikit padahal sama je harganya, tak sedap mana pun. yang ni betol2 nikmat! nyum2. aku rasa nak jilat2 je kotak tu sekali. wakaka
dinner plate.sori pic oren sebab tak on flash. ehehhe ;D besar2 ayam diaa. peh, makan seketul pun kenyang. kalau kat sini punya ( tempat tinggal aku skrg), bagi kepak je =,= tak penah aku dapat makan ayam besar macam ni..
lepas tu habis je dalam pukul 6, abah kol nak datang amik. dia tunggu kat LRT SETIAWANGSA je sebab jalan sesak nak pegi KLCC. so kitorang naik LRT je la pegi sana. kehkeh malam tu tido rumah pak lang kat balakong, otw nak pegi, aku makan nasi kandar pulak. aumm. sedapp. habis sepinggan. ni betol2 nasi kandar! kat kemaman tak de nasi kandar sedap macam ni =,=
dua perkara yang lain aku rasa. hehe satu, kat sana ramai gila pakai ribbon kat shawl atau tudung macam aku pakai kat jengka. tengok previous entry aku. aku ada cerita. hehe kat KLCC memang banyak. lagi besar, cantik2 dan macam2 fesyen. hehe kat jengka aku sorang je =,=
kedua, masa aku tengah ronda2 kat taman KLCC, ada sekumpulan lelaki ni, rasanya dia pelancong, sebab tengok dia memang bukan orang malaysia. mungkin china kot. entahlah, tak dapat dikenal pasti. diorang nak amik gambar kawan. sorang tu memang tengah dok posing la, jauh sikit dari kamera. aku pun berhenti la sebab kalau aku lalu kang, mengganggu pulak. haha aku pun kadang2 rasa bengang bila aku nak snap pic, tetiba ada orang lalu buat slumber je. so aku tunggu. sambil2 aku belek2 gambar kat kamera. lepas habis je diorang amik gambar, dua orang dari diorang, terus cakap. THANK YOU! THANK YOU! sambil tunduk2. fuh. terkejut aku. hehe tak sangka. sungguh berbudi bahasa haa. aku tersengih2 je la. sebab aku pun tak sangka diorang akan kata macam tu..
aku akan ke KL lagi sekali insyallah bulan 10. itu pun hanya untuk menghadiri konvo sahaja di putrajaya. hehe itu saja. lepas tu tak tau lagi bila akan pegi sana ;D
aku pegi cari macaroon tau. haha. kat kedai nama hazzords. 6 bijik rm18. sumpah comel gila. kecik sangat =,= mama kata jom makan kfc. kalau makan macaroon je tak kenyang. hehe tak apa la, ada duit nanti aku nak beli macaroon. ;D